Ahlan Wa Sahlan....

Selamat Datang... Moga ruangan yang tersedia menjadi platform yang positif untuk kita berkongsi idea dan input yang insyaAllah mampu menjana minda dan pemikiran kita bersama.

Sunday, February 27, 2011

Conteng dinding






Acara menconteng dinding adalah acara yg dianggap negatif dan diistilahkan sbg Vandalisme.. mane taknye..dinding yg elok2..cantik..tetiba penuh dengan tulisan2 yang tak bermoral.. kalau kat sekolah..nama yg dilakar..standard la..siapa lagi..nama guru disiplin la..kalau pengetua atau gpk hem garang..nama tu pun jadi mangsa..macam2 gelaran buruk dan jijik diberi oleh anak2 yg nakal tu, guru membalasnya dengan memberikan mereka ilmu.. aarr mulia sungguh kerjayaku. kalau kat tandas awam..lain pulak ceritanya.. pelbagai iklan dan tawaran serta lakaran yg mengghairahkan pula yg menanti di dalamnya.. entahlah ye..

Tapi yg akie nak cerita ni lain sikit, conteng dinding yang ni dibenarkan..malah disediakan hadiah lagi untuk mereka yg menconteng dgn cantik.. entah macamana hari ni ter"berjalan" ke The Zone JB.. dan kebetulannya ada pertandingan menceriakan dinding pagar The Zone tu dgn mural 1 malaysia.. bagus jugak.. cantik2 gambar yg dilukis.. selain dapat mencurahkan bakat, ia juga menceriakan suasana..

Tahbibul Lughah..KAA 2011









Bahasa Arab adalah bahasa al-Quran..ia juga bahasa di dalam kubur..dan pastinya bahasa di hari akhirat. Maka beruntung benarlah mereka yg dapat menguasainya dengan baik.. akie belajar bahasa Arab start ting 1 sampai tingkatan 7 (enam atas) pastu sambung lagi kat universiti 4 tahun.. sambung lagi kat maktab setahun.. tapi sayang tak dapat menguasai bahasa Arab dgn baik..sedih2.. kawan2..anak2..yg ada peluang belajolah bahasa ni.. jangan tinggal..sebab jika satu2 bahasa yg kita belajar ditinggalkan.. bahasa tu sendiri yg akan tinggalkan kita pulak nanti..

Tahbibul Lughah..mencintai bahasa.. program utk anak2 kelas aliran agama KAA dimana mereka terlibat dengan program2 untuk meningkatkan kecintaan pada bahasa Arab. Majlis penutup disempurnakan oleh al-Fadhil Ustaz Mahmood Kassim, Pen PPD Pendidikan Islam, Pasir Gudang. Syukran ya ustaz.. tahun depan datang lagi..

Bumi Allah swt itu suci








Bertempat di gelanggang bola tampar SMK Taman Daya 2, jam 7.30 pagi hari jumaat yang lalu telah berlangsung satu majlis solat hajat bagi semua warga muslim sekolah. Warga muslimat ditempatkan disurau dan yang muslimin (lelaki) menunaikan solat di gelanggang. Ada kelainan yang diperkenalkan bagi membuang tanggapan bahawa solat hanya boleh dilaksanakan di surau atau masjid sahaja. Bumi Allah itu suci, justeru kita boleh melaksanakan solat dimana-mana sahaja. Andainya kita berkelah ditepi pantai, maka solatlah diatas pepasir pantai yang bersih, andainya kita seorang usahawan pasar malam, maka solatlah ditepi van atau di atas tar jalan, andainya kita di atas padang..apa salahnya kita solat di atas rerumput yang menghijau...apa yg penting...mendirikan solat kerana solat itu tiang agama..

Solat pagi ni bermula dengan penerangan ringkas kaifiah (cara) solat hajat dan solat dhuha.. kemudian solat secara berjamaaah..kemudian Tn Hj Hamid Hashim, GPK 1 menyampaikan amanat.. minggu depan 1/3/2011 ada ujian 1... semoga tertanam dalam jiwa anak2 TD2 agar sentiasa bermunajat dan bergantung harap pada Allah swt dlm apa jua urusan mereka..

Sunday, February 20, 2011

Pengakap











Pengakap.. badan uniform yang biasanya ada kat sekolah2. Masa sekolah rendah dan menengah akie jadi ahli pengakap..tut2..bila jadi cikgu pun jadi pengakap jugak. Pengakap ni ada 3 jenis..iaitu pengakap darat (biasa kita tengok) baju kelabu..kedua pengakap udara (jarang ada) dan bajunya warna biru laut..siap ada sayap lagi. Ketiga, pengakap laut (jarang jugak) pakai baju warna putih. Masing2 ada fokus dan objektif yg berbeza2 ikut unit. Kalau pengakap luar negara pulak, macam2 baju dan skaf yg diaorang pakai. Kalau ada peluang nak tengok pengakap..pergilah jamboree antarabangsa..tahun 2011 ni dengar cerita, jamboree buat kat Kuala Terengganu..

Tuesday, February 15, 2011

Jom Khatam al-Quran







Sekitar Kempen Jom Khatam al-Quran.. Cikgu cikgi dan peserta2 jom khatam al-Quran sedang bergambo sakan pada hari pelancaran program. Semoga semua dapat khatam al-Quran menjelang bulan Julai nanti. Apa yang penting ialah keazaman dan usaha yang istiqamah.. insyaAllah.. segalanya akan dipermudahkan..

Sunday, February 13, 2011

Lawatan Penanda Aras Sekolah Tinggi Kluang









Lawatan penanda aras adalah salah satu program yg dilaksanakan untuk melawat, berkongsi idea, pengalaman dan perkongsian antara sekolah dengan sekolah yg lain. 11/2/2011..hari jumaat.. kami dr SMK Taman Daya 2 telah berbondong2 ke Kluang..utk melawat ke Sekolah Tinggi Kluang. Sekolah ni adalah sekolah yg ditubuhkan dr tahun 1939..masa tu akie belum lahir pun. Seronok jugak tengok sekolah yg pernah jadi markas tentera jepun masa perang dulu. Apa yg pasti sekolah ni ada kelas yg tersendiri.. dr sudut sejarah mahupun pencapaian akademik & Kokurikulumnya. Terpegun seketika bila melawat galeri sejarah sekolah ni.. macam mini muzium. Begitu juga dgn pusat sumber, galeri seni, bilik pengakap udara.. syabas dan tahniah buat pengurusan dan warga sekolah kerana berjaya memartabatkan ilmu dan budaya keilmuan di sekolah ini. Apa yg pasti.. kami dapat belajar sesuatu melalui program ini.

"Merentik" Salak







Salak selatan..salak utara..salak indonesia..salak madu..salak bukit..

Sebenarnya kali ni akie nak cerita tentang proses mendebungakan spesis tumbuhan bernama salak. Ia sejenis pokok yg hampir sama dgn kelubi.. tapi kelubi ni masam rasanya.. kat kampung akie ada seorang lelaki yg masam mukanya..org kampung bagi nama dia Mat Kelubi. Salak ni sejenis buah yg manis, pahit, lemak rasanya.. tapi sedap, kalau makan banyak2..nanti sakit urat pulak. Biasanya sesuai ditanam dikawsan tanah liat. Apa yg menarik.. pokok salak ni ada yg jantan dan ada yg betina (subhanallah). Pokok jantan berbunga dan yg berbuah tu pokok betina. Kita kena ambil bunga kat pokok jantan tu dan "rentik" debunganya pada pokok betina, kalau tidak..tak merasalah makan buah salak.