Ahlan Wa Sahlan....

Selamat Datang... Moga ruangan yang tersedia menjadi platform yang positif untuk kita berkongsi idea dan input yang insyaAllah mampu menjana minda dan pemikiran kita bersama.
Showing posts with label cuti2 malaysia. Show all posts
Showing posts with label cuti2 malaysia. Show all posts

Friday, December 31, 2010

Kuala Abang.. Gannu Kite






Pantai Rantau Abang di Terengganu.. terkenal dgn pantai pendaratan en penyu di Malaysia. Pantai ni terletak antara bandar dungun dengan terengganu. Kuala Abang pulak ialah pantai yg dekat dgn bandar dungun, orang tak mandi kat sini sebab pantai ni ombaknya besar2.. cuti baru ni, akie ada la singgah kat pantai ni.. masa tu ombaknya menggunung.. maklumlah musim tengkujuh.. apa2 pun.. sempat jugak snap gambo2 dan berposing sakan kat atas bukit tepi pantai tu

Wednesday, December 29, 2010

Gelas Beso + nasik kukus satu..




Dari Pahang ke Klate.. merentasi gannu kite.. penat memandu taklah terasa sebab anak2 dan isteri sentiasa bersama sepanjang perjalanan.. macam2 cerita keluar diselangi dgn gelak tawa.. walau bagaimanapun.. driver kena jugak dapat rehat sepenuhnya.. perut pun dah lapo.. jadi singgah la kami di Kemasik.. sebelum sampai kawasan petroleum.. petronas. Kat sini ada satu shopping complex.. Mesra Mall.. lama dah ada kat situ..tapi tak tergerak nak singgah.. entahlah.. hari ini rasa nak singgah.. masuk aja dalam.. hidung terbau makanan.. gerai banyak..nampak mcm sedap.. tapi mata dah terpandang gerai nasi kukus Paka.. apa lagi.. order 4 pinggan... nasik dikukus dlm bekas khas.. pastu ada kuah gulai dan timun. Ayam suku satu.. marbelesss.. air pulak order air gelas besor.. air ni terkenal kat Kuala Terengganu sebenarnya.. RM5 segelas..kongsi 4 orang.. nak minum sorang2 tak larat pulak.. apa2 pun, terasa nak singgah lagi nanti...

Tuesday, December 28, 2010

Made in Golok..






Jalan2 di Pengkalan Kubor... seram jugak namanya.. apa lagi pergi kompleks bebas cukai la.. cuti2 Malaysia. Ramai jugak manusia yg sedang membeli belah.. Akie ingat nak pergi ronda2 aja. Oleh kerana tempat ni salah satu dr pintu masuk dr Siam ke Malaya, maka ramailah org 2 siam kat sini. Motor pun pelik2.. cuaca panas.. tetiba ternampak pulak makanan yg agak pelik.. apa lagi.. jom try.. tu dia.. aiskrim buatan sendiri.. ada kacang.. kek..pulut..roti.. jagung.. sirap dan susu cair.. not bad.. sedap.. harga RM 1 aja satu gelas kecik... boleh dikembangkan.. yg buat pun org Islam kita... so kalau dtg sini.. jgn cuba try..

Friday, December 24, 2010

Memartabatkan jawi.. tulisan kita




Orang India ada bahasa Tamil & tulisan khatnya.. orang cina ada bahasa Cina & tulisan ala kaligrafinya.. orang Melayu.. ada bahasa ape ye..bahasa "Melayu" ke bahasa "Malaysia" (Melayu bangsa.. Malaysia negara). Eh.. lupa pulak.. orang melayu kan ada tulisan jawi.. ekau tau ke tulih jawi jang oi.. kalau tak tau jawi musti ekau buta al-Quran. Jawi adik beradik bahasa Arab dan amat kongruen (rapat) atau sinonim dengan Islam. Tulisan jawi ni suatu ketika dulu ada title "Lingua Franca" la.. mcm bahasa Melayu zaman Melaka dulu. Pada suatu ketika yg lain tulisan jawi hidup segan mati tak mahu apabila ia disisih & dilupakan.. siapa lupakan? kita jugak.. Program J-Qaf.. yg diperkenalkan sedikit sebanyak memperbaiki mutu & imej tulisan jawi.. alhamdulillah.. anak2 sekolah rendah kenal tulisan jawi.. sekaligus celik al-Quran. Akhbar jawi kita apa khabar ya.. utusan zaman.. apa usaha kita utk mengangkat martabat tulisan kita. Sekalung tahniah buat Tok Guru Nik Aziz di Kelantan ( bukan taasub klate). Tapi kalau diperhatikan di sana.. label & papan tanda yg dipasang mesti ada tulisan jawi.. nama org cina ke.. nama istilah bahasa inggeris ke.. semua ada tulisan jawi.. jadi, sementara ada kuasa.. sementara masih bertakhta.. sementara ada tenaga.. kalau kita sendiri tidak memartabatkan tulisan kita.. siapa lagi agaknya... tepuk dada..tanya selera

Hanya di kelantan...




KFC...Pizza Hut.. biase dengo kan.. tapi ada produk baru yg hampir2 sama dgn produk yg asal tu. Menda macam ni kat negara cina dah terkenal.. diaorang sesuka hati aje tukar nama jenama asal dan buat jenama sendiri. Apa pun satu cubaan yg baik utk mengubah stail dan gaya hidup terutamanya orang2 Islam sekarang..nilai2 lah sendiri..

Saturday, October 2, 2010

Taman Tamadun Islam

Masjid ni diperbuat dr tanah yg dikeringkan, dibina pada abad ke 16 pada zaman kegemilangan Agadez. Ia mempunyai menara berbentuk piramid dgn 13 baris perancah kayu utk mengukuhkan strukturnya.
Pokok tu namanya pokok kurma.. Masjid kat belakang tu Masjid al-Aqsa di Palestine.. salah satu dr 3 masjid yg kalau kita buat ibadah..Allah gandakan pahalanya berganda2. dua lagi masjid yg penuh keberkatan ialah masjidil Haram di Mekah & Masjid nabi di Madinah.. sekarang ni puak2 yahudi sdg menguasai masjid yg pernah jadi kiblat umat Islam sebelum Kaabah. Doakan masjid ini terus dipelihara Allah swt
Amboi manjenya si kakak ni..dgn adik sendiri xpe...jgn dgn yg lain ye.. Bangunan kt belakang tu ialah makam seorg ahli teologi terkemuka bernama Khwaja Abu Nasr Parsa. Ia dibina pada abad ke 17 dlm gaya Timurid dan terletak di Afghanistan
Yang ni bukan masjid... Ia menara yg dibina oleh Arslan Khan pada tahun 1127M. nama menara ni ialah Kalyan Minaret. Terletak di Uzbekistan. Diperbuat drp batu bata yg dibakar. Senibina ini memaparkan gabungan kejuruteraan awam dan rekaan senibina yg sempurna
Uqba Ibni Nafi ialah org yg bertanggungjawab membina monumen Islam yg tertua di Tunisia ini. Ia dibina pada 670 Masehi. Telah dibina sebanyak 3x dan melambangkan kesamarataan di Qairawan. Masjid ni diberi nama Masjid Qairawan, Tunisia.
Masjid yg berputar2 menaranya ni dipanggil "Great Mosque of Samarra" terletak di Iraq. Ia dibina pd zmn Khalifah Abbasiah Al-Mutawakkil pd abad ke-9. Menara yg berpusing2 tu terletak di sblh utara masjid. Sungguh unik senibinanya...subhanallah
Maharaja Mughal ke 5 bernama Shah Jahan telah membina istana Taj Mahal bagi mengenang kisah cinta abadinya & tanda kasih pada isterinya Mumtaz Mahal. Taj Mahal dibina di Agra, India.
Masjid Mohamed Ali, Egypt.. nama lainnya Masjid Alabaster sebab bahan tu byk digunakan dlm pembinaannya. Ia dibina oleh Mohamed Ali pd zmn pembaharuan Mesir
Masjid warna hijau ni dibina tahun 1549 oleh Sunan Kudus (Ja`far Shodiq). Rekabentuknya ada campuran senibina Hindu & Jawa. Nama masjid yg terletak di Indonesia ni ialah masjid Kudus Minar


Tuesday, September 28, 2010

Masjid Cina





Rehlah ke Tanah Besar Cina.. melawat masjid Xian, tapi tak ada org boleh solat kat sini sebab tak muat nak masuk pun.. he2. Sebenarnya masjid ni model kepada masjid Xian kat Cina.. model ni adalah salah satu dr model2 yg comei kat Taman Tamadun Islam Pulau Wan man, Terengganu kite.. kalau ada masa elok melawat taman ni.. macam2 model masjid dlm dunia ada.. jangan lupa solat kat masjid Kristal.. cantik.. bila malam.. berwarna warni.. kejap hijau.. kejap biru.. kejap kuning.. kejap merah..

Monday, June 28, 2010

Nama bandar..






Pahang...kg akie le tu...negeri terbeso di semenanjung Malaysia..akie rasa dah semua daerah akie dah pergi kat pahang ni..cuma tak semua bandar yg akie sempat pergi.. InsyaAllah..sampai la nanti tu..Pahang ada banyak bandar2 dengan nama2 jolokan tertentu..antaranya temerloh, biase le..terkenal ngan ikan patin.. Maran.. bandar ayam kampung.. akie baru tau yg ni.. Pekan..bandar diraja sebab raja dok sana.. Rompin..emm terkenal ngan udang galah yg best rasanya..singgah kat leban chondong..ada byk gerai makan yg menunya udang galah... Rompin jgk terkenal ngan ikan layaran..destinasi memancing dunia tu.. moralnya, banyak berjalan..luas pengalaman..buatlah planning..sure bole melancong...nikmati keindahan alam ciptaan illahi..

Wednesday, June 9, 2010

Kelantan Serambi Mekah..






Salam Pantai Timur...

Cuti sekolah dah bermula lagi... 2 minggu... Alhamdulillah dapatlah merehatkan minda memperkuatkan jasmani dan rohani sebelum meneruskan perjuangan yang belum selesai apabila sekolah kembali beroperasi. Cuti2 macam ni..program yg paling ideal bagi Akie tentunya balik kg... kalu ade fulus lebih boleh lah g cuti2 Malaysia. Selagi org tua masih ade...kita balik lah kampung. boleh jugak melepaskan rindu dan mengenang kembali "sentimental value" kat kg halaman.

First week, balik kelantan jap..family sana buat "Bekwah" sebab adik ipar akie bernikah. Alhamdulillah..semuanya berjalan dgn baik. Pas dah abis kenduri kendara...masa utk meronda2 la pulak.. satu hari tu sempatlah akie and my lovely wife meronda2 kat Pekan Rantau Panjang...saje je jalan2.. Rantau panjang tetap mcm dulu... 10 tahun dulu pun macam tu jugak.. cuma yang menarik kat Rantau Panjang sekarang ialah masjidnya yang unik... masjid ni dibina dengan rekabentuk dan senibina cina.. sekali tengok konfius jugak..tapi bila tengok ada menara yg bertulis 25 nama2 rasul.. semuanya terjawab. Katanya kos pembinaannya 8.8 juta.. Alhamdulillah..akie & Isteri sempat la jugak solat Tahiyyatul Masjid (solat menghormati masjid) dan solat zohor kat masjid yang indah ini. Semoga masjid ni turut jadi saksi di akhirat nantibahawa akie & isteri pernah sujud di lantainya. Kalau jalan2 ke Rantau Panjang ni...jangan lupa singgah solat kat sini... sebagai org Islam kita disarankan agar selalu menziarahi masjid2 kemana shj kita pergi.. melancong2 jugak tapi ibadat...terutamanya solat jangan di lupa...