Ahlan Wa Sahlan....

Selamat Datang... Moga ruangan yang tersedia menjadi platform yang positif untuk kita berkongsi idea dan input yang insyaAllah mampu menjana minda dan pemikiran kita bersama.

Tuesday, July 6, 2010

Makruh @ Haram..


Rokok...sejenis bahan yg mengandungi pelbagai bahan beracun..x perlu akie terangkan lagi..semua org dah tau.. sudah terang lagikan bersuluh.. tapi tetap jadi "teman setia" tetap melekat dibibir..tetap dicari walaupun jam dah menunjukkan pukul 2 pagi.. tak kira berapun harganya.. kaulah segalanya.. ada rodong (kawan) akie kata..merokok melambangkan "kejantanan".. termenung jugak akie dengar sebab sekarang ni ramai pulak golongan hawa yg hisap menda alah ni.. tanpa segan silu pulak tu.. kat kedai mamak pun jadik.. "selamba rock" aje.. betollah diaorg tu nak jadik jantan agaknya..

Ustaz akie masa sekolah dulu ada ajar..katanya merokok tu hukumnya makruh..sebab boleh mendatangkan penyakit..mcm2 penyakit adaaa... selain tu, yg x sedap dengar..asap rokok mendatangkan kesan yg lebih teruk kepada "perokok pasif" (org yg duduk dgn perokok) berbanding perokok aktif @ tegar.. maknanya org yg merokok secara sengaja boleh membunuh anak..isteri..kawan yg duduk disekitarnya.. harganya yg mahal juga menyebabkan pembaziran.. akie selalu pesan pd anak2 buah akie..cubalah gulung duit utk beli rokok tu..pastu bakar depan mata..baru terasa pembazirannya...

Tahun 1995.. dalam muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan..rokok dihukumkan sebagai haram.. yang ni para ulamak cakap.. jadik macamana sekarang.. akie x mau komen banyak2.. segalanya bergantung pada "will power" si perokok.. x perlu kempen..x perlu komen..x perlu naikkan harga.. kalau x mau berubah.. kita takkan berubah.. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sekiranya kaum itu tidak mengubah nasibnya... fikir2kan lah...

No comments: