Sabda Rasullullah saw :
Amalan yang paling disukai oleh Allah swt ialah menunaikan solat pada waktunya, kemudian berbuat baik kepada ibu bapa, seterusnya berjihad pada jalan Allah swt.
- Jangan jadikan alasan2 dunia spt sibuk dengan tugas, bermesyuarat, main futsal, bersukan, show di televisyen dll utk melewat2kan solat @ yg lebih teruk, meninggalkan solat. Ini kerana solat itu TIANG agama. Bayangkan bagaimana jika sebuah rumah itu tiada tiang.. sudah tentu ia tidak dapat berdiri. Begitulah dgn agama.
- Banyak ayat al-Quran manupun hadis yg menuntut kita utk berbuat baik pada kedua org tua. Jelas akhlak tersebut amat ditekankan oleh agama Islam. Jadi biar siapapun kita, tinggi manapun jawatan kita, dibumi manapun kita berpijak.. jangan lupa berbakti pada ibu bapa. Kebahagiaan, darjat, kegembiraan yg dikecapi hasil dari penderhakaan pada keduanya ibarat fatamorgana yg kosong tak berisi.
- Jihad bukan hanya dimedan perang. Ia perlu dilihat dr skop yg lebih luas.. belajar juga jihad, membantu fakir miskin juga jihad, bersedekah juga jihad. Justeru.. pilihlah mana2 cawangan jihad yg mana kita mampu memberi sumbangan padanya.
2 comments:
beraya mana oak tahun ni?
Koi beraye 3 negeri bai.. cuti sek 2 minggu..
Post a Comment