Ahlan Wa Sahlan....

Selamat Datang... Moga ruangan yang tersedia menjadi platform yang positif untuk kita berkongsi idea dan input yang insyaAllah mampu menjana minda dan pemikiran kita bersama.

Wednesday, November 3, 2010

Dah Baligh tapi..belum mumaiyiz


"Aku dah baligh, engko belum lagi..budak kecik lagi" kata seorang budak dengan bangganya.. Baligh maknanya seseorg yg telah sampai umurnya..sekaligus mereka itu menerima "taklif" atau bebanan tanggungjawab dr Allah.. maka mereka yg baligh itu digelar org yg "mukallaf". Bermula dr usia inilah segala amalan @ perlakuan mereka yg melanggar perintah Allah akan diambil kira, dlm ertikata lain "DOSA" mula dikira.

Mumaiyyiz pula ialah kematangan pemikiran manusia dalam membezakan antara yg baik dengan yang buruk..antara dosa atau pahala.. kebaikan atau keburukan. Biasanya kanak2 akan melalui "stage" mumaiyyiz dahulu sebelum mereka baligh.

Namun, dewasa ini akie tengok ramai dikalangan keluarga kita, kawan2 kita, ahli masyarakat kita yang dah lama baligh.. tapi belum mumaiyyiz. Mereka sudahpun mukallaf, tetapi masih ragu2 dalam memilih antara kebaikan dengan kejahatan, antara dosa dan pahala.. Apa yg lebih dahsyat ialah.. pada zaman ini, manusia tidak lagi jahil dlm ilmu tetapi berlaku jahil dalam perlakuan. Jika ditanya pada wanita yg tidak menutup aurat.. mereka akan menjawab menutup aurat itu WAJIB. Tanyalah tentang hukum memegang perempuan @ lelaki yg bukan mahram..semua org tahu hukumnya HARAM.. pendek kata semua org tahu hukum.. semua tahu halal @ haram.. tapi persoalannya...kenapa mereka ini merelakan diri mereka melakukan dosa.. inilah golongan yg dikatakan baligh tetapi bukan mumaiyyiz...wallahualam

1 comment:

Anonymous said...

salam akie..apa yg akie tulis tu betul..semua tahu hukum hakamnya tapi menurut perintah Allah menjadi keberatan..ini kerana iman tu terlalu nipis..tidak takut akan dosa dan balasanNya nanti.