Ahlan Wa Sahlan....

Selamat Datang... Moga ruangan yang tersedia menjadi platform yang positif untuk kita berkongsi idea dan input yang insyaAllah mampu menjana minda dan pemikiran kita bersama.

Tuesday, December 25, 2012

Adoiii....beratnya nak buat..

Kisah sebatang jarum jam dengan tuannya.. Tuan jam : Wahai jarum jam..adakah engkau bersedia utk berdetik sebanyak 86,400 kali dalam satu hari Jam : Wahai tuan..kejam sungguh kau padaku...apalah dayaku utk bekerja sebegitu teruk..tak kesiankah engkau padaku..lihatlah diriku ini..tubuhku kurus melidi..ditiup anginpun akan tergoleklah aku
Tuan Jam : Emmm...kalau begitu..engkau berdetiklah sebanyak 3,600 kali dalam masa sejam..apa katamu wahai jarum jam Jam : Tuan..kau seorang yg baik budi pekerti..3,600 kali itu..aku rasa masih berat untukku..bertimbangrasalah wahai tuan.. Tuan Jam : Kalau begitu katamu.. boleh tak engkau berdetik 60 kali sahaja dlm seminit.. Jam : Tiadakah pekerjaan yg lebih ringan lagi dari itu tuan.. Tuan Jam : Ok... macamni aja lah.. apa kata engkau berdetik.. sekali sahaja dalam masa sesaat... Jam : Terbaik...aku setuju..terima kasih tuan...terima kasih. Moral : Dalam kehidupan..kadangkala kita merasa cukup berat untuk melakukan sesuatu perkara kerana pada hemat dan penilaian kita.. kerja dan agenda yang akan kita buat itu sukar dan tidak mampu kita laksanakan.. Jarum jam dalam kisah di atas, merasakan tugasnya utk berdetik sebanyak 86,400 kali dalam sehari itu amat menyukarkannya sedangkan pada hakikatnya.. itulah kemampuan dirinya yang sebenar.. Istilah2 yg berat seperti TRANFORMASI..INOVASI..KREATIVITI..REFORMASI.. jika dilihat kepada matlamatnya..sememangnya cukup besar dan tidak mampu utk kita realisasikan.. tetapi andainya dirancang dengan teliti disertai langkah2 kecil utk melaksanakannya.. insyaAllah...kita mampu membuatnya..

No comments: