Keluhan.. ratapan.. pengharapan.. sesuatu yg pasti terlintas diruang fikiran tatkala hidup ditamu dengan ujian Allah.. kemalangan.. kesakitan.. kehilangan.. kematian.. semuanya ujian yg pasti hadir dlm hidup kita sbg manusia. Persoalannya.. berapa ramai diantara kita yg POSITIF dengan Allah swt apabila ujian bertamu dlm kamus hidup kita. Di sini akie ingin berkongsi sedikit tips agar kita sentiasa positif dgn Allah apabila UJIAN melanda.. Fikir..renungkan 3 perkara
- LiTa`zib (Azab)
Ujian yg datang itu adalah bala Allah atas segala dosa yg tlh kita lakukan.. samada secara
sengaja @ tidak sengaja.. secara sedar @ semasa kita lupa. Moga dgn ujian yg Allah beri
itu, kita akan tersedar dr lupa.. mudah2an ia menjadi penghapus / kifarah pada dosa yg
kita lakukan..
- Li Ta`dib (Didik)
Allah beri ujian pada kita utk mendidik kita.. manusia seringkali alpa dengan pelbagai
nikmat yg Allah berikan.. kita perlukan didikan Allah.. justeru Allah uji kita
- Li Taqrib (Merapatkan)
Ujian juga diberi pada manusia kerna kita selalunya akan ingat, rapat dan bersujud pada
Allah apabila kita ditimpa musibah, sakit, kemalangan dll. Andainya kita sentiasa berada
dlm keadaan selesa..kita selalu lupakan Allah.. sebab itulah Allah beri pada kita ujian utk
kembali merapatkan kita pada-Nya.. bukankan itu nikmat yg besar
Jadi, kesimpulannya.. sentiasa POSITIF dengan ALLAH.. Barangsiapa yg menerima ujian Allah dengan hati yg tenang dan tenteram serta sentiasa mengharapkan keredhaanNya.. org itu akan mendapat kebaikan yg banyak...
No comments:
Post a Comment