Ahlan Wa Sahlan....

Selamat Datang... Moga ruangan yang tersedia menjadi platform yang positif untuk kita berkongsi idea dan input yang insyaAllah mampu menjana minda dan pemikiran kita bersama.

Friday, September 10, 2010

Ziarah Ramadhan..






Ziarah Ramadhan... program terkini yg julung2 kali diadakan pada tahun ni. Bukan apa.. tahun2 lepas program bantuan aidilfitri akie buat hari terakhir bulan ramadhan @ hari terakhir sekolah bulan ramadhan.. dalam satu bungkus bantuan dah tentu ada 5kg beras, 1 kg gula, 1kg gandum, 2kg minyak masak, kordial 2 liter, ketupat segera, susu dll.. rasa2nya mau jadik 8 - 9 kg satu2 bungkusan tu.. Anak2 yg dapat bantuan pulak badan kecik2 aje.. ada yg datang naik bas luar, jalan kaki, naik basikal.. bayangkan le macamane diaorang nak bawak balik bungkusan tu kan.. cian kat diaorang. Jadi tahun ni.. kita bagi awal sikit bantuan tu..pastu kita mintak kerjasama & bantuan cikgu cikgi yg ada keta beso2 & lawo2 tu utk anto anak2 tu ke rumah.. Gracias akie ucapkan atas kerjasama semua guru.. ada yg bawak anak2 yg dpt bantuan tu naik motor lagi.. semoga dgn keprihatinan cikgu cikgi ni.. mak ayah diaorang dapat merasai keikhlasan guru2 dlm mendidik anak2 mereka. Bravo.. alhamdulillah.. semoga tahun depan program ziarah ni akan dapat diteruskan..

Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.

2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.

3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.

4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.

5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.

6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya

8. Yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :

1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)

2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.

3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

No comments: