Ahlan Wa Sahlan....

Selamat Datang... Moga ruangan yang tersedia menjadi platform yang positif untuk kita berkongsi idea dan input yang insyaAllah mampu menjana minda dan pemikiran kita bersama.
Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Sunday, February 27, 2011

Conteng dinding






Acara menconteng dinding adalah acara yg dianggap negatif dan diistilahkan sbg Vandalisme.. mane taknye..dinding yg elok2..cantik..tetiba penuh dengan tulisan2 yang tak bermoral.. kalau kat sekolah..nama yg dilakar..standard la..siapa lagi..nama guru disiplin la..kalau pengetua atau gpk hem garang..nama tu pun jadi mangsa..macam2 gelaran buruk dan jijik diberi oleh anak2 yg nakal tu, guru membalasnya dengan memberikan mereka ilmu.. aarr mulia sungguh kerjayaku. kalau kat tandas awam..lain pulak ceritanya.. pelbagai iklan dan tawaran serta lakaran yg mengghairahkan pula yg menanti di dalamnya.. entahlah ye..

Tapi yg akie nak cerita ni lain sikit, conteng dinding yang ni dibenarkan..malah disediakan hadiah lagi untuk mereka yg menconteng dgn cantik.. entah macamana hari ni ter"berjalan" ke The Zone JB.. dan kebetulannya ada pertandingan menceriakan dinding pagar The Zone tu dgn mural 1 malaysia.. bagus jugak.. cantik2 gambar yg dilukis.. selain dapat mencurahkan bakat, ia juga menceriakan suasana..

Monday, October 11, 2010

Hi-Tea 10.10.10



Bertempat di Hotel Selesa Johor Bahru, Majlis Hi-Tea telah selamat disempurnakan oleh KEBIRU SMK TD2.. Macam biasa... seperti tahun2 lepas... acara makan.. cuma tahun ni adalah kombinasi dan spirit hari raya. Oleh kerna ada aura raya.. jadi menunya.. menu rumah terbuka le.. dapatla hadiah sikit2...cuma tahun ni kurang bertuah.. tak dapat hadiah yg beso2.. tapi alhamdulillah.. majlis berjalan lancar.

Sunday, August 29, 2010

Jalan2 cari makan..



Twister potato.. salah satu dr pelbagai spesis makanan yg di jual di pasar ramadhan Bandar Baru Uda (BBU) Tampoi.. akie baru kenal dgn menda ni sebab kat kg akie..xde pulak. Caranya mudah aje nak buat tapi kena ada mesin yg potong kentang tu tanpa putus.. pas potong..masukkan lidi kat tengah dia.. goreng dan letak perisa.. harga rm2..bagus jugak kalau dapat beli mesin ni.. nanti lepas bersara nak buat apa agakAdd Imagenya yek..

Sunday, July 4, 2010

Ostrich...."camel bird"...burung unta da..






Salam..lama x jengah blog..bz sikit.. 3 Julai..Akie n family join family day SMKTD 2..rapatkan silaturrahim..tenangkan fikiran..8 pagi dah mula gerak ke sekolah..konvoi jalan dekat2 jam 9 jugak la..ade explorace..eh treasure hunt..pulak...macam2 kena cari..layan je la. Singgah kat ladang burung unta..dapatlah mengenali serba sedikit ciptaan Allah ni.. Telur dia sedap..kolesterol kurang..berat telor aje dah 1.5kg..bersamaan ngan 25 bijik telur ayam...subhanallah.. boleh berdiri atas telor..katenya beban yg boleh ditanggung oleh telor dia ni sampai 120kg... yelah, mak diapun dah berapa beratnya..nak mengeram kena dok atas telor kan..Species jantan warna itam..paruh dan kaki merah..kepak putih..pandai menari..yang betina warnanya kelabu. Apapun..senang nak bela burung ni.. dia makan rumput israel dengan kacang soya.. daging dia kalau jual borong dalam rm100 sekilo..kalau biasa rm 130 la.. satay saje pun rm1.50 secucuk..banyak khasiat..akie ingat bila pencen nanti nak bela burung ni lah..kayo pakcik

Saturday, June 19, 2010

Oh..Strawbery..






Strawbery..ialah buah yang selalu kita jumpa atas kek & hanya hidup subur di kawasan yang bercuaca sejuk. Nampak manis..tapi bila dimakan..x semestinya manis..ada yg masam rasenya.. oleh kerana payah nak jumpe buah spesis ni kat tempat akie..jadi hentam jugaklah..masam pun masamlah.. yg penting..amik gambo.. leh wat kenangan & tunjuk kat anak cucu.. Kebun yg akie ziarah ni kat kaki bukit Genting..Goh Tong nama tempat dia..kalau x silap la..ala tempat mula2 naik skyway nak naik genting tu la.. taklah sejuk sangat cuacanya.. sempat jugak masuk kebun..petik sendiri..RM8 utk 100gram...anak2 akie yg pegang gunting..jumpe buah je nak gunting..bankrup la bapak ko ni nak oi.. last2..masa timbang kat kaunter..ok je.. ngam2 100gram..petik banyak pun sapa nak perabih nanti.. oklah..lain taun datang lagi

Thursday, June 17, 2010

Tour to Bukit Tinggi..







Salam.. Jauh berjalan..luas pandangan..banyak pengalaman. Cuti ada balance 2 tiga hari lagi..akie dan isteri merancang nak bawak anak2 g cuti2 Malaysia..Destinasi pilihan Cameron Highland tapi jauh sgt kalau dr Rompin..jadi tukar.. kami pergi Bukit Tinggi, Bentong.. Dekat dengan Genting Highland. Kawasannya tak lah sesejuk Cameron @ Genting..tapi oklah.. Mendamaikan dan penuh dengan tanda2 kebesaran Illahi.. cuaca suam2 kuku.. pemandangan cantik.. Alhamdulillah..