Ahlan Wa Sahlan....

Selamat Datang... Moga ruangan yang tersedia menjadi platform yang positif untuk kita berkongsi idea dan input yang insyaAllah mampu menjana minda dan pemikiran kita bersama.

Sunday, August 29, 2010

Jalan2 cari makan..



Twister potato.. salah satu dr pelbagai spesis makanan yg di jual di pasar ramadhan Bandar Baru Uda (BBU) Tampoi.. akie baru kenal dgn menda ni sebab kat kg akie..xde pulak. Caranya mudah aje nak buat tapi kena ada mesin yg potong kentang tu tanpa putus.. pas potong..masukkan lidi kat tengah dia.. goreng dan letak perisa.. harga rm2..bagus jugak kalau dapat beli mesin ni.. nanti lepas bersara nak buat apa agakAdd Imagenya yek..

Wednesday, August 25, 2010

Sabor je la cikgu..


Cikgu.. profesion yg penuh dgn cabaran & dugaan. Hanya seorang guru yg tau makna yg tersurat & tersirat disebaliknya. Sesiapa yg tidak pernah jadi cikgu ttpi mengeluarkan pelbagai tanggapan pada guru pastinya akan membuat hipotesis yg salah tentang kerjaya ini. Hakikatnya, kerjaya ini menagih kekuatan fizikal, mental & emosi yg bukan calang2. Pengorbanannya pula.. hanya guru yg tau. Terima kasih & tahniah buat semua guru. Saidina Ali menyatakan "barang siapa mengajarku walau satu huruf.. dialah guruku".. Buat guru.. ajarlah anak didikmu seikhlas & sebaik mungkin walau siapapun anak muridmu.. walau bagaimana bebalpun mereka..walau senakal manapun mereka kerana anakmu juga diajar oleh seorang guru.. jika engkau mahu anakmu dididik dgn baik..didiklah anak didikmu dgn ikhlas dan berikanlah yg "terbaik" .. InsyaAllah.. anakmu nanti akan mendapat guru yg baik sepertimu...

Tuesday, August 24, 2010

Betik Peria




Alkisahnya adalah satu spesis betik ni orang kampung akie kata namanya betik peria.. abang akie pun tanam le kat rumah dia. Asalnya betiknya kulit dia sebijik macam peria.. ha..yg pahit tu. Kulitnya menggerutu..tapi isinya merah.. manis.. tapi bila tanam kat rumah, betik ni kulitnya jadi licin pulak tp panjangnya mcm peria.. tempat korang ada tak betik gini.. dah 2 jenis la betik yg akie dah cerita dlm blog ni.. saje je.. memperkayakan pengetahuan..

Wednesday, August 18, 2010

Tadarrus al-Quran






Salah saatu amalan yg amat dituntut, malah sinonim dgn bulan Ramadhan ialah tadarrus al-Quran.. Amalan ini adalah amalan Rasullullah s.a.w & juga Jibril a.s. Baginda Rasul akan membaca ayat al-Quran dan disemak bacaannya oleh jibril. Justeru kita sebagai umat Islam seboleh2nya amalkanlah amalan tadarrus ini.. kalau tiada kesempatan buat sebagaimana Rasullullah saw.. maka sematkanlah dalam hati.. azam.. bertekad.. diakhir Ramadhan nanti kita akan tamat sebuah al-Quran. Semoga Allah swt menerima ibadah dan amalan yg kita lakukan sepanjang Ramadhan ini.. Amin. Program tadarus ini akie buat utk anak2 akie pelajat tingkatan 3 aktif dan 3 bestari.. sempatlah baca juzuk 26 dan 27. Moga mereka diberi hidayah oleh Allah dan dipermudahkan dalam menjawab peperiksaan PMR tahun ini.

Keli oh keli..




Keli..catfish rasenya omputeh panggil.. penuh dgn khasiat.. zaman dulu2 akie selalu mancing ikan ni kat parit depan rumah.. masa tu mcm2 ikan ade.. ikan haruan, keli, puyu kuning, sepat, belida, bulan.. ular pun sangkut kat kail. Tp ngail suka2 je.. tak makan pun. sekarang ni ikan2 ni dah mencanak harganya sebab payah nak dapat.. mana taknya semua parit dah kena timbus buat projek perumahan.. budak2 sekarang dah x pandai mancing2 ni.. gelanggang permainan diaorg kat cc.. main ps.. mcm2 lah.. sekali sekali akie rindu dgn kenangan main lastik.. senapang peluru terung.. bedil buluh.. police sentri.. zero point.. galah panjang.. emm mana agaknya pergi kawan2 zaman budak2 dulu tu.. gambo yg akie attach ni ialah gambo ternakan keli dlm kanvas dan dlm takung.. bole buat kat tepi rumah aja.. yg dlm kanvas tu boleh bela sampai 2 ribu ekor.. ternakan ni abang akie yg buat.. kat belakang umah dia aje.. dapat jugak tambah pendapatan.. bravo brother..

Penawar Barah..





Barah..Kanser..penyakit yang pasti menjadi igauan ngeri penghidapnya.. setakat ini tiada penawar yg ampuh utk melawan penyakit yg datangnya dr Allah ini. Lelaki mahupun perempuan.. semua kena.. barah rahim, payudara, darah, tulang, prostat dll. Akie nak cerita ttg sejenis tumbuhan.. ada kt kg akie.. ayah akie tanam.. namanya kentang angin..nama sains dia Dioscorea bulbifera L. (Dioscoreaceae) – Air potato, Bulbil-bearing yam, Acom, Potato yam, Bauiac (Mayan). Aerial bulbils / Kentang angin / Ubi Kanser. Berbelit lidah akie nyebutnye weh.

Pokoknya menjalar ke atas pokok lain.. buah dia macam buah mengkudu tapi hitam.. akar dia akan naik ke atas bukan ke bawah. Buah kentang ni hanya akan jatuh sendiri dan kita bolehlah ambil dan rebus isinya.. kajian sains kata dia mujarab utk merawat kanser. Apa pun kita usahalah.. Allah yg menyembuhkan..

Monday, August 16, 2010

Beramadhan di kampung...


Alhamdulillah...jumaat lepas, akie & isteri serta anak2 dapat mencuri masa balik menjengah mak dan ayah di kampung akie.. Kuala Rompin.. kg kolam.. asalnya dulu kg ni penuh dengan kolam.. kitaorang tanam padi dulu2. Akie masih teringat masa kecik2 dulu selalu buat seruling guna batang padi.. tapi sekarang kolam2 dah banyak di timbus.. dah jd rumah. Anak2..bila balik x lekat kat rumah.. ada aje aktiviti diaorg, x kira bulan puasa ke idak. Kat kg akie ni..macam2 ada. Ayam belanda Mr Bean pun ada..manja pulak tu. Akak akie ada bela seekor anak beruk.. sejak dari kecik, nama dia Pak Lah..hu2.. manja paklah ni..tapi still kena ikat sebab kalu naik atas pokok..sape nak manjat ambik dia. Burung yg Nurin, anak akie pegang tu burung gembala kerbau.. jatuh dari pokok nyior.. bela jugak. Anak kambing tu pulak namanya abu, mak dia tak pandai nak susukan.. jadi bila lapo si abu ni akan datang rumah mintak susu. Satu lagi betik tu.. cantik kan.. belum masak lagi tu.. warna dia memang macam tu.. kalau bulan posa tengok.. kecur air liur..

Apa pun..seronok balik kampung.. apatah lagi dapat jumpa dgn orang tua.. mak & ayah akie dah tinggal berdua je.. semua anak2 dah beso2 belaka. sekurang2nya dengan kita balik sekali sekala, dapatlah diaorang ni terhibur dengan telatah anak cucu.. tak perlu lama..sekejap dah cukup bermakna. Sementara mereka ada jengah la mereka. "Sibuk" alasan standard utk kita yg bekerja utk x menziarahi mereka.. tapi sebenarnya kalau dirancang.. insyaAllah.. masa pasti ada. Jangan sampai kita menyesal bilamana suatu masa nanti mereka dah tiada barulah kita teringat utk menziarahi mereka... masa tu dah xda maknanya..

Wednesday, August 11, 2010

Subhanallah..


"Saya penyimpan besar mohor..Raja2.. mengumumkan...esok puasa".. skrip..dialog..nada..cara yg sama.. seingat akie..dari dulu, gitulah gayenya..pengumuman nak puasa..mahupun nak raye.. maka bermulalah bulan Ramadhan..syukur sgt sebab ALLAH masih beri kesihatan & kesempatan utk hidup hingga Ramadhan tahun ni.. suka..3x.. alhamdulillah. Malam tadi pun start la solat tarawikh.. subhanallah.. jalan yg x pernah jem..jadik jem..surau yg jd masjid kat umah akie ni.. penuh sesak.. lebih dr nak solat jumaat lagi.. senario ni biasa akie tengok di awal Ramadhan.. terfikir akie.. inilah yg dinamakan Keberkatan Ramadhan.. tapi biasanya bila dah nak masuk malam ke 10 ke atas..lain pulak jadiknya.. makin susut pulak surau & masjid.. yg penuh sesak..pasaraya pulak la.. manusia sibuk ingat pada kehendak & keperluan diri.. dan mula merenggangkan diri dengan ALLAH..padahal.. pertengahan & akhir Ramadhan itulah kemuncak acaranya.. Anak2 pun gembira dgn kehadiran bulan puasa.. niat..semua dh hafal.. moga mereka jadi anak yg soleh & solehah serta berjaya berpuasa sebulan Ramadhan..

Marhaban Ya Ramadhan..


Ramadhan...datang lagi..menjengah tiba dengan pelbagai "offer" & "bonus" dari Allah untuk sesiapa sahaja yang berusaha mencari, menghayati dan menghidupkan bulan ini. Ya..Allah berilah daku peluang & ruang untuk mencari dan mengaut keberkatan RAMADHAN kali ini. Ramadhan sebagaimana sebelumnya menawarkan kepada kita BONUS dan saham akhirat..antaranya;

1)Bulan diterima taubat...justeru ambillah peluang.. bertaubat dari dosa2 silam di zaman jahiliyyah kita..mungkin dulu kita alpa.. dulu kita terlalu ikutkan nafsu..dulu kita masih berdarah muda.. dulu kita jahil.. atau kini kita masih lagi bergelumang dengan noda.. berhentilah.. bertaubatlah dengan ikhlas.. sesungguhnya inilah masa terbaik utk kita bertaubat..

2) Bulan yg penuh dengan keberkatan.. segala amalan yg kita buat diberikan keberkatan.. berbuka puasa diawal waktu..berkat, makan sahur..berkat, makan sahur di akhir waktu berkat.. bersedekah..berkat.. sebutlah apa shj amalan.. semuanya diberi keberkatan.. apalah hidup seorang hamba tanpa keberkatan ALLAH...

3) Bulan yang penuh dengan rahmat ALLAH.. keberkatan & rahmat ALLAH.. 2 adik beradik yg amat diperlukan oleh manusia agar hidup bahagia & berjaya dlm erti kata yg sebenar..didunia mahupun diakhirat

4) Bulan diberi pengampunan.. Mohonlah sebanyak mungkin keampunan..kita tidak memerlukan tempat yg khusus..masa tertentu..atau tarikh tertentu utk memohon keampunan Allah.. banyakkan berdoa.. dimana sahaja.. sebaiknya gunakan doa yg disarankan Rasullullah saw.. buat solat taubat.. sebanyak mungkin.. kita perlu SERIUS dalam bertaubat..

5) Bulan diberi ganjaran PAHALA berlipat kali ganda.. Subhanallah.. umat nabi Muhammad rata2 usianya antara 60 hingga 70..tidak seperti umat nabi lain yg hihup beratus tahun lamanya..namun, ALLAH beri keistimewaan dgn ganjaran pahala berganda.. amalan wajib yg kita buat digandakan 70x ganda pahalanya, amalan sunat pula..seolah2 kita laksanakan amalan wajib.. Lailatul Qadar.. keistimewaannya seumpama beramal seribu bulan.. maha suci ALLAH..

Tepuk dada..tanya iman..marilah kita bersama menghidupkan RAMADHAN.. dengan pelbagai amalan, semoga ALLAH memberkati usaha kita..amin

Sunday, August 8, 2010

Karipap...Cerita dari seorang teman

Pakcik nak beli karipap ? Karipap kering ada, basah pun ada." Seorang budak perempuan berumur 12 tahun menjual karipap di stesen minyak Petronas di Batu Gajah Perdana (BGP). Suaranya amat perlahan dan dalam bunyinya seolah2 dia sakit. Ditangannya ada sebiji bakul kecil berisi karipap. Sebelah tangan lagi memegang buku, mungkin buku sekolah tapi bukan majalah "Mangga". "Pakcik sembahyang dulu, nanti pakcik beli". Selepas solat, teman terus berjumpa dia. Zura namanya. Berasal dari Tanjung Tualang. Bersekolah di SK St Paul. Anak kedua dari 5 adik beradik. Ayahnya seorang jaga manakala ibunya membuat kuih untuk dijual. Setiap hari Zura akan dihantar ayahnya ke BGP (lebih kurang 25 km) untuk menjual kuih. Bakulnya bukan besar. Sekadar beberapa kampit karipap kering dan 30-40 karipap basah. "Zura dah sembahyang ?" "Sekejap pakcik. Ada makcik tu tadi nak beli karipap selepas sembahyang. Nanti saya sembahyang lepas ni" Suaranya semakin mendayu." Saya sakit pakcik" Saya tak boleh cakap kuat-kuat, sakit !" Nanti ayah datang pukul 8. Dia hantar tadi pukul 2" Sedih teman. Nak menangis rasanya. Budak kecil ni sedang membantu keluarganya mengahadapi kemelut ekonomi dunia. Teman ingat kalau habis semua karipap yang dibawanya, bukan untung RM250 tapi paling banyak pun RM10.00 ! Minyak motor lagi ! "Zura boleh dapat 5A ? "InsyaAllah pakcik" Raut muka dan jawapannya sungguh meyakinkan! Kalau dapat 5A pun teman pasti Zura tak akan ke MRSM, SMKA, SM Sains atau TFGS ! Bapanya tentu tidak mampu menghantar Zura !

Teman balik ke rumah, hujan renyai-renyai! Tapi hujan lagi lebat turun kat mata co-pilot teman... dia sedih teramat sangat. Sebentar lagi bapa Zura akan sampai untuk menjemputnya! Naik motor kapcai ! Bukan naik Camry ! Bukan naik E200 ! Zura akan menggigil kesejukan ! Sebab itu dia selalu sakit ! Sebab dia dah bertahun-tahun membonceng ayahnya menjual karipap ! Mana dia keadilan ! Kita membayar RM12.00 untuk secawan Cuppercino di Starbuck! 2 scoop aiskrim di Baskin Robbin RM14.00 ! Seketul kepala ikan kari RM10.00 di Restoran Zamry ! Zura berhujan, berpanas, berembun ! Enam jam ! Dapat RM10.00 ! Bukan RM1000.00 !

Kalaulah teman banyak duit, mahu teman beli karipap tu RM1000 seketul ! Bukan 3 seringgit ! Bukan sekampit seringgit ! Biar Zura mentelaah buku-bukunya untuk UPSR bulan September ini ! Biar dia dapat masuk MRSM! Atau SMKA ! Biarlah suatu hari Zura mampu mengubah segala-galanya !

Kalau kengkawan mengisi minyak di stesen minyak Petronas BGP, carilah Zura ! Belilah karipapnya. Sembanglah dengan dia. Dia lebih tau apa itu kelembapan ekonomi dunia dari Pak Menteri-menteri, itu ini untuk GLC, untuk Conglomerat Cap kroni, bla bla bla. Anak2 kome tengah buat ape kalau hari ujan? Ngadap Sinetron ke, ngadap Facebook? Itupun ada yang buat mulut muncung kalu tak dapat ke KFC, ke JJ, ke Bukit Merah Lake Town Resorts...Zura tu teman rase tak pernah mimpi nak ajak mak ayah dia ke sana. Zura tak akan pernah mintak beg Hello Kitty, krim pencuci muka, syampu Sunsilk, top-up atau henfon Nokia N91...Banyak benda yang Zura takkan mampu nak mintak macam anak-anak kita dah lama dapat.

Kita pulak kalau tau ada orang miskin, takat sedih je, takat gebang marah pemimpin tak bantu. Yang kita tu, bila nak mula bantu? Apa usaha kita? kekadang kita nampak orang mintak sedekah, kita buat donno je, ada yang lari dari pakcik makcik peminta yang dah konfom buta! Berapa ramaikah Zura di tempat anda ? Tentu adakan... apa peranan dan tanggung jawab kita.. fikir2kanlah...

Mari Beriadah..



"Akal yang baik terletak pada badan yg baik" gitulah bunyinya satu pepatah arab yg menerangkan tentang kepentingan kita menjaga kesihatan tubuh badan... Kesihatan adalah anugerah Allah yg wajib kita syukuri.. namun ramai diantara kita seolah2 lupa tanggungjawab tersebut. Kita akan mula teringat utk mensyukuri nikmat "sihat" hanya apabila kita sakit.. lumrah manusia.. masa ada tak nampak.. bila hilang.. baru tercari2.. macam2 cara utk beriadah.. ada yg boleh buat kat padang.. ada pulak yg boleh buat hanya dlm rumah aje.. tapi bila MALAS menjadi teman... kat mane pun.. sama aje.. tak buat jugak.. kadang2 akie teruja tengok bangsa cina.. walaupun dah "amat" berusia tapi pagi2.. jam 6.. dah ada kat tepi2 jalan.. morning walk.. pergi taman.. mereka ada persatuan.. buat tai chi.. menari ikut lagu..macam2 ada.. Akie tercari2..mane pergi warga emas kita.. macamana agaknya diaorg beriadah.. kalau dulu org2 lama kat kampung..adalah yg beridah dgn mandi embun..bersilat..berkebun dll..tapi yg dok kat bandar ni..camne.. "Mencegah..lebih baik dari merawat"..pepatah arab jugak tu.. eloklah kita mula masukkan aktiviti "riadah" dlm jadual mingguan kita..bila... jangan tunggu lagi.. mulakan sekarang.. gambo2 tu.. baru2 ni akie and team Gagak Hitam.. masuk pertandingan volleyball..MSKPP.. dapat la masuk semi final..tempat ke 4 je.. tapi oklah.. penyertaan pertama..tahun depan..insyaAllah.. cuba lagi...

Monday, August 2, 2010

kempen "Jom Tutup Aurat"




Lama x menjengah blog...sebenarnya akie kebelakangan ni sibuk nguruskan anak2 buah yg peksa trial pmr..sebelum tu bz dgn key-in markah kerja kursus PBS diaorang..tu yg x sempat nak mengarang tu.. tapi dalam pada tu projek baru tetap jalan.. kempen "Jom Tutup Aurat" adalah projek terbaru yg dilancarkan.. program mudah..semua org tahu..rata2 kalau kita tanya pada org tentang aurat..semua tahu.. tutup aurat WAJIB.. tapi nak praktikkan tu yg ada sikit susah.. Tutup aurat..perlu pada komitmen..kesungguhan..pengorbanan..iltizam..keimanan yg kental. Ramai org menganggap "bertudung" sudah cukup utk menggambarkan mereka menutup aurat tanpa memahami "konsep" sebenar menutup aurat. Apa yg perlu sekarang setiap org WAJIB faham..apa yg dikatakan aurat.. aurat itu maruah kita.. ia perintah ALLAH yg tercatat dgn jelas dlm al-Quran.. Akie cuma jalankan tgjwb mengingatkan anak2 akie kat sekolah agar jaga dan tutup aurat sebaiknya mengikut syariat yg ditetapkan oleh ALLAH.. walaupun akie tahu hampir separuh dr anak2 akie tak menutup aurat di luar pagar sekolah.. Akie doakan mudah mudahan mereka akan diberikan hidayat oleh ALLAH utk menutup aurat..kalau tidak hari ini..mungkin esok..