Ahlan Wa Sahlan....

Selamat Datang... Moga ruangan yang tersedia menjadi platform yang positif untuk kita berkongsi idea dan input yang insyaAllah mampu menjana minda dan pemikiran kita bersama.
Showing posts with label Makdis. Show all posts
Showing posts with label Makdis. Show all posts

Sunday, February 27, 2011

Bumi Allah swt itu suci








Bertempat di gelanggang bola tampar SMK Taman Daya 2, jam 7.30 pagi hari jumaat yang lalu telah berlangsung satu majlis solat hajat bagi semua warga muslim sekolah. Warga muslimat ditempatkan disurau dan yang muslimin (lelaki) menunaikan solat di gelanggang. Ada kelainan yang diperkenalkan bagi membuang tanggapan bahawa solat hanya boleh dilaksanakan di surau atau masjid sahaja. Bumi Allah itu suci, justeru kita boleh melaksanakan solat dimana-mana sahaja. Andainya kita berkelah ditepi pantai, maka solatlah diatas pepasir pantai yang bersih, andainya kita seorang usahawan pasar malam, maka solatlah ditepi van atau di atas tar jalan, andainya kita di atas padang..apa salahnya kita solat di atas rerumput yang menghijau...apa yg penting...mendirikan solat kerana solat itu tiang agama..

Solat pagi ni bermula dengan penerangan ringkas kaifiah (cara) solat hajat dan solat dhuha.. kemudian solat secara berjamaaah..kemudian Tn Hj Hamid Hashim, GPK 1 menyampaikan amanat.. minggu depan 1/3/2011 ada ujian 1... semoga tertanam dalam jiwa anak2 TD2 agar sentiasa bermunajat dan bergantung harap pada Allah swt dlm apa jua urusan mereka..

Tuesday, February 15, 2011

Jom Khatam al-Quran







Sekitar Kempen Jom Khatam al-Quran.. Cikgu cikgi dan peserta2 jom khatam al-Quran sedang bergambo sakan pada hari pelancaran program. Semoga semua dapat khatam al-Quran menjelang bulan Julai nanti. Apa yang penting ialah keazaman dan usaha yang istiqamah.. insyaAllah.. segalanya akan dipermudahkan..

Sunday, November 21, 2010

Korban..






Alhamdulillah..kita diberi kesempatan utk sama2 merayakan aidil adha tahun ini, tapi frust x dapat nak balik beraya kat kampung..cuti raya cuma sehari ja..camne la nak balik kampung..penat travel. Kemeriahan & makna hari raya korban semakin dilupakan.. walhal pengertian raya korban cukup mendalam..itupun kalau dihayati dengan hati dan iman.

Berita baiknya..oleh kerana ramai kengkawan, terutama dr pantai timur yg tak dapat balik beraya..jadi akie & kawan2 telah berjaya utk julung kalinya mengadakan majlis korban di sekolah. RM 50 je sorang.. dapat la dlm RM2900 collection. Cari lembu..dapat dgn harga RM2500, dr Felda Ulu Tebrau. Korban dibuat hari ke 2 @ hari tasyrik pertama, lembu sampai jam 9.. turun dr lori, ikat kat pokok. GPK 1, Tn Hj Hamid jadi tukang sembelih.. pastu pakat lapah ramai2..dgn kepakaran dan skill masing2 yg terpendam..ada yg pakar tulang..pakar bedah perut..pakar bersih perut.. pakar timbang pun ada..tukang kerat daging dan ramai jugak tukang nyibuk..he2.

Dah siap bab daging..serah pada tukang masak..chef zali & cef salina.. antara menunya.. kari kapla, tulang & daging lembu, sup power gear box, spoket berapi & ekor, sambal tomato special, kerabu mangga made in mokda serta ulam ulaman.. makan tengahari siang tu..tuhan je yg tau. Malam pulak ada majlis solat hajat utk anak2 yang bakal menduduki SPM.. badan letih..pinggang mcm nak patah..kaki dh x boleh angkat..esok ajelah..basuh periuk... apa2 pun..alhamdulillah..kedua2 majlis dpt dijalankan dgn lancar..terima kasih semua cikgu cikgi..tahun depan kita buat lagi..

Saturday, November 20, 2010

Pembinaan Jamrah..






Lama betul projek Laman Haji akie tertangguh.. mula2 sebab nak exam PMR..dah sudah exam sibuk dengan penandaan.. peperiksaan akhir tahun.. tapi alhamdulillah sebelum anak2 tingkatan 3 bercuti hari tu..ada jugak kesempatan utk bina Jamrah..Jamratul Ula..Jamratul Wusto dan Jamratul Aqabah.. 3 jamrah tu dibina dengan model klasik.. sebab jamrah yg ada sekarang ni dah bertingkat2.. apa yg penting.. nanti anak2 yg belajar ibadah haji faham bahawa terdapat 3 jamrah yg perlu diingat. InsyaAllah tahun depan bolehlah MAKDIS (Majlis Dakwah Sekolah) buat kursus haji pulak. Pembinaan jamrah ni melibatkan pembelian 3 kerek (gelung simen), 6 batang tiang, simen, pasir dan batu. Jenuh jugak nak menggolek menda alah tu naik ke ats bukit. Lepas tu kena gali tanah yg keras kematu.. letak gelung..bab angkat tiang lagi satu kerja.. nak patah jugak pinggang rasanya..terima kasih lah anak2 yg tolong akie dlm projek tu. Akie bagitau pada diaorg : apa yg kita buat hari ni, selagi digunapakai utk orang lain mendapat ilmu..pahalanya akan berterusan walaupun kita dah msuk ke lubang kubur.. inilah amal jariah namanya.

Friday, September 10, 2010

Ziarah Ramadhan..






Ziarah Ramadhan... program terkini yg julung2 kali diadakan pada tahun ni. Bukan apa.. tahun2 lepas program bantuan aidilfitri akie buat hari terakhir bulan ramadhan @ hari terakhir sekolah bulan ramadhan.. dalam satu bungkus bantuan dah tentu ada 5kg beras, 1 kg gula, 1kg gandum, 2kg minyak masak, kordial 2 liter, ketupat segera, susu dll.. rasa2nya mau jadik 8 - 9 kg satu2 bungkusan tu.. Anak2 yg dapat bantuan pulak badan kecik2 aje.. ada yg datang naik bas luar, jalan kaki, naik basikal.. bayangkan le macamane diaorang nak bawak balik bungkusan tu kan.. cian kat diaorang. Jadi tahun ni.. kita bagi awal sikit bantuan tu..pastu kita mintak kerjasama & bantuan cikgu cikgi yg ada keta beso2 & lawo2 tu utk anto anak2 tu ke rumah.. Gracias akie ucapkan atas kerjasama semua guru.. ada yg bawak anak2 yg dpt bantuan tu naik motor lagi.. semoga dgn keprihatinan cikgu cikgi ni.. mak ayah diaorang dapat merasai keikhlasan guru2 dlm mendidik anak2 mereka. Bravo.. alhamdulillah.. semoga tahun depan program ziarah ni akan dapat diteruskan..

Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.

2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.

3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.

4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.

5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.

6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya

8. Yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :

1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)

2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.

3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

Sumbangan Ramadhan...










Mafhum Hadis Rasullullah saw : 3 perkara yg tidak akan terputus wp seseorang itu telahpun meninggal dunia iaitu : ilmu yg memberi manfaat, sedekah jariah & doa anak yg soleh.

Maknanya 3 perkara ini kalau kita dpt laksanakan ketika hidup.. insyaAllah.. manfaatnya akan berterusan wp tika itu kita sudah berada di alam barzakh. Justeru.. pilihan ditangan kita. Tepuk dada.. tanya iman.

Pada Ramadhan kali ini, sekali lagi MAKDIS TD2 berusaha keras utk mencari dana dari para dermawan utk menjayakan prog sumbangan ramadhan utk anak2 yatim, piatu dan anak2 yg miskin di sekolah ini. Alhamdulillah.. ramai yg membeli saham akhirat yg dibuka.. sumbangan dtg mencurah2.. baik dr ibubapa mahupun warga pendidik. Seramai 76 orang anak2 yg telah terpilih utk menerima sumbangan yg disediakan. Diharap sedikit sumbangan ini akan dapat membantu anak2 ini & keluarga mereka utk menyambut lebaran kali ini

IFTAR TD2 2010






Majlis Berbuka Puasa TD2 kali ni telah dianjurkan sekaligus dgn majlis khatam al-Quran.. Lepas habis majlis khatam terus bersiap2 utk IFTAR pulak. Semua persiapan diatur di kantin sekolah.. menu simple je.. org Johor.. x lepas dr nasik beriani.. lauk ayam merah.. bubur lambuk, buah2, kurma, kuih mueh.. macam macam ada.. entah lah... akie x makan sangat.. dapat nasik sepinggan, makan buah sikit, sentuh kuih skit.. dah..alhamdulillah. Nanti nak jadik imam.. kalu soru lebih karang.. alamatnya.. balik awal la.. Cikgu cikgi yg hadir memeriahkan suasana ramai jugak cuma ada jugak yg x datang atas sebab2 yg x dpt dielakkan.. harap2 Ramadhan tahun depan program ni dapat dilaksanakan lagi dgn lebih baik.. insyaAllah

Majlis Khatam al-Quran 2010






Syawal dah nak menjengah..Ramadhan dah nak melabuhkan tirainya.. gembira nak raye..tapi sedih sebab ramadhan dah tiada. Sebelum cuti sekolah baru ni.. Akie & kawan2 dlm Majlis Dakwah Sekolah (MAKDIS) telah berjaya.. alhamdulillah.. menjayakan program Majlis Khatam al-Quran peringkat SMK TD2.. melibatkan semua warga muslim sekolah. Majlis khatam ni rentetan dari program tadarrus al-Quran yg dibuat dr awal2 ramadhan dulu.. tapi kitaorang repeat balik bacaan al-Quran dr juzuk 1 pada pagi 2 hari bulan September.. sampailah juzuk 30 pada tengaharinya. Pastu kami buat majlis khatam selepas solat asar berjemaah. Alhamdulillah.. sempurna sebuah al-Quran dlm bulan Ramadhan ni. Semoga Allah menerima segala amalan kita.

Wednesday, August 18, 2010

Tadarrus al-Quran






Salah saatu amalan yg amat dituntut, malah sinonim dgn bulan Ramadhan ialah tadarrus al-Quran.. Amalan ini adalah amalan Rasullullah s.a.w & juga Jibril a.s. Baginda Rasul akan membaca ayat al-Quran dan disemak bacaannya oleh jibril. Justeru kita sebagai umat Islam seboleh2nya amalkanlah amalan tadarrus ini.. kalau tiada kesempatan buat sebagaimana Rasullullah saw.. maka sematkanlah dalam hati.. azam.. bertekad.. diakhir Ramadhan nanti kita akan tamat sebuah al-Quran. Semoga Allah swt menerima ibadah dan amalan yg kita lakukan sepanjang Ramadhan ini.. Amin. Program tadarus ini akie buat utk anak2 akie pelajat tingkatan 3 aktif dan 3 bestari.. sempatlah baca juzuk 26 dan 27. Moga mereka diberi hidayah oleh Allah dan dipermudahkan dalam menjawab peperiksaan PMR tahun ini.

Monday, August 2, 2010

kempen "Jom Tutup Aurat"




Lama x menjengah blog...sebenarnya akie kebelakangan ni sibuk nguruskan anak2 buah yg peksa trial pmr..sebelum tu bz dgn key-in markah kerja kursus PBS diaorang..tu yg x sempat nak mengarang tu.. tapi dalam pada tu projek baru tetap jalan.. kempen "Jom Tutup Aurat" adalah projek terbaru yg dilancarkan.. program mudah..semua org tahu..rata2 kalau kita tanya pada org tentang aurat..semua tahu.. tutup aurat WAJIB.. tapi nak praktikkan tu yg ada sikit susah.. Tutup aurat..perlu pada komitmen..kesungguhan..pengorbanan..iltizam..keimanan yg kental. Ramai org menganggap "bertudung" sudah cukup utk menggambarkan mereka menutup aurat tanpa memahami "konsep" sebenar menutup aurat. Apa yg perlu sekarang setiap org WAJIB faham..apa yg dikatakan aurat.. aurat itu maruah kita.. ia perintah ALLAH yg tercatat dgn jelas dlm al-Quran.. Akie cuma jalankan tgjwb mengingatkan anak2 akie kat sekolah agar jaga dan tutup aurat sebaiknya mengikut syariat yg ditetapkan oleh ALLAH.. walaupun akie tahu hampir separuh dr anak2 akie tak menutup aurat di luar pagar sekolah.. Akie doakan mudah mudahan mereka akan diberikan hidayat oleh ALLAH utk menutup aurat..kalau tidak hari ini..mungkin esok..