Ahlan Wa Sahlan....

Selamat Datang... Moga ruangan yang tersedia menjadi platform yang positif untuk kita berkongsi idea dan input yang insyaAllah mampu menjana minda dan pemikiran kita bersama.
Showing posts with label Makanan. Show all posts
Showing posts with label Makanan. Show all posts

Monday, December 20, 2010

kepah..masak rebah bangun..





Kepah... sejenis seafood seangkatan dgn spesis kupang, kerang, lala dll. Kepah ni duduk dalam pasir kat muara2 sungai.. air tawar + masin. Air payau la.. rasanya agak kenyal2 sikit.. lain dr rasa kerang.. kulitnya berwarna warni.. bersih. Nak cari kepah.. kena tengok air pasang surut.. kalau air surut.. senang sikit..pakai gagau ngan tangan @ kaki je. Kalau air pasang..kena menyelam le gayenya. Dah kumpul2..rendam dulu dlm air bersih.. hilangkan pasir2 dlm kepah tu..pastu baru rebus.. masak rebah bangun best wooo... manis rasanya..

Tuesday, August 24, 2010

Betik Peria




Alkisahnya adalah satu spesis betik ni orang kampung akie kata namanya betik peria.. abang akie pun tanam le kat rumah dia. Asalnya betiknya kulit dia sebijik macam peria.. ha..yg pahit tu. Kulitnya menggerutu..tapi isinya merah.. manis.. tapi bila tanam kat rumah, betik ni kulitnya jadi licin pulak tp panjangnya mcm peria.. tempat korang ada tak betik gini.. dah 2 jenis la betik yg akie dah cerita dlm blog ni.. saje je.. memperkayakan pengetahuan..

Wednesday, August 18, 2010

Keli oh keli..




Keli..catfish rasenya omputeh panggil.. penuh dgn khasiat.. zaman dulu2 akie selalu mancing ikan ni kat parit depan rumah.. masa tu mcm2 ikan ade.. ikan haruan, keli, puyu kuning, sepat, belida, bulan.. ular pun sangkut kat kail. Tp ngail suka2 je.. tak makan pun. sekarang ni ikan2 ni dah mencanak harganya sebab payah nak dapat.. mana taknya semua parit dah kena timbus buat projek perumahan.. budak2 sekarang dah x pandai mancing2 ni.. gelanggang permainan diaorg kat cc.. main ps.. mcm2 lah.. sekali sekali akie rindu dgn kenangan main lastik.. senapang peluru terung.. bedil buluh.. police sentri.. zero point.. galah panjang.. emm mana agaknya pergi kawan2 zaman budak2 dulu tu.. gambo yg akie attach ni ialah gambo ternakan keli dlm kanvas dan dlm takung.. bole buat kat tepi rumah aja.. yg dlm kanvas tu boleh bela sampai 2 ribu ekor.. ternakan ni abang akie yg buat.. kat belakang umah dia aje.. dapat jugak tambah pendapatan.. bravo brother..

Penawar Barah..





Barah..Kanser..penyakit yang pasti menjadi igauan ngeri penghidapnya.. setakat ini tiada penawar yg ampuh utk melawan penyakit yg datangnya dr Allah ini. Lelaki mahupun perempuan.. semua kena.. barah rahim, payudara, darah, tulang, prostat dll. Akie nak cerita ttg sejenis tumbuhan.. ada kt kg akie.. ayah akie tanam.. namanya kentang angin..nama sains dia Dioscorea bulbifera L. (Dioscoreaceae) – Air potato, Bulbil-bearing yam, Acom, Potato yam, Bauiac (Mayan). Aerial bulbils / Kentang angin / Ubi Kanser. Berbelit lidah akie nyebutnye weh.

Pokoknya menjalar ke atas pokok lain.. buah dia macam buah mengkudu tapi hitam.. akar dia akan naik ke atas bukan ke bawah. Buah kentang ni hanya akan jatuh sendiri dan kita bolehlah ambil dan rebus isinya.. kajian sains kata dia mujarab utk merawat kanser. Apa pun kita usahalah.. Allah yg menyembuhkan..

Thursday, June 17, 2010

Nak Tiup ke...


Salam...dalam perjalanan dari Muadzam Shah ke Kuala Rompin td..akie bukak la radio Pahang fm.. lepas zohor ada ruangan ceramah..Ustaz Abdullah, pengamal perubatan..byk jugak tips yang diperkatakan ust Abdullah..antaranya tentang makan masakan yg panas2.. Ust kata..org cina pandai jaga anak, bila makan makanan yg panas..mrk akan suap nasi panas ke mulut mereka dahulu agar sejuk, kemudian barulah disuapkan kepada anak2. Ada 2 rasional dr tindkn tu...satu, nasi tu akan jadi sejuk dan mudah dimakan.. dua, perhubungan ibu dan anak akan jd lebih rapat. Orang Melayu kita kalu jumpa makanan yg panas..kita tiup bagai nak rak..sampailah makanan atau minuman tu sejuk...Ust kata perbuatan tu x elok..Rasullullah saw pun larang...sebab dr segi perubatan..apa yg kita tiup tu ialah Co2..Karbon Dioksida.. jd mcmana kita nak jadi sihat... Akie pikir balik..a.ah..org kita memang selalu buat mcm tu.. teh panas pun kita bubuh dalam piring...tiup2 sampai sejuk.. Jd moralnya..lepas ni jangan tiup2 lagi.. Insya Allah ...kita akan jd lebih sihat..