Ahlan Wa Sahlan....

Selamat Datang... Moga ruangan yang tersedia menjadi platform yang positif untuk kita berkongsi idea dan input yang insyaAllah mampu menjana minda dan pemikiran kita bersama.

Monday, June 28, 2010

Nama bandar..






Pahang...kg akie le tu...negeri terbeso di semenanjung Malaysia..akie rasa dah semua daerah akie dah pergi kat pahang ni..cuma tak semua bandar yg akie sempat pergi.. InsyaAllah..sampai la nanti tu..Pahang ada banyak bandar2 dengan nama2 jolokan tertentu..antaranya temerloh, biase le..terkenal ngan ikan patin.. Maran.. bandar ayam kampung.. akie baru tau yg ni.. Pekan..bandar diraja sebab raja dok sana.. Rompin..emm terkenal ngan udang galah yg best rasanya..singgah kat leban chondong..ada byk gerai makan yg menunya udang galah... Rompin jgk terkenal ngan ikan layaran..destinasi memancing dunia tu.. moralnya, banyak berjalan..luas pengalaman..buatlah planning..sure bole melancong...nikmati keindahan alam ciptaan illahi..

Saturday, June 19, 2010

Oh..Strawbery..






Strawbery..ialah buah yang selalu kita jumpa atas kek & hanya hidup subur di kawasan yang bercuaca sejuk. Nampak manis..tapi bila dimakan..x semestinya manis..ada yg masam rasenya.. oleh kerana payah nak jumpe buah spesis ni kat tempat akie..jadi hentam jugaklah..masam pun masamlah.. yg penting..amik gambo.. leh wat kenangan & tunjuk kat anak cucu.. Kebun yg akie ziarah ni kat kaki bukit Genting..Goh Tong nama tempat dia..kalau x silap la..ala tempat mula2 naik skyway nak naik genting tu la.. taklah sejuk sangat cuacanya.. sempat jugak masuk kebun..petik sendiri..RM8 utk 100gram...anak2 akie yg pegang gunting..jumpe buah je nak gunting..bankrup la bapak ko ni nak oi.. last2..masa timbang kat kaunter..ok je.. ngam2 100gram..petik banyak pun sapa nak perabih nanti.. oklah..lain taun datang lagi

Thursday, June 17, 2010

Laman Haji Raudatul Jannah Fasa 1 dah siap...





Alhamdulillah..syukur pada Allah..akhirnya projek mega akie tahun ni dapat disiapkan dengan baik..tapi baru fasa 1 yg siap. Fasa ni..bangunan yg dibina ialah kaabah..maqam Ibrahim..Hijir Ismail dan trek tawaf.. belanjanya akie kira semua sekali adalah dalam RM10500.00. Syukran sekali lagi pada semua dermawan yg menyumbangkan wang ringgit utk projek ni. Fasa 2 iaitu pembinaan trek saie (20 meter), 4 tiang hijau saie dan bukit sofa & Marwah insya Allah akan siap dalam tempoh cuti sekolah ni..kos dalam RM 3000.00...pastu nak masuk fasa ke 3 pulak...bina tempat melontar jamrah ula, wusto & aqabah...kos belum tau...tabung pun dah susut ni...mana nak cekau dana..belum cerita nak buat tangga..nak buat tag nama laman haji..ayat2..fuh..banyak lagi rupanya aksesori yg perlu difikir2kan...tapi akie yakin..insyaAllah projek ni akan dapat disiapkan...sesiapa yg berminat membeli saham akhirat..sila hubungi akie segera..boleh email..tinggal mesej..atau call 0197721744...Ya Allah...bukakanlah hati para dermawan untuk membeli saham akhirat ini...amin

Mari Belajar Berenang & Tunggang Kuda..





Salam..bebaru ni akie berpeluang melawat kedai haiwan kepada biras pak mertua di Kelantan.. dan mcm satu fenomena..di Klate & Terengganu.. penduduk di sini agak sinonim dengan kuda.. kita akan dapat lihat kuda dipelihara dan ditunggang bukan shj oleh org tua tapi oleh anak2 kecik yg sedang belajar di sekolah rendah..sekali fikir..akie rasa rendah diri sebab dah tua mcm ni masih x tau2 tunggang kuda.. sekaligus akie teringat pesanan Rasulullah saw yg menyarankan kita mengajar anak2 menunggang kuda, memanah dan berenang.. semua tu aktiviti yg disarankan oleh rasul kita.. bila lah agaknya akie dapat ajar anak2 akie utk buat aktiviti tu...insyaAllah..masanya akan tiba..tapi bila ek

Tour to Bukit Tinggi..







Salam.. Jauh berjalan..luas pandangan..banyak pengalaman. Cuti ada balance 2 tiga hari lagi..akie dan isteri merancang nak bawak anak2 g cuti2 Malaysia..Destinasi pilihan Cameron Highland tapi jauh sgt kalau dr Rompin..jadi tukar.. kami pergi Bukit Tinggi, Bentong.. Dekat dengan Genting Highland. Kawasannya tak lah sesejuk Cameron @ Genting..tapi oklah.. Mendamaikan dan penuh dengan tanda2 kebesaran Illahi.. cuaca suam2 kuku.. pemandangan cantik.. Alhamdulillah..

Nak Tiup ke...


Salam...dalam perjalanan dari Muadzam Shah ke Kuala Rompin td..akie bukak la radio Pahang fm.. lepas zohor ada ruangan ceramah..Ustaz Abdullah, pengamal perubatan..byk jugak tips yang diperkatakan ust Abdullah..antaranya tentang makan masakan yg panas2.. Ust kata..org cina pandai jaga anak, bila makan makanan yg panas..mrk akan suap nasi panas ke mulut mereka dahulu agar sejuk, kemudian barulah disuapkan kepada anak2. Ada 2 rasional dr tindkn tu...satu, nasi tu akan jadi sejuk dan mudah dimakan.. dua, perhubungan ibu dan anak akan jd lebih rapat. Orang Melayu kita kalu jumpa makanan yg panas..kita tiup bagai nak rak..sampailah makanan atau minuman tu sejuk...Ust kata perbuatan tu x elok..Rasullullah saw pun larang...sebab dr segi perubatan..apa yg kita tiup tu ialah Co2..Karbon Dioksida.. jd mcmana kita nak jadi sihat... Akie pikir balik..a.ah..org kita memang selalu buat mcm tu.. teh panas pun kita bubuh dalam piring...tiup2 sampai sejuk.. Jd moralnya..lepas ni jangan tiup2 lagi.. Insya Allah ...kita akan jd lebih sihat..

Sunday, June 13, 2010

Tanah Tumpah Darahku..



Cuti2 Malaysia dah masuk Fasa ke 2... Selamat Tinggal Kelantan Darul Naim.. Welcome Pahang Darul Makmur...cucu Tok Gajah nak balik kampung... Destinasi yg akie tuju.. bernama Kuala Rompin.. Desa yang indah di tepi LCS..Laut Cina Selatan.. Disinilah akie dilahirkan.. Sejarahnya Kuala Rompin ni namanya diambil dr sepohon pokok rhu kat tepi pantai yang batangnya ramping.. mulanya orang sebutlah rhu ramping..last2..jdlah Rompin..akie tak taulah citer tu betol ke idak.. Dalam bermusafir dari Pasir Puteh, Klate ke Kg Kolam Kuala Rompin deretan kereta memenuhi jalanraya.. akie raselah ade berbelas2 rombongan pengantin yg selisih dengan akie..jadi jalan agak sesak.. sampai kat permatang badak..akie dan isteri singgah solat jamak qasar di satu masjid namanya Masjid al-Hidayah.. kat masjid ni ada kolah besar utk berwuduk.. akie rasa sekarang ni anak cucu akie dah semakin jarang dpt jumpa masjid yg guna kolah mcm ni.. ye lah.. sekarang semua dah canggih2..paip pun kita hulur je tangan baru keluar air...eii macam2 zaman sekarang. Tapi satu nasihat akie..ada yg baru..yg lama jgn dilupakan begitu aje.. air "2 kolah" suci dan menyucikan.. jadi kita boleh ambil wuduk tanpa banyak membazirkan air.. akie harap satu hari nanti..ada anak cucu akie yg dapat inovatifkan penggunaan kolah kat masjid2.. supaya air tak banyak dibazirkan... amin

Wednesday, June 9, 2010

Kelantan Serambi Mekah..






Salam Pantai Timur...

Cuti sekolah dah bermula lagi... 2 minggu... Alhamdulillah dapatlah merehatkan minda memperkuatkan jasmani dan rohani sebelum meneruskan perjuangan yang belum selesai apabila sekolah kembali beroperasi. Cuti2 macam ni..program yg paling ideal bagi Akie tentunya balik kg... kalu ade fulus lebih boleh lah g cuti2 Malaysia. Selagi org tua masih ade...kita balik lah kampung. boleh jugak melepaskan rindu dan mengenang kembali "sentimental value" kat kg halaman.

First week, balik kelantan jap..family sana buat "Bekwah" sebab adik ipar akie bernikah. Alhamdulillah..semuanya berjalan dgn baik. Pas dah abis kenduri kendara...masa utk meronda2 la pulak.. satu hari tu sempatlah akie and my lovely wife meronda2 kat Pekan Rantau Panjang...saje je jalan2.. Rantau panjang tetap mcm dulu... 10 tahun dulu pun macam tu jugak.. cuma yang menarik kat Rantau Panjang sekarang ialah masjidnya yang unik... masjid ni dibina dengan rekabentuk dan senibina cina.. sekali tengok konfius jugak..tapi bila tengok ada menara yg bertulis 25 nama2 rasul.. semuanya terjawab. Katanya kos pembinaannya 8.8 juta.. Alhamdulillah..akie & Isteri sempat la jugak solat Tahiyyatul Masjid (solat menghormati masjid) dan solat zohor kat masjid yang indah ini. Semoga masjid ni turut jadi saksi di akhirat nantibahawa akie & isteri pernah sujud di lantainya. Kalau jalan2 ke Rantau Panjang ni...jangan lupa singgah solat kat sini... sebagai org Islam kita disarankan agar selalu menziarahi masjid2 kemana shj kita pergi.. melancong2 jugak tapi ibadat...terutamanya solat jangan di lupa...

Wednesday, June 2, 2010

Maulid ar-Rasul 2010






Malam tadi buat Qiammullail dengan anak2 T3/T5/KAA..paginya kita sambut pulak Majlis Maulid ar-Rasul.. Akie rasa penat la jugak..tapi bila nengok anak2 akie yang bersemangat pagi tu..hilang rasa penat & ngantuk. Beberapa atucara telah akie atur untuk sambutan Maulid kali ni..semua ada cuma tahun ni akie tak buat acara berarak.. tengoklah tahun2 depan camne. Sambutan tahun ni dimulai dengan acara pertandingan marhaban & nasyid.. sakan anak2 akie mengalunkan suara merdu ala2 padang pasir..sambil memperagakan baju raye tahun lepas diaorang.. banyak jugak bakat terpendam yang dapat di uploadkan pada pagi tu...yang "sumbang" , piching lari & macam2 lagi la.. tahun depan akie nak bagi juri utk bagi comment..bole buat akademi nasyid ni.

Tahun ni akie ada jemput al-Fadhil Ustaz Mohd Ariff Jasiman @ Nin, dari Maahad Johor jadi penceramah.. Alhamdulillah, alfadhil Ustaz dapat menyampaikan isi ceramah dengan baik.. tahun ni juga ada anugerah Tokoh Maulid yg diungguli oleh Saudara Muiz dan Saudari Nor Hidayah dari tingkatan 5. Moga kalian jd insan yang berjaya dunia akhirat akie doakan. Acara yang paling seronok ialah acara jamuan.. kali ni diadakan di kantin sekolah...makan atas lantai beralas tikar yang dipinjam dr Surau Setia.. pakai dulang.. ke talam.. sama aja la... menunya nasi beriani gam UHU.. masing2 makan tak pandang kiri kanan dah... Alhamdulillah..kenyang semuanya..cikgu cikgi dapat jugak buat balik tapau.. moga tahun hadapan sambutan maulid akan lebih meriah.. sambutan maulid tak lah sepenting mana.. apa yg lebih penting ialah kita menghayati sunnah Rasul serta mengamalkannya dalam kehidupan kita...


Tuesday, June 1, 2010

Qiammullail : Tazkiyatun Nafs 2010






Alhamdulillah.. tahun ni, sekali lagi akie berjaya mengadakan program qiammullail utk anak2 akie yang dok kat ting 3 dan 5. Semuanya berkat kerjasama cikgu cikgi TD2..syukran. Tapi tahun ni ada penyertaan baru dr anak2 dr kelas KAA ting 1 dan 2. Overall..betoi ke idak akie eja.. semua ok, cuma akie terkilan jugak sebab yang ikut prog ni hanya pelajar lelaki aje.. atas faktor2 keselamatan semua tu.. takut2 karang tengah2 malam anak2 perempuan akie tu menjerit ke berlari ke padang ke.. mane nak ngejonye.. x larat akie weh.. Alhamdulillah prog malam tu berjalan lancar.

Malam tu akie dapat lihat anak2 akie yang selamanya terbiar & tak terjaga solatnya bersama2 solat... yang baik tu ok lah.. Apa yg pasti hampir 90% anak2 akie yang datang malam tu belum pernah buat qiammullail.. Solat Taubat, Solat Hajat, Solat Tasbih, Solat Witir..antara solat yg kami buat seawal jam 4 pagi...ketika insan2 lain lena diulit mimpi indah.. Bagi Akie..Keyword dia ialah "pendedahan & pengalaman".. akie berdoa, suatu hari nanti anak2 akie tu terbuka utk buat qiammullail secara sendirian.. lebih baik lagi buat secara konsisten ibadah tu. ketenangan..kedamaian..kebahagiaan hidup akan menghiasi hidup kita kalau kita amalkan qiammullail walaupun pelbagai masalah datang melanda... Kalau tak percaya.. amallah... cuba.. dengan sedikit paksaan pada mulanya.. ibadah ini akan mendatangkan keseronokan pada kita...