Ahlan Wa Sahlan....

Selamat Datang... Moga ruangan yang tersedia menjadi platform yang positif untuk kita berkongsi idea dan input yang insyaAllah mampu menjana minda dan pemikiran kita bersama.

Sunday, January 9, 2011

Countdown PMR & SPM 2011


Tahun Baru 2011.. bermakna bermulalah perjuangan baru bagi para pelajar baru Tingkatan 3. Mereka secara rasmi akan dicalonkan sebagai..calon peperiksaan PMR. Tak tahulah samada mereka ini bernasib baik kerana sempat menduduki PMR atau rugi kerana masih dikehendaki menduduki PMR kerana ia hanya akan dimansuhkan bermula 2014. Apapun perjuangan perlu diteruskan.. Justeru itu, untuk memasukkan rasa & menyuntik semangat motivasi peperiksaan..pada hari pertama persekolahan 3/1/2011..pihak UPP sekolah TD2 telah mengadakan program kiraan PMR & SPM (countdown)..PMR ada 284 hari dan SPM 319 hari.

Alahai..lambat lagi rupanya.. memang lambat tapi anak2 akie perlu sedar apa yg bakal datang pada kita akan datang menghampiri kita tanpa kita sedar.. nanti pejam celik..pejam celik.. PMR atau SPM dah tinggal 2 @ 3 hari aje lagi.. jadi akie nasihatkan.. bersedialah dr sekarang..mulalah ulangkaji silibus tingkatan 1 dan 2.. cari nota.. buat nota.. hidupkan "study group"..biar anak2 menangis sekarang..itu lebih baik dr anak2 menangis kesedihan nanti... apabila keputusan diumumkan...

No comments: