Ahlan Wa Sahlan....

Selamat Datang... Moga ruangan yang tersedia menjadi platform yang positif untuk kita berkongsi idea dan input yang insyaAllah mampu menjana minda dan pemikiran kita bersama.

Monday, October 18, 2010

Ringankan Beban...





"Ustaz...saya rasa tertekan sangat sekarang...eee stress betol lah"
"Cikgu...macamana ni..exem dah dekat ni..study belum lagi.. mak ayah saya letak harapan tinggi sangat pada saya.. maklumlah..saya ni anak sulong.. apa nak buat ni... pening dah ni.."
"Isteri saya tak fa
ham masalah saya la.. dia terlalu kongkong saya.. nak keluar ngeteh pun dia tak bagi.. pergi surau pulak.. kena perli.. bengang betol rasa..."
"Tak boleh bawak berbincang langsung... asyik naik angin je.. dia ingat, dia sorang je yang tau marah.. dia belum tau saya ni kalau marah macam mana... tengok lah nanti..."

Situasi2 di atas adalah asam garam dlm kehidupan.. namun ia semakin serius & ketara dewasa ini, mungkin kerana situasi & zaman yg semakin mencabar. Suami bekerja.. isteri pun bekerja.. anak terlalu fokus dgn pelajaran.. pagi pergi sekolah kebangsaan, petang sekolah agama, malam pergi tuisyen.. ak
hirnya.. bila berjumpa sekeluarga, muka dah moyok, mata nak merah sebab mengantuk, badan..tuhan saja yg tau betapa penatnya.. nak bercakap pun malas.. jadi, kalau ade KES.. maka penyelesaiannya sudah tentu mengecewakan... Terlalu banyak sebenarnya beban yg kita pikul.. fikirkan sejenak.. dari kita bangun pagi hingga terlelap di malam hari.. segalanya nampak macam tak ada kesudahan..

Selagi kita hidup.. kita kena tempohi semua ini. Cuma kita kena pandai mengimbangi & mengurangkan berat "BEBAN" yg kita tanggung.. biar sesuai & selesa dengan kita.. jangan TIRU cara org lain.. kerana mungkin cara mereka tidak sesuai untuk kita. Antara cara mengurangkan beban yg boleh kita praktikkan :
a) Baca al-Quran secara konsisten.. sedikit tetapi kerap
b) Amalkan Qiammullail.. hanya mereka yg mengamalkannya shj yg akan tahu kenikmatan & ketenangan yg akan diperolehi.
c)Bagi mereka yg lemah utk berbicara.. tulis masalah dan luahkan dalam bentuk tulisan.. cari diari, buku dll.. biarkan aura "jahat" mengalir keluar dr jiwa & perasaan anda
d) Cari hobi yg menggembirakan anda.. bersukan misalnya.. tiada siapa yg akan marah jika anda menyepak bola sekuat hati dipadang futsal.. smashlah bola tangkis di court.. anggaplah itu masalah yg anda buang dr diri anda
e) Pelihara binatang atau tanam pokok.. berbicaralah dengan mereka
f) Cari kaunselor...kawan..sahabat.. what ever.. yg sedia "mendengar" luahan rasa anda.. mereka tidak pun perlu menyelesaikan masalah anda... just listen.. itu sudah mencukupi utk mengurangkan beban yg anda tanggung
g) Berdoa.. berusaha.. bertawakkal...

Apa yg penting, kumpulkan aura +ve dalam diri dan alirkan aura -ve keluar dari jiwa & perasaan anda.. hanya anda yg berhak menentukannya... good luck

Menjadi Tetamu Allah swt...



"Panggilan Haji...telah tiba lagi...menunaikan ibadah...panggilan Baitullah...Tanah suci Mekah..Ya Makatul Mukarramah..." Gitulah lebih kurangnya lirik lagu radio & TV zaman dulu.. seingat akie le. Tak tau le zaman sekarang camne pulak lagunya. Apa pun.. sekarang ni.. mana2 kita dengar sedara seislam kita telah berangkat ke Tanah Suci Mekah.. Beruntung..bertuahnya mereka dijemput menjadi tetamu Allah swt utk tahun ini.. mengunjungi Baitullah (rumah Allah), kaabah, menziarahi maqam Rasullullah, tawaf, saie, wukuf di arafah.. segala perlakuan mereka dikira ibadah.. yg mendapat keberkatan dan pahala yg berganda2.. ya Allah.. sampaikanlah kami ke Makkah utk kami menyempurnakan rukun Islam ke 5.. berikanlah kesempatan utk menunaikan
haji..permudahkanlah kami ya Allah... Amin.

Pada 23.10.10 akan datang ni, puan Pengetua SMK Taman Daya 2, Pn Jamiah Bt Kechut & suami akan berangkat ke Makkah utk menunaikan haji. Satu jamuan doa selamat & bacaan yaasin telah dibuat di kediaman beliau pada 17.1o.1o di Taman Rinting.. Semoga puan sekeluarga selamat pergi & selamat kembali. jangan lupa doakan kami..

Thursday, October 14, 2010

Wudu`

Sabda Rasullullah saw: Riwayat Muslim

Sesiapa yg berwudu` dengan sempurna akan keluar dosa daripada badannya sehingga keluar daripada celah-celah jarinya.

Kelebihan Berwudu`....

-Menyucikan hati mukmin dr dosa
-Membersihkan anggota lahir drp najis & kotoran
-Mengawal kemarahan
-Anggota wudu` akan bercahaya pada hari kiamat
-Meninggikan darjat pada hari kiamat

Wednesday, October 13, 2010

Cicak...


Rasullullah saw bersabda yg bermaksud:

"Sesiapa yg membunuh cicak dengan satu kali pukulan dia akan mendapat pahala 100 kebaikan, sesiapa yg membunuh cicak dengan 2 pukulan dia akan mendapat pahala kurang daripada 100, dan sesiapa yg membunuh cicak dengan 3 pukulan, dia akan mendapat pahala kurang daripada pukulan kedua" Riwayat : al-Tarmizi

Terdapat beberapa jenis binatang yg harus kita BUNUH.. itupun secara ihsan...
-Binatang yg buas & ganas : singa, harimau, serigala
-Binatang yg berbahaya, beracun, berbisa : ular, lipan, kala jengking
-Binatang perosak, kotor, boleh memudharatkan : gagak, tikus, lalat, lipas
-Burung yg menyambar mangsa dengan kuku : helang

Tuesday, October 12, 2010

Berfikir di luar Kotak

Seorang guru bercerita dan ingin menduga para pelajarnya dalam satu kelas "Dijalan yang sunyi dan tiada kenderaan sebuah kereta tersadai kerana salah satu dari tayarnya menghadapi masalah. keempat2 skru tayar tersebut telah tercabut dan hilang dalam kegelapan malam. Soalannya, apa yg perlu dilakukan oleh pemandu tersebut".
"Ala.. cikgu, kacang je ni.. tahanlah mana2 kereta yang lalu, pas2 tumpang la..." jawab seorang pelajar selamba, seorang pelajar lain pulak memberi respon..
"Eh.. ada pulak gitu.. takkan keta tu dia nak tinggal gitu aje.. ha.. telefon polis cikgu"
"Ha.. cikgu... cikgu... emmm... panggil je ultraman..." satu kelas gelak. Sabo cikgu...sabo.. biasa la, dalam 30 org budak.. musti ada yg perangainya gitu... dlm masyarakat pun gitu jugak.
" Cikgu...cikgu.. kenapa kereta dia rosak cikgu... dia tak servis ke dulu sebelum guna.. bapak saya selalu servis keta sebelum jalan jauh2"... pulak dah... bagus jugak budak ni.. tapi soalan tu tak menyelesaikan masalah yg pemandu tu sedang hadapi... maybe.. lain kali.. dia akan pastikan kereta dia ok sebelum jalan jauh kot..
"ahhh penatla pikir cikgu... cikgu je la bagi jawapan".. satu lagi "specis" pelajar yg ada dlm kelas.. malas nak pikir.. nak cepat.. mcm skim cepat kaya..

"Gini... akhirnya cikgu mula buka cerita... pemandu tu perlu buka dan ambil 1 skru dr 3 tayar yg lain... dapat 3 kan skru.. lepas tu dia pasanglah pada tayar yg takde skru tu"...
"oooo gitu ye... cikgu"...
"ala...tu la jwpn yg saya nak bagi tadi cikgu...ha3"

Moralnya : Kita perlu berfikir di luar dari kebiasaan, jangan terikat dlm "kotak"... takut buat salah..akhirnya, tak buat apa2..

Insya Allah


Insha ALLAH

Every time you feel like you cannot go on
You feel so lost and
That you're so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair n' never loose hope
Cos' Allah is always by your side

Insha Allah x3

Insha Allah you’ll find your way

Insha Allah x3

Every time you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that it's why too late
You’re so confused,
Wrong decisions you have made
Hunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cos' Allah is always by your side

Insha Allah x3

Insha Allah you’ll find your way

Insha Allah x3

Insha Allah you’ll find your way
Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him Raise your hands and pray Oh
Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2

Insha Allah x3

Insha Allah we’ll find our way

Monday, October 11, 2010

Hi-Tea 10.10.10



Bertempat di Hotel Selesa Johor Bahru, Majlis Hi-Tea telah selamat disempurnakan oleh KEBIRU SMK TD2.. Macam biasa... seperti tahun2 lepas... acara makan.. cuma tahun ni adalah kombinasi dan spirit hari raya. Oleh kerna ada aura raya.. jadi menunya.. menu rumah terbuka le.. dapatla hadiah sikit2...cuma tahun ni kurang bertuah.. tak dapat hadiah yg beso2.. tapi alhamdulillah.. majlis berjalan lancar.

Tuesday, October 5, 2010

Amalan Yang Baik

Sabda Rasullullah saw :

Amalan yang paling disukai oleh Allah swt ialah menunaikan solat pada waktunya, kemudian berbuat baik kepada ibu bapa, seterusnya berjihad pada jalan Allah swt.


  • Jangan jadikan alasan2 dunia spt sibuk dengan tugas, bermesyuarat, main futsal, bersukan, show di televisyen dll utk melewat2kan solat @ yg lebih teruk, meninggalkan solat. Ini kerana solat itu TIANG agama. Bayangkan bagaimana jika sebuah rumah itu tiada tiang.. sudah tentu ia tidak dapat berdiri. Begitulah dgn agama.
  • Banyak ayat al-Quran manupun hadis yg menuntut kita utk berbuat baik pada kedua org tua. Jelas akhlak tersebut amat ditekankan oleh agama Islam. Jadi biar siapapun kita, tinggi manapun jawatan kita, dibumi manapun kita berpijak.. jangan lupa berbakti pada ibu bapa. Kebahagiaan, darjat, kegembiraan yg dikecapi hasil dari penderhakaan pada keduanya ibarat fatamorgana yg kosong tak berisi.
  • Jihad bukan hanya dimedan perang. Ia perlu dilihat dr skop yg lebih luas.. belajar juga jihad, membantu fakir miskin juga jihad, bersedekah juga jihad. Justeru.. pilihlah mana2 cawangan jihad yg mana kita mampu memberi sumbangan padanya.

Ihsan Pada Binatang


Hadis Rasullullah saw.

Daripada Abu Ya`la Saddad Bin Aus r.a bahawa Rasullullah saw bersabda :
Sesungguhnya Allah swt mewajibkan berlaku ihsan atas semua perkara. Jika kamu membunuh, berlaku ihsanlah ketika membunuh. Dan jika kamu menyembelih, berlaku ihsanlah ketika menyembelih. kamu hendaklah menajamkan
mata pisau & menyenangkan haiwan sembelihan.

Yebba...Yebba...Andre...Andre
Best gak naik kuda...salah satu dr sunnah Rasul ni.. nanti kalau ada kesempatan belajo la tunggang kuda.. bole jaga alam sekitar.. najis dia pun bole jadi baja..

Muhammad Abrar bersama dengan burung Gembala Kerbau. Burung ni jatuh dari sarangnya di atas pokok nyior.. oleh kerana dia kecik lagi jadi dia tak pandai terbang. Kenalah bela dulu, bagi makan dan minum. Tunggu dia besar.. pastu baru dilepaskan. Anak Beruk tu pulak.. Pak Lah namanya..kena susukan & x pandai makan lagi masa ni.. cita2 dia nak jadi pemanjat nyior profesional.. bila besar nanti la.. Anak En Kambing yg tengah menyonyot botol susu tu pulak Abu namanya.. pantang dengar org panggil nama abu..mesti terkedik2 datang sambil mengembek.. tapi Abu dah jadik arwah..mak dia tanduk...huk3







Sunday, October 3, 2010

Saturday, October 2, 2010

Taman Tamadun Islam

Masjid ni diperbuat dr tanah yg dikeringkan, dibina pada abad ke 16 pada zaman kegemilangan Agadez. Ia mempunyai menara berbentuk piramid dgn 13 baris perancah kayu utk mengukuhkan strukturnya.
Pokok tu namanya pokok kurma.. Masjid kat belakang tu Masjid al-Aqsa di Palestine.. salah satu dr 3 masjid yg kalau kita buat ibadah..Allah gandakan pahalanya berganda2. dua lagi masjid yg penuh keberkatan ialah masjidil Haram di Mekah & Masjid nabi di Madinah.. sekarang ni puak2 yahudi sdg menguasai masjid yg pernah jadi kiblat umat Islam sebelum Kaabah. Doakan masjid ini terus dipelihara Allah swt
Amboi manjenya si kakak ni..dgn adik sendiri xpe...jgn dgn yg lain ye.. Bangunan kt belakang tu ialah makam seorg ahli teologi terkemuka bernama Khwaja Abu Nasr Parsa. Ia dibina pada abad ke 17 dlm gaya Timurid dan terletak di Afghanistan
Yang ni bukan masjid... Ia menara yg dibina oleh Arslan Khan pada tahun 1127M. nama menara ni ialah Kalyan Minaret. Terletak di Uzbekistan. Diperbuat drp batu bata yg dibakar. Senibina ini memaparkan gabungan kejuruteraan awam dan rekaan senibina yg sempurna
Uqba Ibni Nafi ialah org yg bertanggungjawab membina monumen Islam yg tertua di Tunisia ini. Ia dibina pada 670 Masehi. Telah dibina sebanyak 3x dan melambangkan kesamarataan di Qairawan. Masjid ni diberi nama Masjid Qairawan, Tunisia.
Masjid yg berputar2 menaranya ni dipanggil "Great Mosque of Samarra" terletak di Iraq. Ia dibina pd zmn Khalifah Abbasiah Al-Mutawakkil pd abad ke-9. Menara yg berpusing2 tu terletak di sblh utara masjid. Sungguh unik senibinanya...subhanallah
Maharaja Mughal ke 5 bernama Shah Jahan telah membina istana Taj Mahal bagi mengenang kisah cinta abadinya & tanda kasih pada isterinya Mumtaz Mahal. Taj Mahal dibina di Agra, India.
Masjid Mohamed Ali, Egypt.. nama lainnya Masjid Alabaster sebab bahan tu byk digunakan dlm pembinaannya. Ia dibina oleh Mohamed Ali pd zmn pembaharuan Mesir
Masjid warna hijau ni dibina tahun 1549 oleh Sunan Kudus (Ja`far Shodiq). Rekabentuknya ada campuran senibina Hindu & Jawa. Nama masjid yg terletak di Indonesia ni ialah masjid Kudus Minar