Ahlan Wa Sahlan....

Selamat Datang... Moga ruangan yang tersedia menjadi platform yang positif untuk kita berkongsi idea dan input yang insyaAllah mampu menjana minda dan pemikiran kita bersama.

Friday, December 31, 2010

Kuala Abang.. Gannu Kite






Pantai Rantau Abang di Terengganu.. terkenal dgn pantai pendaratan en penyu di Malaysia. Pantai ni terletak antara bandar dungun dengan terengganu. Kuala Abang pulak ialah pantai yg dekat dgn bandar dungun, orang tak mandi kat sini sebab pantai ni ombaknya besar2.. cuti baru ni, akie ada la singgah kat pantai ni.. masa tu ombaknya menggunung.. maklumlah musim tengkujuh.. apa2 pun.. sempat jugak snap gambo2 dan berposing sakan kat atas bukit tepi pantai tu

Wednesday, December 29, 2010

Gelas Beso + nasik kukus satu..




Dari Pahang ke Klate.. merentasi gannu kite.. penat memandu taklah terasa sebab anak2 dan isteri sentiasa bersama sepanjang perjalanan.. macam2 cerita keluar diselangi dgn gelak tawa.. walau bagaimanapun.. driver kena jugak dapat rehat sepenuhnya.. perut pun dah lapo.. jadi singgah la kami di Kemasik.. sebelum sampai kawasan petroleum.. petronas. Kat sini ada satu shopping complex.. Mesra Mall.. lama dah ada kat situ..tapi tak tergerak nak singgah.. entahlah.. hari ini rasa nak singgah.. masuk aja dalam.. hidung terbau makanan.. gerai banyak..nampak mcm sedap.. tapi mata dah terpandang gerai nasi kukus Paka.. apa lagi.. order 4 pinggan... nasik dikukus dlm bekas khas.. pastu ada kuah gulai dan timun. Ayam suku satu.. marbelesss.. air pulak order air gelas besor.. air ni terkenal kat Kuala Terengganu sebenarnya.. RM5 segelas..kongsi 4 orang.. nak minum sorang2 tak larat pulak.. apa2 pun, terasa nak singgah lagi nanti...

Tuesday, December 28, 2010

Made in Golok..






Jalan2 di Pengkalan Kubor... seram jugak namanya.. apa lagi pergi kompleks bebas cukai la.. cuti2 Malaysia. Ramai jugak manusia yg sedang membeli belah.. Akie ingat nak pergi ronda2 aja. Oleh kerana tempat ni salah satu dr pintu masuk dr Siam ke Malaya, maka ramailah org 2 siam kat sini. Motor pun pelik2.. cuaca panas.. tetiba ternampak pulak makanan yg agak pelik.. apa lagi.. jom try.. tu dia.. aiskrim buatan sendiri.. ada kacang.. kek..pulut..roti.. jagung.. sirap dan susu cair.. not bad.. sedap.. harga RM 1 aja satu gelas kecik... boleh dikembangkan.. yg buat pun org Islam kita... so kalau dtg sini.. jgn cuba try..

Friday, December 24, 2010

Memartabatkan jawi.. tulisan kita




Orang India ada bahasa Tamil & tulisan khatnya.. orang cina ada bahasa Cina & tulisan ala kaligrafinya.. orang Melayu.. ada bahasa ape ye..bahasa "Melayu" ke bahasa "Malaysia" (Melayu bangsa.. Malaysia negara). Eh.. lupa pulak.. orang melayu kan ada tulisan jawi.. ekau tau ke tulih jawi jang oi.. kalau tak tau jawi musti ekau buta al-Quran. Jawi adik beradik bahasa Arab dan amat kongruen (rapat) atau sinonim dengan Islam. Tulisan jawi ni suatu ketika dulu ada title "Lingua Franca" la.. mcm bahasa Melayu zaman Melaka dulu. Pada suatu ketika yg lain tulisan jawi hidup segan mati tak mahu apabila ia disisih & dilupakan.. siapa lupakan? kita jugak.. Program J-Qaf.. yg diperkenalkan sedikit sebanyak memperbaiki mutu & imej tulisan jawi.. alhamdulillah.. anak2 sekolah rendah kenal tulisan jawi.. sekaligus celik al-Quran. Akhbar jawi kita apa khabar ya.. utusan zaman.. apa usaha kita utk mengangkat martabat tulisan kita. Sekalung tahniah buat Tok Guru Nik Aziz di Kelantan ( bukan taasub klate). Tapi kalau diperhatikan di sana.. label & papan tanda yg dipasang mesti ada tulisan jawi.. nama org cina ke.. nama istilah bahasa inggeris ke.. semua ada tulisan jawi.. jadi, sementara ada kuasa.. sementara masih bertakhta.. sementara ada tenaga.. kalau kita sendiri tidak memartabatkan tulisan kita.. siapa lagi agaknya... tepuk dada..tanya selera

Hanya di kelantan...




KFC...Pizza Hut.. biase dengo kan.. tapi ada produk baru yg hampir2 sama dgn produk yg asal tu. Menda macam ni kat negara cina dah terkenal.. diaorang sesuka hati aje tukar nama jenama asal dan buat jenama sendiri. Apa pun satu cubaan yg baik utk mengubah stail dan gaya hidup terutamanya orang2 Islam sekarang..nilai2 lah sendiri..

Tuesday, December 21, 2010

Tanggalkan kepala dia



Musim cuti sekolah.. macam2 kenduri ada..kenduri kawin, naik rumah, pindah sekolah, berkhatan, cukur rambut.. penat tali perut makan.. nak citer sikit pasal kerja2 disebalik tabir majlis2 tersebut. Kisahnya ni kat kelantan.. bila kenduri..biasanya yg buat kerja majoriti perempuan.. dari kupas bawang sampailah kacau gulai.. respek2. Bila buat kenduri cukur kepala baby.. biasanya masakannya ialah kari en kambing, kalau anak lelaki 2 ekor kambing, kalau baby perempuan..seekor aje kambingnya. cuma kalau nak buat buat la elok2..ikut sunnah.. jangan potong dua tiga helai aja rambut baby tu. kalau boleh botakkan dia, rambut asal tu kotor.. bila botakkan kepala dia, nanti kepala dia bersih.. Akie nak cerita pasal kaedah makcik2 tu proses kepala en kambing.. dikikisnya sampai botak kepala tu.. pastu ambik otak dia bubuh dalam plastik..then letak dalam gulai.. makan otak..fuh pening kepala. Tapi bagus jugak..semua bahagian dr kepala kambing tu digunapakai..lidah..telinga..semualah..cuma buang mata & gigi aje..

Monday, December 20, 2010

kepah..masak rebah bangun..





Kepah... sejenis seafood seangkatan dgn spesis kupang, kerang, lala dll. Kepah ni duduk dalam pasir kat muara2 sungai.. air tawar + masin. Air payau la.. rasanya agak kenyal2 sikit.. lain dr rasa kerang.. kulitnya berwarna warni.. bersih. Nak cari kepah.. kena tengok air pasang surut.. kalau air surut.. senang sikit..pakai gagau ngan tangan @ kaki je. Kalau air pasang..kena menyelam le gayenya. Dah kumpul2..rendam dulu dlm air bersih.. hilangkan pasir2 dlm kepah tu..pastu baru rebus.. masak rebah bangun best wooo... manis rasanya..

Wednesday, November 24, 2010

Kurang ajor engko !!!...


Astagfirullahal azim... kenapa boleh jadi mana tu. Hari ini seorang pelajar yang ditegur seorang GPK HEM.. melawan dan bertindak kurang ajar dengan gurunya..lebih hebat.. perlakuan itu dibuat secara terang2 an.. dihadapan semua pelajar & guru2.. lebih dahsyat, pelajar ini yg menuntut ilmu dr gurunya itu..akan menghadapi peperiksaan 5 minit lagi..

1) kalau kita mahu orang lain menghormati kita.. hormatilah orang lain. kita akan dapat semula apa yg kita beri.. kita senyum pd orang..org akan senyum pada kita. konsepnya mudah nak faham & mudah nak buat..

2) Apa faktor kes di atas berlaku. Mungkin kerana makanan.. dulu, kita minum susu awal ibu ketika bayi.. mak menyusukan kita dgn penuh kasih sayang.. dipeluknya kita ketika menyusu.. 2 tahun lamanya. Sekarang.. anak2 diberi susu awal lembu.. cara menyusunya pun tak "mesra" lagi..sapa2 boleh nyonyotkan.. sifat2 kelembuan jugak mungkin diwarisi secara tidak langsung..wallahualam

3) anak2 yg kurang ajar, ada mslh disiplin dll tu kalau org melayu biasanya dr keluarga yg agak miskin.. maybe kerana kesempitan hidup..atau kongkongan..atau cuba cari kebebasan & menagih kasih syg, mereka bertindak diluar batas adab & akhlah Islam.. kalau anak2 berbangsa cina.. biasanya ibu bapa mereka kaya2.. jadi mereka x hormat guru..pergi sekolah pun suka2 aja..

Apa pun sebenarnya..terlalu banyak faktor & andaian yg boleh kita buat.. yang menjadi MANGSA ialah guru di sekolah.. sebab ada antara ibubapa yg hadir ke sekolah menyatakan.."entahlah cg..sya pun tak tau dah apa yg nak dibuat dgn anak saya ni.." bayangkan..kalau seorang bapa @ ibu tak mampu nak jaga anaknya sendiri.. macamana guru yg perlu mengawal 30-40 org dlm satu kelas dapat mengawalnya... inilah nasib seorang GURU..tahniah kerana dilahirkan sebagai seorang guru...

Monday, November 22, 2010

Selamat Menduduki SPM 2010

piZap.com free online photo editor, fun photo effects
piZap.com free online photo editor

korban..."anu"..






Cuti sekolah dah start.. jeng3..bila cuti panjang mcm ni ramai le anak2 yg nak kena POTONG... potong..jangan x potong.. tradisi ni dah lama kita dengar.. sunat @ khatan @ masuk jawi..gitu lah namanya.. muslim bersunat untuk menjaga kebersihan diri sebab kalau tak sunat.. payah nak jaga kebersihan "anunya" tu.. kuman pun suka duduk tempat yg camtu.. kebersihan sebahagian dr iman. Muslimah sunat jugak tapi utk memelihara nafsu. Skarang ada fesyen baru utk bersunat..pakai klip je.. dia potong hujung dan taruk klip.. tapi ada yg x suka sebab kulit byk lebih..x tegang..he2. sunat kaedah lama dia pakai jahit..potong..lipat & jahit.. yang ni klinik2 biasa pakai. Kaedah klasik pulak.. pakai Tok Mudin.. duduk atas batang pisang.. guna abu..pisau antik.. memang menggerunkan..tok mudin pulak misainya melenting..mana x lari budak2.. tengok misai tok mudin pun dh rasa seriau..

Jumaat, 19/11/2010 jam 9.30 pagi..hari bersejarah buat anakanda akie..Muhammad Abrar Farihin.. sebab hari tu..beliau telah berjaya disunatkan..ha2..muka pucat lesi, senyum x senyum..berdetup2 dlm dada. Akie & isteri temankan sampai siap semuanya..sunat kat Poliklinik Seri Alam..kat Kg Melayu..Jay Bee. Menitik jugak air mata jantan adik bila kena suntik bius (masa pujuk kata tak sakit..ala mcm kena gigit semut je)..bila kena potong..sibuk pulak dia nak tengok..akie ada ambik video tp x boleh upload..sensor. Balik rumah..akie pergi sekolah balik..isteri jaga anakanda..menangis pulak..sakit katanya, lepas bagi ubat tahan sakit..alhamdulillah tak sakit sampai malam. Hari ahad..pergi balik klinik utk bukak balutan dan cuci..sakit wooo..luka belum baik tapi nak kena sental anunya..bagi mengurangkan stress anakanda yg terbaring tu..akie belikanlah PVP..ala games mcm PSP tu tapi grade dia rendah la..x de budjet dik oi nak beli yg tu.. Apa2 pun adik dah jadi LELAKI...tahniah & alhamdulillah semua berjalan dgn baik..

Sunday, November 21, 2010

Korban..






Alhamdulillah..kita diberi kesempatan utk sama2 merayakan aidil adha tahun ini, tapi frust x dapat nak balik beraya kat kampung..cuti raya cuma sehari ja..camne la nak balik kampung..penat travel. Kemeriahan & makna hari raya korban semakin dilupakan.. walhal pengertian raya korban cukup mendalam..itupun kalau dihayati dengan hati dan iman.

Berita baiknya..oleh kerana ramai kengkawan, terutama dr pantai timur yg tak dapat balik beraya..jadi akie & kawan2 telah berjaya utk julung kalinya mengadakan majlis korban di sekolah. RM 50 je sorang.. dapat la dlm RM2900 collection. Cari lembu..dapat dgn harga RM2500, dr Felda Ulu Tebrau. Korban dibuat hari ke 2 @ hari tasyrik pertama, lembu sampai jam 9.. turun dr lori, ikat kat pokok. GPK 1, Tn Hj Hamid jadi tukang sembelih.. pastu pakat lapah ramai2..dgn kepakaran dan skill masing2 yg terpendam..ada yg pakar tulang..pakar bedah perut..pakar bersih perut.. pakar timbang pun ada..tukang kerat daging dan ramai jugak tukang nyibuk..he2.

Dah siap bab daging..serah pada tukang masak..chef zali & cef salina.. antara menunya.. kari kapla, tulang & daging lembu, sup power gear box, spoket berapi & ekor, sambal tomato special, kerabu mangga made in mokda serta ulam ulaman.. makan tengahari siang tu..tuhan je yg tau. Malam pulak ada majlis solat hajat utk anak2 yang bakal menduduki SPM.. badan letih..pinggang mcm nak patah..kaki dh x boleh angkat..esok ajelah..basuh periuk... apa2 pun..alhamdulillah..kedua2 majlis dpt dijalankan dgn lancar..terima kasih semua cikgu cikgi..tahun depan kita buat lagi..

Saturday, November 20, 2010

Pembinaan Jamrah..






Lama betul projek Laman Haji akie tertangguh.. mula2 sebab nak exam PMR..dah sudah exam sibuk dengan penandaan.. peperiksaan akhir tahun.. tapi alhamdulillah sebelum anak2 tingkatan 3 bercuti hari tu..ada jugak kesempatan utk bina Jamrah..Jamratul Ula..Jamratul Wusto dan Jamratul Aqabah.. 3 jamrah tu dibina dengan model klasik.. sebab jamrah yg ada sekarang ni dah bertingkat2.. apa yg penting.. nanti anak2 yg belajar ibadah haji faham bahawa terdapat 3 jamrah yg perlu diingat. InsyaAllah tahun depan bolehlah MAKDIS (Majlis Dakwah Sekolah) buat kursus haji pulak. Pembinaan jamrah ni melibatkan pembelian 3 kerek (gelung simen), 6 batang tiang, simen, pasir dan batu. Jenuh jugak nak menggolek menda alah tu naik ke ats bukit. Lepas tu kena gali tanah yg keras kematu.. letak gelung..bab angkat tiang lagi satu kerja.. nak patah jugak pinggang rasanya..terima kasih lah anak2 yg tolong akie dlm projek tu. Akie bagitau pada diaorg : apa yg kita buat hari ni, selagi digunapakai utk orang lain mendapat ilmu..pahalanya akan berterusan walaupun kita dah msuk ke lubang kubur.. inilah amal jariah namanya.

Tandas Terbuka..




Hari terbuka..rumah terbuka..majlis terbuka..macam2...apa yg akie nak cerita hari ni tentang tandas terbuka.. mungkin ada yg tak pernah dengar. Konsep tandas terbuka ni diperkenalkan di sekolah2 yg berdepan dengan masalah "geng asap" atau "geng lepak di tandas".. budak2 sekolah yg suka bawak rokok dan merokok dalam tandas.. ada jugak yang suka ponteng kelas & lepak dalam tandas... mereka berasa udara & aroma tandas tu lebih menyegarkan dari aroma pembelajaran dalam kelas. Tempat tinggal syaitan itu mungkin lebih "berkat" dari keberkatan majlis ilmu dalam kelas. Entahlah..kadang2 x faham jugak dengan perangai anak2 ni. Entah apa yg dicari..entah apa yg cuba dibuktikan.. entah apa dalam pemikiran mereka. Melalui kaedah tandas terbuka ni.. cikgu cikgi dapat mengesan kehadiran "asap" kalau2 ada tandas yg berasap.. anak2 pun x duduk lama dalam tandas.. sebab semua org nampak. Tandas pun agak terpelihara kebersihan & baunya.. anak2 lelaki x lah memancut sesuka hati.. nanti org nampak anunya.. jadi semua aktiviti pembuangan dijalankan dalam tandas yg kecik.. vandalisme pun dapat dihindarkan. Tapi sebelum robohkan dinding tandas tu..kenalah dapatkan kebenaran dr JKR dulu.. Kesimpulannya : nak tau kesannya cubalah dulu..

Saturday, November 6, 2010

Panggilan haji...


Pada masa ini jutaan jemaah haji sedang berhimpun di Tanah Suci Makkah utk menunaikan rukun islam ke 5... raya haji pun tak lama lagi..jadi dengan semangat & kekuatan azam utk sama2 menunaikan haji, akie & isteri telah pun "berjaya" mengunjungi cawangan Tabung Haji Kuala Rompin.. hajat & cita2 yg baik memerlukan titik tolak yg baik.. kamipun dengan semangat membara mendaftarkan diri utk menunaikan haji dgn Tabung Haji.. prosesnya mudah aje.. bawak ic & pastikan dlm akaun ada simpanan RM1300 sekurang2nya..maka akak kerani tu pun berilah kami surat pengesahan pendaftaran.. InsyaAllah kami dijadualkan utk jadi tetamu Allah pada tahun 2035.. masa tu akiepun dah pencen dah.. tapi insyaAllah angka tahun tu akan berkurangan.. apa yg penting niat dah ada.. usaha pun dah ada.. hanya Allah yg menentukan segalanya.. mintak2.. masa usia muda, tenaga ada, badan siapsedia dan kemampuan ada nilah kita dapat menunaikan ibadah tu.. InsyaAllah..ada rezeki..ada la tu..

Friday, November 5, 2010

Teguhkan Iman & pegangan..



Seorang gadis telah dicampakkan oleh teman lelakinya dari tingkat 25 sebuah bangunan. Gadis ini tetap mempertahankan maruah dan kesuciannya daripada dinodai sang lelaki yg sudah kemaruk dipengaruhi nafsu syaitan. Biarlah aku mati..drp aku menerima laknat Allah kerana melakukan maksiat zina..

Semasa jatuh pada tingkat ke 20, gadis tersebut disambut oleh seorang pelancong Jerman, lalu gadis ini mengucapkan kata syukur kerana terlambat, namun sang pelancong meminta "balasan" budi baiknya itu dengan meminta si gadis melayaninya ditempat tidur, jika tidak dia akan dilepaskan jatuh ke bawah.. sekali lagi si gadis nekad & berpegang teguh pada prinsipnya.. lalu dia dicampak ke bawah sekali lagi..

Si gadis bertawakkal pada Allah swt.. tiba ditingkat 10..seorang pelancong Arab pula sempat menyambutnya.. sebagaimana pelancong Jerman.. si pelancong Arab juga meminta balasan utk "budi" baiknya itu.. dan akhirnya si gadis dicampak lagi ke bawah. Akhirnya bila tiba di tingkat 1 bangunan.. sebelum sampai ke tanah.. seorang ustaz sempat menyambut si gadis.. belum sempat berkata2..ustaz yg sedang memegang gadis itu..merasa bersalah kerana memeluk si gadis.. dan berkata "Astagfirullahhal azim...batal pulak air sembahyang ana.." lalu secara x sengaja dia melepaskan gadis itu.. Jatuhlah akhirnya si gadis..tetapi tanpa mengalami sebarang kecederaan.. Allah telah menyelamatkan gadis ini kerana kekuatan...akidah..pegangan..prinsip..tawakkalnya pada Allah swt

Pengajarannya :...........

Wednesday, November 3, 2010

Dah Baligh tapi..belum mumaiyiz


"Aku dah baligh, engko belum lagi..budak kecik lagi" kata seorang budak dengan bangganya.. Baligh maknanya seseorg yg telah sampai umurnya..sekaligus mereka itu menerima "taklif" atau bebanan tanggungjawab dr Allah.. maka mereka yg baligh itu digelar org yg "mukallaf". Bermula dr usia inilah segala amalan @ perlakuan mereka yg melanggar perintah Allah akan diambil kira, dlm ertikata lain "DOSA" mula dikira.

Mumaiyyiz pula ialah kematangan pemikiran manusia dalam membezakan antara yg baik dengan yang buruk..antara dosa atau pahala.. kebaikan atau keburukan. Biasanya kanak2 akan melalui "stage" mumaiyyiz dahulu sebelum mereka baligh.

Namun, dewasa ini akie tengok ramai dikalangan keluarga kita, kawan2 kita, ahli masyarakat kita yang dah lama baligh.. tapi belum mumaiyyiz. Mereka sudahpun mukallaf, tetapi masih ragu2 dalam memilih antara kebaikan dengan kejahatan, antara dosa dan pahala.. Apa yg lebih dahsyat ialah.. pada zaman ini, manusia tidak lagi jahil dlm ilmu tetapi berlaku jahil dalam perlakuan. Jika ditanya pada wanita yg tidak menutup aurat.. mereka akan menjawab menutup aurat itu WAJIB. Tanyalah tentang hukum memegang perempuan @ lelaki yg bukan mahram..semua org tahu hukumnya HARAM.. pendek kata semua org tahu hukum.. semua tahu halal @ haram.. tapi persoalannya...kenapa mereka ini merelakan diri mereka melakukan dosa.. inilah golongan yg dikatakan baligh tetapi bukan mumaiyyiz...wallahualam

Monday, October 18, 2010

Ringankan Beban...





"Ustaz...saya rasa tertekan sangat sekarang...eee stress betol lah"
"Cikgu...macamana ni..exem dah dekat ni..study belum lagi.. mak ayah saya letak harapan tinggi sangat pada saya.. maklumlah..saya ni anak sulong.. apa nak buat ni... pening dah ni.."
"Isteri saya tak fa
ham masalah saya la.. dia terlalu kongkong saya.. nak keluar ngeteh pun dia tak bagi.. pergi surau pulak.. kena perli.. bengang betol rasa..."
"Tak boleh bawak berbincang langsung... asyik naik angin je.. dia ingat, dia sorang je yang tau marah.. dia belum tau saya ni kalau marah macam mana... tengok lah nanti..."

Situasi2 di atas adalah asam garam dlm kehidupan.. namun ia semakin serius & ketara dewasa ini, mungkin kerana situasi & zaman yg semakin mencabar. Suami bekerja.. isteri pun bekerja.. anak terlalu fokus dgn pelajaran.. pagi pergi sekolah kebangsaan, petang sekolah agama, malam pergi tuisyen.. ak
hirnya.. bila berjumpa sekeluarga, muka dah moyok, mata nak merah sebab mengantuk, badan..tuhan saja yg tau betapa penatnya.. nak bercakap pun malas.. jadi, kalau ade KES.. maka penyelesaiannya sudah tentu mengecewakan... Terlalu banyak sebenarnya beban yg kita pikul.. fikirkan sejenak.. dari kita bangun pagi hingga terlelap di malam hari.. segalanya nampak macam tak ada kesudahan..

Selagi kita hidup.. kita kena tempohi semua ini. Cuma kita kena pandai mengimbangi & mengurangkan berat "BEBAN" yg kita tanggung.. biar sesuai & selesa dengan kita.. jangan TIRU cara org lain.. kerana mungkin cara mereka tidak sesuai untuk kita. Antara cara mengurangkan beban yg boleh kita praktikkan :
a) Baca al-Quran secara konsisten.. sedikit tetapi kerap
b) Amalkan Qiammullail.. hanya mereka yg mengamalkannya shj yg akan tahu kenikmatan & ketenangan yg akan diperolehi.
c)Bagi mereka yg lemah utk berbicara.. tulis masalah dan luahkan dalam bentuk tulisan.. cari diari, buku dll.. biarkan aura "jahat" mengalir keluar dr jiwa & perasaan anda
d) Cari hobi yg menggembirakan anda.. bersukan misalnya.. tiada siapa yg akan marah jika anda menyepak bola sekuat hati dipadang futsal.. smashlah bola tangkis di court.. anggaplah itu masalah yg anda buang dr diri anda
e) Pelihara binatang atau tanam pokok.. berbicaralah dengan mereka
f) Cari kaunselor...kawan..sahabat.. what ever.. yg sedia "mendengar" luahan rasa anda.. mereka tidak pun perlu menyelesaikan masalah anda... just listen.. itu sudah mencukupi utk mengurangkan beban yg anda tanggung
g) Berdoa.. berusaha.. bertawakkal...

Apa yg penting, kumpulkan aura +ve dalam diri dan alirkan aura -ve keluar dari jiwa & perasaan anda.. hanya anda yg berhak menentukannya... good luck