Ahlan Wa Sahlan....

Selamat Datang... Moga ruangan yang tersedia menjadi platform yang positif untuk kita berkongsi idea dan input yang insyaAllah mampu menjana minda dan pemikiran kita bersama.

Friday, December 31, 2010

Kuala Abang.. Gannu Kite






Pantai Rantau Abang di Terengganu.. terkenal dgn pantai pendaratan en penyu di Malaysia. Pantai ni terletak antara bandar dungun dengan terengganu. Kuala Abang pulak ialah pantai yg dekat dgn bandar dungun, orang tak mandi kat sini sebab pantai ni ombaknya besar2.. cuti baru ni, akie ada la singgah kat pantai ni.. masa tu ombaknya menggunung.. maklumlah musim tengkujuh.. apa2 pun.. sempat jugak snap gambo2 dan berposing sakan kat atas bukit tepi pantai tu

Wednesday, December 29, 2010

Gelas Beso + nasik kukus satu..




Dari Pahang ke Klate.. merentasi gannu kite.. penat memandu taklah terasa sebab anak2 dan isteri sentiasa bersama sepanjang perjalanan.. macam2 cerita keluar diselangi dgn gelak tawa.. walau bagaimanapun.. driver kena jugak dapat rehat sepenuhnya.. perut pun dah lapo.. jadi singgah la kami di Kemasik.. sebelum sampai kawasan petroleum.. petronas. Kat sini ada satu shopping complex.. Mesra Mall.. lama dah ada kat situ..tapi tak tergerak nak singgah.. entahlah.. hari ini rasa nak singgah.. masuk aja dalam.. hidung terbau makanan.. gerai banyak..nampak mcm sedap.. tapi mata dah terpandang gerai nasi kukus Paka.. apa lagi.. order 4 pinggan... nasik dikukus dlm bekas khas.. pastu ada kuah gulai dan timun. Ayam suku satu.. marbelesss.. air pulak order air gelas besor.. air ni terkenal kat Kuala Terengganu sebenarnya.. RM5 segelas..kongsi 4 orang.. nak minum sorang2 tak larat pulak.. apa2 pun, terasa nak singgah lagi nanti...

Tuesday, December 28, 2010

Made in Golok..






Jalan2 di Pengkalan Kubor... seram jugak namanya.. apa lagi pergi kompleks bebas cukai la.. cuti2 Malaysia. Ramai jugak manusia yg sedang membeli belah.. Akie ingat nak pergi ronda2 aja. Oleh kerana tempat ni salah satu dr pintu masuk dr Siam ke Malaya, maka ramailah org 2 siam kat sini. Motor pun pelik2.. cuaca panas.. tetiba ternampak pulak makanan yg agak pelik.. apa lagi.. jom try.. tu dia.. aiskrim buatan sendiri.. ada kacang.. kek..pulut..roti.. jagung.. sirap dan susu cair.. not bad.. sedap.. harga RM 1 aja satu gelas kecik... boleh dikembangkan.. yg buat pun org Islam kita... so kalau dtg sini.. jgn cuba try..

Friday, December 24, 2010

Memartabatkan jawi.. tulisan kita




Orang India ada bahasa Tamil & tulisan khatnya.. orang cina ada bahasa Cina & tulisan ala kaligrafinya.. orang Melayu.. ada bahasa ape ye..bahasa "Melayu" ke bahasa "Malaysia" (Melayu bangsa.. Malaysia negara). Eh.. lupa pulak.. orang melayu kan ada tulisan jawi.. ekau tau ke tulih jawi jang oi.. kalau tak tau jawi musti ekau buta al-Quran. Jawi adik beradik bahasa Arab dan amat kongruen (rapat) atau sinonim dengan Islam. Tulisan jawi ni suatu ketika dulu ada title "Lingua Franca" la.. mcm bahasa Melayu zaman Melaka dulu. Pada suatu ketika yg lain tulisan jawi hidup segan mati tak mahu apabila ia disisih & dilupakan.. siapa lupakan? kita jugak.. Program J-Qaf.. yg diperkenalkan sedikit sebanyak memperbaiki mutu & imej tulisan jawi.. alhamdulillah.. anak2 sekolah rendah kenal tulisan jawi.. sekaligus celik al-Quran. Akhbar jawi kita apa khabar ya.. utusan zaman.. apa usaha kita utk mengangkat martabat tulisan kita. Sekalung tahniah buat Tok Guru Nik Aziz di Kelantan ( bukan taasub klate). Tapi kalau diperhatikan di sana.. label & papan tanda yg dipasang mesti ada tulisan jawi.. nama org cina ke.. nama istilah bahasa inggeris ke.. semua ada tulisan jawi.. jadi, sementara ada kuasa.. sementara masih bertakhta.. sementara ada tenaga.. kalau kita sendiri tidak memartabatkan tulisan kita.. siapa lagi agaknya... tepuk dada..tanya selera

Hanya di kelantan...




KFC...Pizza Hut.. biase dengo kan.. tapi ada produk baru yg hampir2 sama dgn produk yg asal tu. Menda macam ni kat negara cina dah terkenal.. diaorang sesuka hati aje tukar nama jenama asal dan buat jenama sendiri. Apa pun satu cubaan yg baik utk mengubah stail dan gaya hidup terutamanya orang2 Islam sekarang..nilai2 lah sendiri..

Tuesday, December 21, 2010

Tanggalkan kepala dia



Musim cuti sekolah.. macam2 kenduri ada..kenduri kawin, naik rumah, pindah sekolah, berkhatan, cukur rambut.. penat tali perut makan.. nak citer sikit pasal kerja2 disebalik tabir majlis2 tersebut. Kisahnya ni kat kelantan.. bila kenduri..biasanya yg buat kerja majoriti perempuan.. dari kupas bawang sampailah kacau gulai.. respek2. Bila buat kenduri cukur kepala baby.. biasanya masakannya ialah kari en kambing, kalau anak lelaki 2 ekor kambing, kalau baby perempuan..seekor aje kambingnya. cuma kalau nak buat buat la elok2..ikut sunnah.. jangan potong dua tiga helai aja rambut baby tu. kalau boleh botakkan dia, rambut asal tu kotor.. bila botakkan kepala dia, nanti kepala dia bersih.. Akie nak cerita pasal kaedah makcik2 tu proses kepala en kambing.. dikikisnya sampai botak kepala tu.. pastu ambik otak dia bubuh dalam plastik..then letak dalam gulai.. makan otak..fuh pening kepala. Tapi bagus jugak..semua bahagian dr kepala kambing tu digunapakai..lidah..telinga..semualah..cuma buang mata & gigi aje..

Monday, December 20, 2010

kepah..masak rebah bangun..





Kepah... sejenis seafood seangkatan dgn spesis kupang, kerang, lala dll. Kepah ni duduk dalam pasir kat muara2 sungai.. air tawar + masin. Air payau la.. rasanya agak kenyal2 sikit.. lain dr rasa kerang.. kulitnya berwarna warni.. bersih. Nak cari kepah.. kena tengok air pasang surut.. kalau air surut.. senang sikit..pakai gagau ngan tangan @ kaki je. Kalau air pasang..kena menyelam le gayenya. Dah kumpul2..rendam dulu dlm air bersih.. hilangkan pasir2 dlm kepah tu..pastu baru rebus.. masak rebah bangun best wooo... manis rasanya..