Ahlan Wa Sahlan....

Selamat Datang... Moga ruangan yang tersedia menjadi platform yang positif untuk kita berkongsi idea dan input yang insyaAllah mampu menjana minda dan pemikiran kita bersama.

Monday, July 26, 2010

Perkhemahan Perdana..


"10...9...5...3..1.5..1..0"... hah...sapa yg lambat tu..mari sini... pumping...10..cepat..cepat

Itu lah situasi yang berlaku 23-25 Julai yang lalu.. Perkhemahan Perdana Unit Badan Beruniform SMKTD 2.. Akie telah diamanahkan utk jd Kem Komandan.. start dr program bermula sampai la program berakhir .. penat + lucu + marah + gembira semua ada..

Anak2 akie yg menyertai kem nampak seronok.. ramai jugak yg baru 1st time berkhemah.. dapat jugak diaorg belajar nak survival dalam hidup.. memasak sendiri..solat atas gelanggang takraw.. tidur tempat sempit.. eloklah..belajar hidup susah..



Wednesday, July 21, 2010

Khatimun Nubuwwah


Isra' Mikraj telah lama berlalu..namun ceramah tentang peristiwa tersebut masih lagi boleh kita ikuti di surau dan masjid2. Akie sekadar mengimbas kembali bagaimana Rasullullah saw sebelum diperjalankan oleh Allah swt.. telah didatangi oleh 2 orang malaikat iaitu Jibril dan Mikail a.s. Rasullullah telah dibedah dadanya & dikeluarkan hatinya..kemudian dibuang darah hitam dan kotoran didalamnya serta dicuci dengan air zam-zam.. sebaik2 air dibumi.. kemudian dimasukkan ilmu, hikmah & Iman. Pada belikat Rasullullah saw pula telah dicop dengan cop kenabian yg dikenali sebagai "khatimun Nubuwwah" menandakan nabilah rasul akhir zaman.. Mungkin anak2 akie tidak pernah melihat rupa cop yg akie maksudkan.. jadi di sini akie sertakan gambarnya.. semoga saat ini bertambah lagi satu ilmu kita bersama.. Dalam hal ini juga pengajaran yg dpt kita ambil.. bersihkan hati dalam apa jua urusan yang kita buat sebab segala penyakit akan bermula di sini.. spt maksud hadis..kalau baik hati kita..maka baiklah seluruh perlakuan & badan kita dan kalau sebaliknya..rosaklah segalanya..

Tuesday, July 20, 2010

Tabung Haji..






"ahhh...abislah ustaz..macamana ni.." la ngape kak Ana oiii... "semalam...kak ana pegi tabung haji..daftar utk pergi haji..ustaz tau tahun bila giliran kak ana... tahun 2066...entah sempat ke idak tah kak ana pergi..". Emm macam tu la fenomenanya sekarang ni.. apapun azam & niat utk melaksanakan rukun Islam ke 5 tu perlu ada dlm diri.. kalau diizinkan Allah swt.. dapatlah kita menjadi tetamu Allah swt..

Baru2 ni kat sekolah Akie, pihak MAKDIS telah menjayakan majlis penyerahan buku simpanan TH utk para pelajar. Seorang penderma budiman telah memberi sumbangan RM2 utk seorang pelajar bagi membuka akaun TH.. Alhamdulillah, semoga sumbangan beliau diterima Allah swt. Para pelajar yg menerima buku akaun secara tak langsung tersemat dihatinya..suatu hari nanti..aku akan pergi haji.. Akie sendiri belum berpeluang utk menziarahi Tanah Suci..Allah shj yg tau betapa memuncaknya keinginan dalam diri ini utk menziarahi rumah Allah..Maqam Rasullullah dan bumi para anbia'... semoga Allah mempermudahkan kita untuk ke sana.. suatu hari nanti... amin..

Saturday, July 17, 2010

Larian Daya TD2 2010





17 Julai.. Warga SMKTD 2...mari "Hungga" (berlari ; gannu dialek).. Tahun 2010 ni ada kelainan sikit..biasanya larian daya dibuat sebelum sukan..tahun ni lepas sukan..apa pun anak2 akie nampaknya semangat jugak berlari..cuma nampak "pancit" sebab lama tak de latihan.. Rajawali muncul juara..no 2 garuda..tiga merak..empat kenyalang.. apapun..alhamdulillah..program dapat dijalankan dengan lancar wp tidak mengikut perancangan asal.. hujan turun mencurah2 seawal jam 5.40 pagi... "manusia merancang, Allah swt juga merancang, sesungguhnya perancangan Allah swt itulah sebaik-baik perancangan" .. Dalam hal ini akie teringat tentang kepentingan kita percaya pada qadak & qadar Allah swt dan apapun program yg dirangka, sediakan pelan "B".. Plan "B" penting agar kita tak terkedu..apabila apa yg dirancang tidak dapat dijalankan mengikut jadual.. tenang..tarik nafas..fikirkan sesuatu.. selawat pada nabi...rangka & gerakkan plan B...

Majlis Isra` Mikraj 2010





Salam...lama x jengah blog..akie bz la sikit kebelakangan ni..bz pun..projek jalan.. baru2 ni ari jumaat 16 Julai.. akie, kawan2 & majlis dakwah sekolah (MAKDIS) telah mengadakan satu program untuk menerangkan tentang peristiwa "isra mikraj" kepada anak2 kat sekolah. Program bermula jam 7.30 pagi sampai pukul 9. Pengisian..mula2 al-Fadhil Ustaz Khairul, qari negeri johor mengalunkan bacaan ayat suci al-Quran..pastu akie bagi ceramah tentang Isra` Mikraj. Simple aje.. sekadar memberi penerangan kepada anak2 bahawa peristiwa itu penting dalam islam..tambahan pulak..kefarduan solat 5 waktu bermula dari sini. Muhasabah diri : ajarlah anak2 kamu solat seawal usia 7 tahun..dan rotanlah mereka jika tidak solat apabila usia mereka 10 tahun...agak2nya generasi sekarang cakna ke tak dengan maksud hadis Rasullullah saw ni....

Monday, July 12, 2010

Subhanallah...


Alhamdulillah.. dari hari ke hari..kita diberikan semakin banyak nikmat dari Allah swt.. semoga akal dapat menguasai pemikiran agar kita terus matang dalam memilih antara iman dan kekufuran, antara yg halal dgn yg haram, antara yg hak dengan yg batil... semakin hari kita selalu diperlihatkan oleh Allah dengan kekuasaan dan kebesaranNya.. tak kira pada kejadian alam, penciptaan sesuatu yg unik mahupun kepintaran manusia.. apa yg pasti...segalanya milik Allah swt.. kita???... hanya manusia kerdil makhluk ciptaanNya...

Thursday, July 8, 2010

Marhaban..Syaaban wa Ramadhan...


Cepat sungguh masa berlalu..sedar x sedar, hari ni dah 25 Rejab.. Syaaban menjengah tiba..kemudian hadir pulak bulan penuh rahmat & keberkatan..Ramadhan.. Hari berganti, masa berlalu..tapi kita masih macam tu jugak..tanpa kemajuan..tanpa perubahan..setia dengan sifat & sikap lama yg ada.. selesa berada dl "zon selesa".. takut pada "kegagalan" walaupun kegagalan itu penting bagi melakar kegemilangan.. dunia entah kemana..akhirat keciciran... Ya Allah.. berikan daku kekuatan menempuh segalanya, semoga kejayaan mengiringi perjalanan dunia & akhiratku .. Sempena ketibaan bulan Syaaban ini..Akie ingin menyeru pada diri akie dan teman2 agar kita sama2 menambahkan amal dan menguatkan iman.. semoga kita dipanjangkan usia utk menyambut ketibaan Ramadhan..InsyaAllah...Amalkan doa ini...

Tuesday, July 6, 2010

Makan dalam Dulang @ Talam





Salam..baru2 ni akie menghadiri majlis di sebuah surau, selepas acara ceramah ada le acara makan2.. pihak surau menyediakan menu nasik beriani gam.. org johor la katakan..x sah kalau xda nasik briani gam.. jamuan disediakan dlm dulang..satu dulang di kongsi2 4 org.. sedap masakannya dan seronok dapat makan sama2..penuh dgn keberkatan.. gambar ni akie amik dr rakan blog..telordibasuh...dan gambo anak2 akie kat sekolah

Rupa2nya inilah hikmah di sebalik sunnah Rasullullah saw.. bila kita makan begini, akan terjalin ukhwah antara kita umat Islam.. tiada pembaziran berlaku..setiap biji nasi dlm hidangan akan kita habiskan..barulah datang keberkatan Allah. Satu lagi amalan Rasullullah saw ialah..mencecah dan menghisap sedikit garam dengan jari manis sebelum dan sesudah makan. Mulanya akie pelik jugak..biasalah manusia..mesti tanya kenapa?? rupanya garam yg kita makan sebelum & selepas makan nasi itu akan merangsang pengeluaran air lir & asid yg amat diperlukan dlm memastikan penghadaman berlaku dgn sempurna dlm perut, hasilnya perut tidak menghadapi masalah dan bebas dr penyakit.. subhanallah.. maha suci Allah yg menjadikan sesuatu dgn cukup sempurna..

Seorang pelajar dgn konfius bertanya pd akie.. katenya.."opah saya marah saya guna sudu dgn garpu masa saya makan nasik..kenape ek ustaz..." la..pelik jugak soalan ni..kenapa x tanya opah kau je nak oi.. tapi akie jawab jugak.. ooo makan dgn tanya tu sunnah Rasullullah, ada byk kelebihannya..sebenarnya Allah swt dh jadikkan pada jari jemari kita ni ada asid yg akan membantu proses penghadaman makanan, sebab tu sunnah kalau lepas makan kita jilat jari.. kalau kita jilat garpu & sudu..apa kita dapat?.. tapi x salah guna garpu & sudu..cuma jangan hina org yg pakai tangan utk makan sebab itu amalan Rasullullah saw..so, amalkan apa yg nabi buat.. pasti ada hikmahnya

Makruh @ Haram..


Rokok...sejenis bahan yg mengandungi pelbagai bahan beracun..x perlu akie terangkan lagi..semua org dah tau.. sudah terang lagikan bersuluh.. tapi tetap jadi "teman setia" tetap melekat dibibir..tetap dicari walaupun jam dah menunjukkan pukul 2 pagi.. tak kira berapun harganya.. kaulah segalanya.. ada rodong (kawan) akie kata..merokok melambangkan "kejantanan".. termenung jugak akie dengar sebab sekarang ni ramai pulak golongan hawa yg hisap menda alah ni.. tanpa segan silu pulak tu.. kat kedai mamak pun jadik.. "selamba rock" aje.. betollah diaorg tu nak jadik jantan agaknya..

Ustaz akie masa sekolah dulu ada ajar..katanya merokok tu hukumnya makruh..sebab boleh mendatangkan penyakit..mcm2 penyakit adaaa... selain tu, yg x sedap dengar..asap rokok mendatangkan kesan yg lebih teruk kepada "perokok pasif" (org yg duduk dgn perokok) berbanding perokok aktif @ tegar.. maknanya org yg merokok secara sengaja boleh membunuh anak..isteri..kawan yg duduk disekitarnya.. harganya yg mahal juga menyebabkan pembaziran.. akie selalu pesan pd anak2 buah akie..cubalah gulung duit utk beli rokok tu..pastu bakar depan mata..baru terasa pembazirannya...

Tahun 1995.. dalam muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan..rokok dihukumkan sebagai haram.. yang ni para ulamak cakap.. jadik macamana sekarang.. akie x mau komen banyak2.. segalanya bergantung pada "will power" si perokok.. x perlu kempen..x perlu komen..x perlu naikkan harga.. kalau x mau berubah.. kita takkan berubah.. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sekiranya kaum itu tidak mengubah nasibnya... fikir2kan lah...

Sunday, July 4, 2010

menanti kehidupan baru...





Seorang saintis merasa kasihan kepada seekor burung yg sedang bertungkus lumus memecahkan cengkerang telur untuk keluar dari telur, lalu dia membantu memecahkan telur dan seterusnya mengeluarkan burung dari cengkerangnya..tapi malangnya si burung menjadi semakin lemah setelah keluar dari cengkerang..akhirnya si burung mati...Rupanya proses semulajadi yg Allah swt ciptakan sewaktu si burung hendak keluar dari cengkerangnya itu akan membantu si burung agar menjadi kuat dan bertenaga setelah keluat dari telur.

Rasionalnya, kita sebagai manusia pun menghadapi fenomena yg sama..Allah beri ujian..Allah beri dugaan..Allah beri nikmat..apa harus kita buat.. jawapannya, hadapilah ujian & dugaan itu sebaik mungkin..banyakkan sabar..insyaAllah..kita akan jadi lebih kuat utk hidup. Seperkara yg perlu diingat, ada pertolongan yg akan membunuh orang yg kita bantu.. kadang2 niat kita cukup murni utk membantu tapi..ia sebenarnya membunuh org yg dibantu. Si saintis tadi misalnya..cuba membantu tapi akhirnya bantuannya membunuh si burung. Kita juga begitu.. dlm menghadapi karenah rakan mahupun anak2.. ada kalanya kita perlu memberi ruang & peluang utk mereka berdikari @ buat sendiri, biar mereka gagal & jatuh hari ini tapi terus melangkah & berlari hari esok...

Ostrich...."camel bird"...burung unta da..






Salam..lama x jengah blog..bz sikit.. 3 Julai..Akie n family join family day SMKTD 2..rapatkan silaturrahim..tenangkan fikiran..8 pagi dah mula gerak ke sekolah..konvoi jalan dekat2 jam 9 jugak la..ade explorace..eh treasure hunt..pulak...macam2 kena cari..layan je la. Singgah kat ladang burung unta..dapatlah mengenali serba sedikit ciptaan Allah ni.. Telur dia sedap..kolesterol kurang..berat telor aje dah 1.5kg..bersamaan ngan 25 bijik telur ayam...subhanallah.. boleh berdiri atas telor..katenya beban yg boleh ditanggung oleh telor dia ni sampai 120kg... yelah, mak diapun dah berapa beratnya..nak mengeram kena dok atas telor kan..Species jantan warna itam..paruh dan kaki merah..kepak putih..pandai menari..yang betina warnanya kelabu. Apapun..senang nak bela burung ni.. dia makan rumput israel dengan kacang soya.. daging dia kalau jual borong dalam rm100 sekilo..kalau biasa rm 130 la.. satay saje pun rm1.50 secucuk..banyak khasiat..akie ingat bila pencen nanti nak bela burung ni lah..kayo pakcik