Buat kali kedua untuk tahun 2011, GE Team di bawah unit kerohanian telah menganjurkan makan malam ketika majlis Yaasin, Tahlil dan selawat sempena maulid nabi. kali pertama dulu di rumah al-Fadhil Ustaz Farouk al-Kinayah.. kali ni dirumah al-Fadhil Ustaz Nazhan al-Caloki.. Semoga majlis seperti ini akan dapat dijalankan lagi buat masa akan datang. Menu malam tu...Mee Hoon Goreng Blues.. En Ayam dibakar sedikit2 hangus beserta lembu panggang berempah dicicah ayer ashem bertatah cili padi. Minuman pula ialah air bandung soda disediakan oleh al-Fadhil ustaz Khairulfaiz ad-Dayaie. Hadir sama dlm majlis ialah al-Fadhil Ustaz Ajak al-Kulai, ex-Oficio GE Team...
Insan Kerdil Di Bumi Allah... Pengembara yang dahagakan ilmu Allah yang tak terkira luasnya..
Ahlan Wa Sahlan....
.
Showing posts with label Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Sekolah. Show all posts
Sunday, March 6, 2011
Ziarah Yaasin, Tahlil & Selawat GE Team
Buat kali kedua untuk tahun 2011, GE Team di bawah unit kerohanian telah menganjurkan makan malam ketika majlis Yaasin, Tahlil dan selawat sempena maulid nabi. kali pertama dulu di rumah al-Fadhil Ustaz Farouk al-Kinayah.. kali ni dirumah al-Fadhil Ustaz Nazhan al-Caloki.. Semoga majlis seperti ini akan dapat dijalankan lagi buat masa akan datang. Menu malam tu...Mee Hoon Goreng Blues.. En Ayam dibakar sedikit2 hangus beserta lembu panggang berempah dicicah ayer ashem bertatah cili padi. Minuman pula ialah air bandung soda disediakan oleh al-Fadhil ustaz Khairulfaiz ad-Dayaie. Hadir sama dlm majlis ialah al-Fadhil Ustaz Ajak al-Kulai, ex-Oficio GE Team...
Sunday, February 27, 2011
Tahbibul Lughah..KAA 2011
Bahasa Arab adalah bahasa al-Quran..ia juga bahasa di dalam kubur..dan pastinya bahasa di hari akhirat. Maka beruntung benarlah mereka yg dapat menguasainya dengan baik.. akie belajar bahasa Arab start ting 1 sampai tingkatan 7 (enam atas) pastu sambung lagi kat universiti 4 tahun.. sambung lagi kat maktab setahun.. tapi sayang tak dapat menguasai bahasa Arab dgn baik..sedih2.. kawan2..anak2..yg ada peluang belajolah bahasa ni.. jangan tinggal..sebab jika satu2 bahasa yg kita belajar ditinggalkan.. bahasa tu sendiri yg akan tinggalkan kita pulak nanti..
Tahbibul Lughah..mencintai bahasa.. program utk anak2 kelas aliran agama KAA dimana mereka terlibat dengan program2 untuk meningkatkan kecintaan pada bahasa Arab. Majlis penutup disempurnakan oleh al-Fadhil Ustaz Mahmood Kassim, Pen PPD Pendidikan Islam, Pasir Gudang. Syukran ya ustaz.. tahun depan datang lagi..
Sunday, February 20, 2011
Pengakap






Pengakap.. badan uniform yang biasanya ada kat sekolah2. Masa sekolah rendah dan menengah akie jadi ahli pengakap..tut2..bila jadi cikgu pun jadi pengakap jugak. Pengakap ni ada 3 jenis..iaitu pengakap darat (biasa kita tengok) baju kelabu..kedua pengakap udara (jarang ada) dan bajunya warna biru laut..siap ada sayap lagi. Ketiga, pengakap laut (jarang jugak) pakai baju warna putih. Masing2 ada fokus dan objektif yg berbeza2 ikut unit. Kalau pengakap luar negara pulak, macam2 baju dan skaf yg diaorang pakai. Kalau ada peluang nak tengok pengakap..pergilah jamboree antarabangsa..tahun 2011 ni dengar cerita, jamboree buat kat Kuala Terengganu..
Sunday, February 13, 2011
Lawatan Penanda Aras Sekolah Tinggi Kluang
Lawatan penanda aras adalah salah satu program yg dilaksanakan untuk melawat, berkongsi idea, pengalaman dan perkongsian antara sekolah dengan sekolah yg lain. 11/2/2011..hari jumaat.. kami dr SMK Taman Daya 2 telah berbondong2 ke Kluang..utk melawat ke Sekolah Tinggi Kluang. Sekolah ni adalah sekolah yg ditubuhkan dr tahun 1939..masa tu akie belum lahir pun. Seronok jugak tengok sekolah yg pernah jadi markas tentera jepun masa perang dulu. Apa yg pasti sekolah ni ada kelas yg tersendiri.. dr sudut sejarah mahupun pencapaian akademik & Kokurikulumnya. Terpegun seketika bila melawat galeri sejarah sekolah ni.. macam mini muzium. Begitu juga dgn pusat sumber, galeri seni, bilik pengakap udara.. syabas dan tahniah buat pengurusan dan warga sekolah kerana berjaya memartabatkan ilmu dan budaya keilmuan di sekolah ini. Apa yg pasti.. kami dapat belajar sesuatu melalui program ini.
Sunday, January 9, 2011
Countdown PMR & SPM 2011
Tahun Baru 2011.. bermakna bermulalah perjuangan baru bagi para pelajar baru Tingkatan 3. Mereka secara rasmi akan dicalonkan sebagai..calon peperiksaan PMR. Tak tahulah samada mereka ini bernasib baik kerana sempat menduduki PMR atau rugi kerana masih dikehendaki menduduki PMR kerana ia hanya akan dimansuhkan bermula 2014. Apapun perjuangan perlu diteruskan.. Justeru itu, untuk memasukkan rasa & menyuntik semangat motivasi peperiksaan..pada hari pertama persekolahan 3/1/2011..pihak UPP sekolah TD2 telah mengadakan program kiraan PMR & SPM (countdown)..PMR ada 284 hari dan SPM 319 hari.
Alahai..lambat lagi rupanya.. memang lambat tapi anak2 akie perlu sedar apa yg bakal datang pada kita akan datang menghampiri kita tanpa kita sedar.. nanti pejam celik..pejam celik.. PMR atau SPM dah tinggal 2 @ 3 hari aje lagi.. jadi akie nasihatkan.. bersedialah dr sekarang..mulalah ulangkaji silibus tingkatan 1 dan 2.. cari nota.. buat nota.. hidupkan "study group"..biar anak2 menangis sekarang..itu lebih baik dr anak2 menangis kesedihan nanti... apabila keputusan diumumkan...
Saturday, November 20, 2010
Tandas Terbuka..
Hari terbuka..rumah terbuka..majlis terbuka..macam2...apa yg akie nak cerita hari ni tentang tandas terbuka.. mungkin ada yg tak pernah dengar. Konsep tandas terbuka ni diperkenalkan di sekolah2 yg berdepan dengan masalah "geng asap" atau "geng lepak di tandas".. budak2 sekolah yg suka bawak rokok dan merokok dalam tandas.. ada jugak yang suka ponteng kelas & lepak dalam tandas... mereka berasa udara & aroma tandas tu lebih menyegarkan dari aroma pembelajaran dalam kelas. Tempat tinggal syaitan itu mungkin lebih "berkat" dari keberkatan majlis ilmu dalam kelas. Entahlah..kadang2 x faham jugak dengan perangai anak2 ni. Entah apa yg dicari..entah apa yg cuba dibuktikan.. entah apa dalam pemikiran mereka. Melalui kaedah tandas terbuka ni.. cikgu cikgi dapat mengesan kehadiran "asap" kalau2 ada tandas yg berasap.. anak2 pun x duduk lama dalam tandas.. sebab semua org nampak. Tandas pun agak terpelihara kebersihan & baunya.. anak2 lelaki x lah memancut sesuka hati.. nanti org nampak anunya.. jadi semua aktiviti pembuangan dijalankan dalam tandas yg kecik.. vandalisme pun dapat dihindarkan. Tapi sebelum robohkan dinding tandas tu..kenalah dapatkan kebenaran dr JKR dulu.. Kesimpulannya : nak tau kesannya cubalah dulu..
Monday, October 18, 2010
Menjadi Tetamu Allah swt...


"Panggilan Haji...telah tiba lagi...menunaikan ibadah...panggilan Baitullah...Tanah suci Mekah..Ya Makatul Mukarramah..." Gitulah lebih kurangnya lirik lagu radio & TV zaman dulu.. seingat akie le. Tak tau le zaman sekarang camne pulak lagunya. Apa pun.. sekarang ni.. mana2 kita dengar sedara seislam kita telah berangkat ke Tanah Suci Mekah.. Beruntung..bertuahnya mereka dijemput menjadi tetamu Allah swt utk tahun ini.. mengunjungi Baitullah (rumah Allah), kaabah, menziarahi maqam Rasullullah, tawaf, saie, wukuf di arafah.. segala perlakuan mereka dikira ibadah.. yg mendapat keberkatan dan pahala yg berganda2.. ya Allah.. sampaikanlah kami ke Makkah utk kami menyempurnakan rukun Islam ke 5
haji..permudahkanlah kami ya Allah... Amin.
Pada 23.10.10 akan datang ni, puan Pengetua SMK Taman Daya 2, Pn Jamiah Bt Kechut & suami akan berangkat ke Makkah utk menunaikan haji. Satu jamuan doa selamat & bacaan yaasin telah dibuat di kediaman beliau pada 17.1o.1o di Taman Rinting.. Semoga puan sekeluarga selamat pergi & selamat kembali. jangan lupa doakan kami..
Sunday, August 8, 2010
Mari Beriadah..
Monday, July 26, 2010
Perkhemahan Perdana..
Itu lah situasi yang berlaku 23-25 Julai yang lalu.. Perkhemahan Perdana Unit Badan Beruniform SMKTD 2.. Akie telah diamanahkan utk jd Kem Komandan.. start dr program bermula sampai la program berakhir .. penat + lucu + marah + gembira semua ada..
Saturday, July 17, 2010
Larian Daya TD2 2010
17 Julai.. Warga SMKTD 2...mari "Hungga" (berlari ; gannu dialek).. Tahun 2010 ni ada kelainan sikit..biasanya larian daya dibuat sebelum sukan..tahun ni lepas sukan..apa pun anak2 akie nampaknya semangat jugak berlari..cuma nampak "pancit" sebab lama tak de latihan.. Rajawali muncul juara..no 2 garuda..tiga merak..empat kenyalang.. apapun..alhamdulillah..program dapat dijalankan dengan lancar wp tidak mengikut perancangan asal.. hujan turun mencurah2 seawal jam 5.40 pagi... "manusia merancang, Allah swt juga merancang, sesungguhnya perancangan Allah swt itulah sebaik-baik perancangan" .. Dalam hal ini akie teringat tentang kepentingan kita percaya pada qadak & qadar Allah swt dan apapun program yg dirangka, sediakan pelan "B".. Plan "B" penting agar kita tak terkedu..apabila apa yg dirancang tidak dapat dijalankan mengikut jadual.. tenang..tarik nafas..fikirkan sesuatu.. selawat pada nabi...rangka & gerakkan plan B...
Subscribe to:
Posts (Atom)