Refleksologi... selalu kita dengar.. kita juga tau apa kelebihannya jika digunakan dengan cara dan kaedah yang betul. Cuma masalahnya dengan kita hari ini...akie rase la.. kita selalu tak serius dan konsisten dalam ape yang kita buat. Kita selalu nak kepada hasil yang cepat tanpa perlu usaha lebih.. sebab tu la ramai "org kita" terperangkap dengan skim cepat kaya... gores & menang & mcm2 lagi. Eh...banyak pulak akie membebel weh... Tak ada apa pun...cuma nak share..baru2 ni dalam 15 Mei 2010.. akie, kengkawan dan anak2 akie dah berjaya buat laman refleksologi...sebelah tempat wuduk lelaki, Surau Raudatul Jannah... budget dalam RM637.00 ada la... syukran pada Bro Fauzi yang jadi "tukang" dalam projek ni. Harapan akie... warga SMKTD2 akan dapat manfaat dari laman yang dibina ni... gunalah sebaik mungkin...Terima kasih kepada para dermawan kepada tabung MAKDIS. Hargai kesihatan...sesungguhnya ia adalah nikmat Allah swt yang amat besar ertinya, namun kita selalu mengabaikannya...
Insan Kerdil Di Bumi Allah... Pengembara yang dahagakan ilmu Allah yang tak terkira luasnya..
Ahlan Wa Sahlan....
.
Sunday, May 30, 2010
Kumpulan Nasyid ar-Rijal SMK Taman Daya 2
Salam... Sambutan Maulid ar-Rasul pada tahun 2010 di Johor Bahru.. tetap meriah.. orang johor la katakan.. Maulid tetap bersambut.. walaupun dah 2 atau 3 bulan.. tarikh maulid dah berakhir. Tahun ni.. teman akie namenya al-Fadhil Ustaz Khairul.. telah berjaya melahirkan..bukan anak... melahirkan sebuah kumpulan nasyid di SMK TD2... akie jadik pengurus je... Ust K la yg jadik juruletihnya.. Dah banyak jugak show yang kami buat.. antaranya persembahan di Majlis Kecemerlangan & Mesyuarat PIBG 2010, Majlis Tazkiyatun Nafs & Maulid SMKTD2, Majlis Sambutan Hari Guru 2010 : yag tu kat dalam sekolah... Yang kat luar...ade jugak.. iaitu persembahan di Majlis Maulid kat Setia Indah.. Masa tu AlFadhilah Sahabus Samahah, Mufti Johor yang berceramah... Alhamdulillah... anak2 akie dan Ust K dapat beraksi dengan baik malam tu.. Chayok..
Selangkah ke Alam Barzakh...
Assalamualaikum...
Hidup sebagai guru ni banyak dugaan.. ada yang seronok...ada yang sedih.. ada yang lucu.. ada pulak yang boleh menimbulkan kemarahan dan stress yang berpanjangan. Bebaru ni.. akie ada la mengajo bebudok tingkatan 3.. bab pengurusan jenazah.. Bebudak.. akie tengok tak sabo2 bila melihat akie hamparkan tikar kat tengah2 musolla.. tak payah bukak buku.. x payah buat nota..
Lepah tu barulah diaorang tau.. ooo rerupanya akie nak ajar cara2 nak mandi & kafan jenazah.. Mula2 akie mintak sorang jadi volunteer.. sukarelawan la tu.. sape nak jadik jenazah.. jeng2.. memasing dok tunjuk menunjuk... engko suruh aku...aku suruh engko.. tapi akhirnya adalah jugak yang sukarela jadik jenazah.. maka akie pun ajor la apa2 yang patut..bila kita berhadapan dengan jenazah.. Alhamdulillah..nampak diaorang faham... tapi x tau la... seronok mengajar gini sebab macam2 soalan dan respon semulajadi datang dr anak2 akie tu... semoga korang nanti jadik insan yang berguna.. boleh diharapkan dalam melakukan perkara2 fardu kifayah macam ni.. Insyaallah...
Subscribe to:
Posts (Atom)