Ahlan Wa Sahlan....

Selamat Datang... Moga ruangan yang tersedia menjadi platform yang positif untuk kita berkongsi idea dan input yang insyaAllah mampu menjana minda dan pemikiran kita bersama.

Wednesday, August 11, 2010

Subhanallah..


"Saya penyimpan besar mohor..Raja2.. mengumumkan...esok puasa".. skrip..dialog..nada..cara yg sama.. seingat akie..dari dulu, gitulah gayenya..pengumuman nak puasa..mahupun nak raye.. maka bermulalah bulan Ramadhan..syukur sgt sebab ALLAH masih beri kesihatan & kesempatan utk hidup hingga Ramadhan tahun ni.. suka..3x.. alhamdulillah. Malam tadi pun start la solat tarawikh.. subhanallah.. jalan yg x pernah jem..jadik jem..surau yg jd masjid kat umah akie ni.. penuh sesak.. lebih dr nak solat jumaat lagi.. senario ni biasa akie tengok di awal Ramadhan.. terfikir akie.. inilah yg dinamakan Keberkatan Ramadhan.. tapi biasanya bila dah nak masuk malam ke 10 ke atas..lain pulak jadiknya.. makin susut pulak surau & masjid.. yg penuh sesak..pasaraya pulak la.. manusia sibuk ingat pada kehendak & keperluan diri.. dan mula merenggangkan diri dengan ALLAH..padahal.. pertengahan & akhir Ramadhan itulah kemuncak acaranya.. Anak2 pun gembira dgn kehadiran bulan puasa.. niat..semua dh hafal.. moga mereka jadi anak yg soleh & solehah serta berjaya berpuasa sebulan Ramadhan..

Marhaban Ya Ramadhan..


Ramadhan...datang lagi..menjengah tiba dengan pelbagai "offer" & "bonus" dari Allah untuk sesiapa sahaja yang berusaha mencari, menghayati dan menghidupkan bulan ini. Ya..Allah berilah daku peluang & ruang untuk mencari dan mengaut keberkatan RAMADHAN kali ini. Ramadhan sebagaimana sebelumnya menawarkan kepada kita BONUS dan saham akhirat..antaranya;

1)Bulan diterima taubat...justeru ambillah peluang.. bertaubat dari dosa2 silam di zaman jahiliyyah kita..mungkin dulu kita alpa.. dulu kita terlalu ikutkan nafsu..dulu kita masih berdarah muda.. dulu kita jahil.. atau kini kita masih lagi bergelumang dengan noda.. berhentilah.. bertaubatlah dengan ikhlas.. sesungguhnya inilah masa terbaik utk kita bertaubat..

2) Bulan yg penuh dengan keberkatan.. segala amalan yg kita buat diberikan keberkatan.. berbuka puasa diawal waktu..berkat, makan sahur..berkat, makan sahur di akhir waktu berkat.. bersedekah..berkat.. sebutlah apa shj amalan.. semuanya diberi keberkatan.. apalah hidup seorang hamba tanpa keberkatan ALLAH...

3) Bulan yang penuh dengan rahmat ALLAH.. keberkatan & rahmat ALLAH.. 2 adik beradik yg amat diperlukan oleh manusia agar hidup bahagia & berjaya dlm erti kata yg sebenar..didunia mahupun diakhirat

4) Bulan diberi pengampunan.. Mohonlah sebanyak mungkin keampunan..kita tidak memerlukan tempat yg khusus..masa tertentu..atau tarikh tertentu utk memohon keampunan Allah.. banyakkan berdoa.. dimana sahaja.. sebaiknya gunakan doa yg disarankan Rasullullah saw.. buat solat taubat.. sebanyak mungkin.. kita perlu SERIUS dalam bertaubat..

5) Bulan diberi ganjaran PAHALA berlipat kali ganda.. Subhanallah.. umat nabi Muhammad rata2 usianya antara 60 hingga 70..tidak seperti umat nabi lain yg hihup beratus tahun lamanya..namun, ALLAH beri keistimewaan dgn ganjaran pahala berganda.. amalan wajib yg kita buat digandakan 70x ganda pahalanya, amalan sunat pula..seolah2 kita laksanakan amalan wajib.. Lailatul Qadar.. keistimewaannya seumpama beramal seribu bulan.. maha suci ALLAH..

Tepuk dada..tanya iman..marilah kita bersama menghidupkan RAMADHAN.. dengan pelbagai amalan, semoga ALLAH memberkati usaha kita..amin

Sunday, August 8, 2010

Karipap...Cerita dari seorang teman

Pakcik nak beli karipap ? Karipap kering ada, basah pun ada." Seorang budak perempuan berumur 12 tahun menjual karipap di stesen minyak Petronas di Batu Gajah Perdana (BGP). Suaranya amat perlahan dan dalam bunyinya seolah2 dia sakit. Ditangannya ada sebiji bakul kecil berisi karipap. Sebelah tangan lagi memegang buku, mungkin buku sekolah tapi bukan majalah "Mangga". "Pakcik sembahyang dulu, nanti pakcik beli". Selepas solat, teman terus berjumpa dia. Zura namanya. Berasal dari Tanjung Tualang. Bersekolah di SK St Paul. Anak kedua dari 5 adik beradik. Ayahnya seorang jaga manakala ibunya membuat kuih untuk dijual. Setiap hari Zura akan dihantar ayahnya ke BGP (lebih kurang 25 km) untuk menjual kuih. Bakulnya bukan besar. Sekadar beberapa kampit karipap kering dan 30-40 karipap basah. "Zura dah sembahyang ?" "Sekejap pakcik. Ada makcik tu tadi nak beli karipap selepas sembahyang. Nanti saya sembahyang lepas ni" Suaranya semakin mendayu." Saya sakit pakcik" Saya tak boleh cakap kuat-kuat, sakit !" Nanti ayah datang pukul 8. Dia hantar tadi pukul 2" Sedih teman. Nak menangis rasanya. Budak kecil ni sedang membantu keluarganya mengahadapi kemelut ekonomi dunia. Teman ingat kalau habis semua karipap yang dibawanya, bukan untung RM250 tapi paling banyak pun RM10.00 ! Minyak motor lagi ! "Zura boleh dapat 5A ? "InsyaAllah pakcik" Raut muka dan jawapannya sungguh meyakinkan! Kalau dapat 5A pun teman pasti Zura tak akan ke MRSM, SMKA, SM Sains atau TFGS ! Bapanya tentu tidak mampu menghantar Zura !

Teman balik ke rumah, hujan renyai-renyai! Tapi hujan lagi lebat turun kat mata co-pilot teman... dia sedih teramat sangat. Sebentar lagi bapa Zura akan sampai untuk menjemputnya! Naik motor kapcai ! Bukan naik Camry ! Bukan naik E200 ! Zura akan menggigil kesejukan ! Sebab itu dia selalu sakit ! Sebab dia dah bertahun-tahun membonceng ayahnya menjual karipap ! Mana dia keadilan ! Kita membayar RM12.00 untuk secawan Cuppercino di Starbuck! 2 scoop aiskrim di Baskin Robbin RM14.00 ! Seketul kepala ikan kari RM10.00 di Restoran Zamry ! Zura berhujan, berpanas, berembun ! Enam jam ! Dapat RM10.00 ! Bukan RM1000.00 !

Kalaulah teman banyak duit, mahu teman beli karipap tu RM1000 seketul ! Bukan 3 seringgit ! Bukan sekampit seringgit ! Biar Zura mentelaah buku-bukunya untuk UPSR bulan September ini ! Biar dia dapat masuk MRSM! Atau SMKA ! Biarlah suatu hari Zura mampu mengubah segala-galanya !

Kalau kengkawan mengisi minyak di stesen minyak Petronas BGP, carilah Zura ! Belilah karipapnya. Sembanglah dengan dia. Dia lebih tau apa itu kelembapan ekonomi dunia dari Pak Menteri-menteri, itu ini untuk GLC, untuk Conglomerat Cap kroni, bla bla bla. Anak2 kome tengah buat ape kalau hari ujan? Ngadap Sinetron ke, ngadap Facebook? Itupun ada yang buat mulut muncung kalu tak dapat ke KFC, ke JJ, ke Bukit Merah Lake Town Resorts...Zura tu teman rase tak pernah mimpi nak ajak mak ayah dia ke sana. Zura tak akan pernah mintak beg Hello Kitty, krim pencuci muka, syampu Sunsilk, top-up atau henfon Nokia N91...Banyak benda yang Zura takkan mampu nak mintak macam anak-anak kita dah lama dapat.

Kita pulak kalau tau ada orang miskin, takat sedih je, takat gebang marah pemimpin tak bantu. Yang kita tu, bila nak mula bantu? Apa usaha kita? kekadang kita nampak orang mintak sedekah, kita buat donno je, ada yang lari dari pakcik makcik peminta yang dah konfom buta! Berapa ramaikah Zura di tempat anda ? Tentu adakan... apa peranan dan tanggung jawab kita.. fikir2kanlah...

Mari Beriadah..



"Akal yang baik terletak pada badan yg baik" gitulah bunyinya satu pepatah arab yg menerangkan tentang kepentingan kita menjaga kesihatan tubuh badan... Kesihatan adalah anugerah Allah yg wajib kita syukuri.. namun ramai diantara kita seolah2 lupa tanggungjawab tersebut. Kita akan mula teringat utk mensyukuri nikmat "sihat" hanya apabila kita sakit.. lumrah manusia.. masa ada tak nampak.. bila hilang.. baru tercari2.. macam2 cara utk beriadah.. ada yg boleh buat kat padang.. ada pulak yg boleh buat hanya dlm rumah aje.. tapi bila MALAS menjadi teman... kat mane pun.. sama aje.. tak buat jugak.. kadang2 akie teruja tengok bangsa cina.. walaupun dah "amat" berusia tapi pagi2.. jam 6.. dah ada kat tepi2 jalan.. morning walk.. pergi taman.. mereka ada persatuan.. buat tai chi.. menari ikut lagu..macam2 ada.. Akie tercari2..mane pergi warga emas kita.. macamana agaknya diaorg beriadah.. kalau dulu org2 lama kat kampung..adalah yg beridah dgn mandi embun..bersilat..berkebun dll..tapi yg dok kat bandar ni..camne.. "Mencegah..lebih baik dari merawat"..pepatah arab jugak tu.. eloklah kita mula masukkan aktiviti "riadah" dlm jadual mingguan kita..bila... jangan tunggu lagi.. mulakan sekarang.. gambo2 tu.. baru2 ni akie and team Gagak Hitam.. masuk pertandingan volleyball..MSKPP.. dapat la masuk semi final..tempat ke 4 je.. tapi oklah.. penyertaan pertama..tahun depan..insyaAllah.. cuba lagi...

Monday, August 2, 2010

kempen "Jom Tutup Aurat"




Lama x menjengah blog...sebenarnya akie kebelakangan ni sibuk nguruskan anak2 buah yg peksa trial pmr..sebelum tu bz dgn key-in markah kerja kursus PBS diaorang..tu yg x sempat nak mengarang tu.. tapi dalam pada tu projek baru tetap jalan.. kempen "Jom Tutup Aurat" adalah projek terbaru yg dilancarkan.. program mudah..semua org tahu..rata2 kalau kita tanya pada org tentang aurat..semua tahu.. tutup aurat WAJIB.. tapi nak praktikkan tu yg ada sikit susah.. Tutup aurat..perlu pada komitmen..kesungguhan..pengorbanan..iltizam..keimanan yg kental. Ramai org menganggap "bertudung" sudah cukup utk menggambarkan mereka menutup aurat tanpa memahami "konsep" sebenar menutup aurat. Apa yg perlu sekarang setiap org WAJIB faham..apa yg dikatakan aurat.. aurat itu maruah kita.. ia perintah ALLAH yg tercatat dgn jelas dlm al-Quran.. Akie cuma jalankan tgjwb mengingatkan anak2 akie kat sekolah agar jaga dan tutup aurat sebaiknya mengikut syariat yg ditetapkan oleh ALLAH.. walaupun akie tahu hampir separuh dr anak2 akie tak menutup aurat di luar pagar sekolah.. Akie doakan mudah mudahan mereka akan diberikan hidayat oleh ALLAH utk menutup aurat..kalau tidak hari ini..mungkin esok..