Ahlan Wa Sahlan....

Selamat Datang... Moga ruangan yang tersedia menjadi platform yang positif untuk kita berkongsi idea dan input yang insyaAllah mampu menjana minda dan pemikiran kita bersama.

Wednesday, August 11, 2010

Marhaban Ya Ramadhan..


Ramadhan...datang lagi..menjengah tiba dengan pelbagai "offer" & "bonus" dari Allah untuk sesiapa sahaja yang berusaha mencari, menghayati dan menghidupkan bulan ini. Ya..Allah berilah daku peluang & ruang untuk mencari dan mengaut keberkatan RAMADHAN kali ini. Ramadhan sebagaimana sebelumnya menawarkan kepada kita BONUS dan saham akhirat..antaranya;

1)Bulan diterima taubat...justeru ambillah peluang.. bertaubat dari dosa2 silam di zaman jahiliyyah kita..mungkin dulu kita alpa.. dulu kita terlalu ikutkan nafsu..dulu kita masih berdarah muda.. dulu kita jahil.. atau kini kita masih lagi bergelumang dengan noda.. berhentilah.. bertaubatlah dengan ikhlas.. sesungguhnya inilah masa terbaik utk kita bertaubat..

2) Bulan yg penuh dengan keberkatan.. segala amalan yg kita buat diberikan keberkatan.. berbuka puasa diawal waktu..berkat, makan sahur..berkat, makan sahur di akhir waktu berkat.. bersedekah..berkat.. sebutlah apa shj amalan.. semuanya diberi keberkatan.. apalah hidup seorang hamba tanpa keberkatan ALLAH...

3) Bulan yang penuh dengan rahmat ALLAH.. keberkatan & rahmat ALLAH.. 2 adik beradik yg amat diperlukan oleh manusia agar hidup bahagia & berjaya dlm erti kata yg sebenar..didunia mahupun diakhirat

4) Bulan diberi pengampunan.. Mohonlah sebanyak mungkin keampunan..kita tidak memerlukan tempat yg khusus..masa tertentu..atau tarikh tertentu utk memohon keampunan Allah.. banyakkan berdoa.. dimana sahaja.. sebaiknya gunakan doa yg disarankan Rasullullah saw.. buat solat taubat.. sebanyak mungkin.. kita perlu SERIUS dalam bertaubat..

5) Bulan diberi ganjaran PAHALA berlipat kali ganda.. Subhanallah.. umat nabi Muhammad rata2 usianya antara 60 hingga 70..tidak seperti umat nabi lain yg hihup beratus tahun lamanya..namun, ALLAH beri keistimewaan dgn ganjaran pahala berganda.. amalan wajib yg kita buat digandakan 70x ganda pahalanya, amalan sunat pula..seolah2 kita laksanakan amalan wajib.. Lailatul Qadar.. keistimewaannya seumpama beramal seribu bulan.. maha suci ALLAH..

Tepuk dada..tanya iman..marilah kita bersama menghidupkan RAMADHAN.. dengan pelbagai amalan, semoga ALLAH memberkati usaha kita..amin

No comments: