Ahlan Wa Sahlan....

Selamat Datang... Moga ruangan yang tersedia menjadi platform yang positif untuk kita berkongsi idea dan input yang insyaAllah mampu menjana minda dan pemikiran kita bersama.

Thursday, January 13, 2011

3 Perkataan yg mengubah segalanya..


macam biasa dengar aja entri kali ni.. tapi akie nak jugak komen.. sebab bunyinya menarik.. sekali pikir kita akan mengangguk setuju dengan kebenarannya. Terlalu mudah sebenarnya utk mengubah sesuatu melalui kata2.. mudah diucap.. simple.. tetapi akan memberi impak yg besar samada dalam perhubungan, persahabatan, rumahtangga, pentadbiran atau dalam apa situasi sekalipu.. mari kita lihat betapa hebatnya ucapan2 positif berikut dr sudut impaknya kepada org lain...

" Terima kasih..sayang/emak/abah/cikgu/adik/akak/abang"
" Saya suka awak "
" Abang cinta Mia "
" Adik sayang mak "
" saya minta maaf "
" saya maaafkan awak "
" berilah saya peluang "
" Saya rujuk awak "

Namun "3 perkataan" juga akan berubah negatif jika digunapakai utk tujuan yg tidak baik.. hubungan mungkin terputus.. berlaku pergaduhan.. kekecewaan berpanjangan dan sebagainya

" Adik benci abah "
" Abang cerai awak "
" Jangan ganggu saya "
" Hidup sangat membosankan "

Kesimpulannya : GUnakan "3 perkataan" dengan sebaik mungkin & secara yg positif agar kita akan menikmati kesan yg positif dlm hidup. Segalanya terpulang pada diri sendiri.. fikir-fikirkanlah

Monday, January 10, 2011

Way Of Life


Islam.. bukan sekadar satu agama yg suci dan benar, malah ia adalah way of life kerana segala peraturan, adab dan pengisiannya jika dituruti dgn baik.. akan mengatur kehidupan kita secara lebih tersusun. Islam bukan hanya terkurung dibawah bumbung masjid atau surau kerana ia lebih luas dr itu. Peraturannya selaras dengan fitrah dan sifat semulajadi manusia.. justeru ia mudah utk dipraktikkan dlm kehidupan seharian. Bermula dr perkara yg sekecil2nya dlm kehidupan kita seperti cara dan kaedah memotong kuku hinggalah kepada perkara yg besar seperti mentadbir negara..dinyatakan secara jelas dlm Islam. Bersyukurlah kita kerana ditakdirkan utk beragama Islam sejak dilahirkan..

Sunday, January 9, 2011

wa..Ca...



Abah...adik nak masuk teakwando boleh tak.. ni ha borang..abah isi pastu latihan ari ahad ni..pukul 10 sampai pukul 11.30 pagi.. boleh la bah..

Inilah permintaan terbaru anak jantan akie yg baru masuk darjah 3.. nak masuk teakwando.. bagus jugak..dapat belajar seni bela diri.. nanti taklah berani orang nak buli.. jgn engko pulak nanti jadi kaki buli udah le dik oi.. maka kami pun pergi la mendaftar.. pendaftaran RM20 yuran setahun..yuran sebulan RM20.. baju RM60.. cukup2 RM100... kosong jadi wallet abah.. oklah tu.. takpe dik.. biar duit abis.. insyaAllah boleh cari lain.. janji adik dapat belajar sesuatu yg berfaedah..

Countdown PMR & SPM 2011


Tahun Baru 2011.. bermakna bermulalah perjuangan baru bagi para pelajar baru Tingkatan 3. Mereka secara rasmi akan dicalonkan sebagai..calon peperiksaan PMR. Tak tahulah samada mereka ini bernasib baik kerana sempat menduduki PMR atau rugi kerana masih dikehendaki menduduki PMR kerana ia hanya akan dimansuhkan bermula 2014. Apapun perjuangan perlu diteruskan.. Justeru itu, untuk memasukkan rasa & menyuntik semangat motivasi peperiksaan..pada hari pertama persekolahan 3/1/2011..pihak UPP sekolah TD2 telah mengadakan program kiraan PMR & SPM (countdown)..PMR ada 284 hari dan SPM 319 hari.

Alahai..lambat lagi rupanya.. memang lambat tapi anak2 akie perlu sedar apa yg bakal datang pada kita akan datang menghampiri kita tanpa kita sedar.. nanti pejam celik..pejam celik.. PMR atau SPM dah tinggal 2 @ 3 hari aje lagi.. jadi akie nasihatkan.. bersedialah dr sekarang..mulalah ulangkaji silibus tingkatan 1 dan 2.. cari nota.. buat nota.. hidupkan "study group"..biar anak2 menangis sekarang..itu lebih baik dr anak2 menangis kesedihan nanti... apabila keputusan diumumkan...

Saturday, January 1, 2011

Lestari.. Kitar semula.. Pecah rekod





Semasa jalan2 cari makan di Bandaraya JB bebaru ni akie terjumpa la menda yg menarik ni. Masuk dalam "The Malaysia Book Of Records". Disamping tu bagus jugak utk alam sekitar, cuma jangan buang air hanya utk dptkan botol udah le.. Ketinggian pokok pain ni kira2 15 meter, diameternya 5.9 meter, 8,000 botol air 1.5 liter. Chayook.. orang Malaysia memang banyak idea utk jadi cemerlang..