Ahlan Wa Sahlan....

Selamat Datang... Moga ruangan yang tersedia menjadi platform yang positif untuk kita berkongsi idea dan input yang insyaAllah mampu menjana minda dan pemikiran kita bersama.

Tuesday, January 25, 2011

Jom Khatam al-Quran


Sahabat..kawan..muslimin..muslimat..anak2..adik2..pakcik..makcik...
Jom Khatam al-Quran..

Agak2nya bila kali terakhir kita khatam al-Quran.. mungkin Ramadhan yg lepas.. mungkin setahun yg lepas..atau mungkin puluhan tahun yg lepas..sewaktu kita masih kecil.. masa tu majlis khatam kita disambut dgn meriah..siap buat pulut kuning lagi.Persoalannya..selepas khatam al-Quran yg pertama itu, semangat utk khatam al-Quran sudah agak sirna dan malap.. betul kita baca al-Quran.. surah yg kita baca, kita pilih2 aja dr mana2 juzuk.. tapi kenapa kita seolah2 tiada semangat utk mengkhatamkan al-Quran.

Tiap sesuatu yg kita buat didorong oleh rangsangan atau MOTIVASI.. justeru, kita perlu mencari motivasi utk KHATAM al-Quran. Ia bermula dgn keAZAMan.. "Tahun ini aku berazam utk khatam al-Quran".. selepas itu disusuli dengan USAHA yg KONSISTEN.. kita mungkin boleh berusaha tetapi utk konsisten, bukan suatu perkara yg senang.. di sinilah perlunya MOTIVASI. Sebagai alat utk merangsang MOTIVASI inilah diperkenalkan "Buku Catatan @ rekod bacaan al-Quran".. jika ditekuni secara istiqamah, insyaAllah.. kita akan dapat khatam al-Quran tahun ini. BIla agaknya kita mahu bermula...jawapannya...SEKARANG..

Sila download buku Rekod Bacaan al-Quran di gadget pautan bahan..

Sunday, January 16, 2011

Untukmu wanita..


Hadits yang diriwayatkan oleh Ibn Hibban dalam kitab Sahihnya daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda:

"Apabila seorang perempuan solat lima waktu, puasa pada bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya, mentaati suaminya, maka akan dikatakan kepadanya: Masuklah ke dalam syurga dari pintu mana sahaja yang engkau sukai." (Sahih al-Jami': 660)

Allah telah mengangkat martabat wanita dan mempermudahkannya utk memasuki syurga Nya.. namun dlm peristiwa Isra Mikraj, Rasullullah melihat ramai wanita di dalam neraka.. Justeru.. wahai wanita.. rebutlah peluang.. tawaran Allah swt.. jangan sombong & jahil.. segeralah muhasabah diri dan jadilah wanita SOLEHAH...InsyaAllah.. kebahagiaan dunia & akhirat menantimu..

Saturday, January 15, 2011

Kongsi e-book cinta



link : http://www.mediafire.com/?yi5hyoxbxyg
Download password : wisernet.blogspot.com

Strok... Mencegah lebih baik dari merawat..

DOA MOHON DIJAUHI DAN DISEMBUHKAN DARI PENYAKIT ANGIN AHMAR







Bijak buat pilihan..


Sabtu dan ahad tiba lagi.. maknanya kita tak perlu pergi bekerja..x perlu pergi sekolah.. lupakan kesibukan, keserabutan, kepenatan & segala hal berkaitan dengan kerja.. sekarang masa utk kita REHAT.. sudah 5 hari kita memerah tenaga dan akal utk bekerja.. berilah peluang & ruang utk badan, akal & emosi kita pula utk menikmati erti kerehatan.

Kerja & tugas takkan habis.. selagi kita bekerja. Justeru itu, kita perlu bijak memilih dan membahagikan masa dgn baik. Kadang2 kita tersilap menggunakan waktu rehat utk menyiapkan kerja..padahnya kita tidak lagi memiliki waktu utk REHAT. Akhirnya, hadiah yg kita dapat ialah..STRESS. Hal ini sememangnya mudah utk diperkatakan namun aplikasinya dlm kehidupan masih boleh diperbincangkan...hanya jauhari mengenal manikam...