MTQ Sekolah2 KPM Zon Tiram telah diadakan di SMK Taman Daya 2 pada hari khamis 22/3/2011. Sebanyak 16 buah sekolah menengah telah mengambil bahagian. 3 Acara dipertandingkan iaitu tilawah, hafazan & syarahan bagi kategori lelaki dan perempuan. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar & ditutup rasmi oleh Ustaz Mahmood Kassim, Pen PPD Pendidikan Islam, PPD Pasir Gudang. Peserta yg menang akan mewakili zon ke peringkat daerah Pasir Gudang.
Insan Kerdil Di Bumi Allah... Pengembara yang dahagakan ilmu Allah yang tak terkira luasnya..
Ahlan Wa Sahlan....
.
Saturday, April 2, 2011
MTQ Zon Tiram 2011
MTQ Sekolah2 KPM Zon Tiram telah diadakan di SMK Taman Daya 2 pada hari khamis 22/3/2011. Sebanyak 16 buah sekolah menengah telah mengambil bahagian. 3 Acara dipertandingkan iaitu tilawah, hafazan & syarahan bagi kategori lelaki dan perempuan. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar & ditutup rasmi oleh Ustaz Mahmood Kassim, Pen PPD Pendidikan Islam, PPD Pasir Gudang. Peserta yg menang akan mewakili zon ke peringkat daerah Pasir Gudang.
Majlis Tilawah al-Quran Sekolah
Majlis Tilawah al-Quran peringkat sekolah telah berjaya dijalankan pada tahun ini. Tahun lepas tak sempat. 3 acara dipertandingkan iaitu Tilawah al-Quran, Hafazan dan Syarahan. Ramai juga anak2 yang menyertai acara2 tersebut..ada bakat-bakat terpendam rupanya.. peserta yg menang telah terpilih untuk mewakili sekolah ke peringkat Zon Tiram..Tahniah
Sunday, March 6, 2011
Ziarah Yaasin, Tahlil & Selawat GE Team
Buat kali kedua untuk tahun 2011, GE Team di bawah unit kerohanian telah menganjurkan makan malam ketika majlis Yaasin, Tahlil dan selawat sempena maulid nabi. kali pertama dulu di rumah al-Fadhil Ustaz Farouk al-Kinayah.. kali ni dirumah al-Fadhil Ustaz Nazhan al-Caloki.. Semoga majlis seperti ini akan dapat dijalankan lagi buat masa akan datang. Menu malam tu...Mee Hoon Goreng Blues.. En Ayam dibakar sedikit2 hangus beserta lembu panggang berempah dicicah ayer ashem bertatah cili padi. Minuman pula ialah air bandung soda disediakan oleh al-Fadhil ustaz Khairulfaiz ad-Dayaie. Hadir sama dlm majlis ialah al-Fadhil Ustaz Ajak al-Kulai, ex-Oficio GE Team...
Sunday, February 27, 2011
Conteng dinding
Acara menconteng dinding adalah acara yg dianggap negatif dan diistilahkan sbg Vandalisme.. mane taknye..dinding yg elok2..cantik..tetiba penuh dengan tulisan2 yang tak bermoral.. kalau kat sekolah..nama yg dilakar..standard la..siapa lagi..nama guru disiplin la..kalau pengetua atau gpk hem garang..nama tu pun jadi mangsa..macam2 gelaran buruk dan jijik diberi oleh anak2 yg nakal tu, guru membalasnya dengan memberikan mereka ilmu.. aarr mulia sungguh kerjayaku. kalau kat tandas awam..lain pulak ceritanya.. pelbagai iklan dan tawaran serta lakaran yg mengghairahkan pula yg menanti di dalamnya.. entahlah ye..
Tapi yg akie nak cerita ni lain sikit, conteng dinding yang ni dibenarkan..malah disediakan hadiah lagi untuk mereka yg menconteng dgn cantik.. entah macamana hari ni ter"berjalan" ke The Zone JB.. dan kebetulannya ada pertandingan menceriakan dinding pagar The Zone tu dgn mural 1 malaysia.. bagus jugak.. cantik2 gambar yg dilukis.. selain dapat mencurahkan bakat, ia juga menceriakan suasana..
Tahbibul Lughah..KAA 2011
Bahasa Arab adalah bahasa al-Quran..ia juga bahasa di dalam kubur..dan pastinya bahasa di hari akhirat. Maka beruntung benarlah mereka yg dapat menguasainya dengan baik.. akie belajar bahasa Arab start ting 1 sampai tingkatan 7 (enam atas) pastu sambung lagi kat universiti 4 tahun.. sambung lagi kat maktab setahun.. tapi sayang tak dapat menguasai bahasa Arab dgn baik..sedih2.. kawan2..anak2..yg ada peluang belajolah bahasa ni.. jangan tinggal..sebab jika satu2 bahasa yg kita belajar ditinggalkan.. bahasa tu sendiri yg akan tinggalkan kita pulak nanti..
Tahbibul Lughah..mencintai bahasa.. program utk anak2 kelas aliran agama KAA dimana mereka terlibat dengan program2 untuk meningkatkan kecintaan pada bahasa Arab. Majlis penutup disempurnakan oleh al-Fadhil Ustaz Mahmood Kassim, Pen PPD Pendidikan Islam, Pasir Gudang. Syukran ya ustaz.. tahun depan datang lagi..
Subscribe to:
Posts (Atom)