Ahlan Wa Sahlan....

Selamat Datang... Moga ruangan yang tersedia menjadi platform yang positif untuk kita berkongsi idea dan input yang insyaAllah mampu menjana minda dan pemikiran kita bersama.

Wednesday, May 9, 2012

Alfatihah...ibu atau pembuka kepada kitab al-Quran. Sebagai seorang muslim yang mukmin kita akan membaca surah fatihah ini sekurang-kurangnya 17 kali sehari. Belum lagi dicampur dengan masa-masa lain seperti pembukaan majlis atau ketika membaca al-Quran, sudah tentu bertambah bilangan bacaan fatihah kita. sehari : 17 kali sebulan : 510 kali setahun : 6205 kali Cuma apa yg perlu direnungkan...berapa ramai diantara kita yg dapat menmberi makna kepada bacaan fatihah..atau yg lebih baik menghayati isi kandungan dan tafsiran surah ini, Jadilah kita umat Islam yang sentiasa bergerak ke hadapan..semakin berkualiti dari hari ke hari..bukan hanya berada ditahap yang sama sepanjang masa..kalau tidak, taraf kita sama seperti burung kakak tua yang petah berkata-kata tetapi tidak memahami apa yg dikata
Bertindak secara yang luarbiasa.. berfikir secara luar biasa.. sudah cukup untuk orang-orang biasa yang luarbiasa. Berbekalkan sedikit keberanian dan keyakinan..InsyaAllah kita akan mampu bertindak dengan baik. Apa yg perlu adalah "Willing Power" atau momentum dalaman dlm diri utk bertindak.

Tuesday, March 6, 2012

Johan Musolla al-Hakim 2010





Alhamdulillah..syukur kehadrat illahi kerana akhirnya Surau Raudatul Jannah SMK Taman Daya 2..berjaya menggondol gelaran JOHAN bagi pertandingan MUsolla al-Hakim peringkat negeri Johor bagi kategori sekolah menengah. Penyampaian anugerah ini telah disempurnakan oleh yang berbahagia Timbalan Pengarah JPN Johor, Tn Hj Hassidin dan diterima oleh Pn Hj Jamiaah Kechut, Pengetua SMK Taman Daya 2. PIhak MAKDIS mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua penyumbang yg telah menceriakan Surau dan laman haji Raudatul Jannah. Hanya Allah yg akan membalas kebaikan semua..

Monday, October 17, 2011

Kali Pertama...

Buat kali pertama..pengalaman pertama...1st time...sama je la tu...pastinya perkara yg kita lakukan kali pertama akan mendatangkan debaran di dada..hati tertanya2...boleh ke tak boleh aku ni... ketika inilah kita memerlukan kekentalan KEYAKINAN dan kebergantungan yang tinggi kepada Allah rabbul jalil.. semoga segala urusan yang dilakukan dipermudahkanNYa...amin.

Sebenornya bukan apa, buat kali pertama Akie mendapat pengalaman bertindak selaku jurucakap majlis pertunangan al-Fadhil Ustaz Khairul Latiff..Qari Negeri Johor tahun 2011...bangga rasenya... Akie dan sahabat, al-Fadhil Cikgu Razali telah diamanahkan utk buat "kira2" dalam majlis tersebut...mewakili adinda Suhaila Bakit..Alhamdulillah...segalanya berjalan lancar... selamat majlis pertunangan.. Tunggu hari pernikahan la pulok...apa2 pun...selamat bertunang buat adinda2 sekalian... jaga diri, tingkatkan prestasi...jauhi ma`asi...