Ahlan Wa Sahlan....

Selamat Datang... Moga ruangan yang tersedia menjadi platform yang positif untuk kita berkongsi idea dan input yang insyaAllah mampu menjana minda dan pemikiran kita bersama.

Monday, June 28, 2010

Nama bandar..






Pahang...kg akie le tu...negeri terbeso di semenanjung Malaysia..akie rasa dah semua daerah akie dah pergi kat pahang ni..cuma tak semua bandar yg akie sempat pergi.. InsyaAllah..sampai la nanti tu..Pahang ada banyak bandar2 dengan nama2 jolokan tertentu..antaranya temerloh, biase le..terkenal ngan ikan patin.. Maran.. bandar ayam kampung.. akie baru tau yg ni.. Pekan..bandar diraja sebab raja dok sana.. Rompin..emm terkenal ngan udang galah yg best rasanya..singgah kat leban chondong..ada byk gerai makan yg menunya udang galah... Rompin jgk terkenal ngan ikan layaran..destinasi memancing dunia tu.. moralnya, banyak berjalan..luas pengalaman..buatlah planning..sure bole melancong...nikmati keindahan alam ciptaan illahi..

Saturday, June 19, 2010

Oh..Strawbery..






Strawbery..ialah buah yang selalu kita jumpa atas kek & hanya hidup subur di kawasan yang bercuaca sejuk. Nampak manis..tapi bila dimakan..x semestinya manis..ada yg masam rasenya.. oleh kerana payah nak jumpe buah spesis ni kat tempat akie..jadi hentam jugaklah..masam pun masamlah.. yg penting..amik gambo.. leh wat kenangan & tunjuk kat anak cucu.. Kebun yg akie ziarah ni kat kaki bukit Genting..Goh Tong nama tempat dia..kalau x silap la..ala tempat mula2 naik skyway nak naik genting tu la.. taklah sejuk sangat cuacanya.. sempat jugak masuk kebun..petik sendiri..RM8 utk 100gram...anak2 akie yg pegang gunting..jumpe buah je nak gunting..bankrup la bapak ko ni nak oi.. last2..masa timbang kat kaunter..ok je.. ngam2 100gram..petik banyak pun sapa nak perabih nanti.. oklah..lain taun datang lagi

Thursday, June 17, 2010

Laman Haji Raudatul Jannah Fasa 1 dah siap...





Alhamdulillah..syukur pada Allah..akhirnya projek mega akie tahun ni dapat disiapkan dengan baik..tapi baru fasa 1 yg siap. Fasa ni..bangunan yg dibina ialah kaabah..maqam Ibrahim..Hijir Ismail dan trek tawaf.. belanjanya akie kira semua sekali adalah dalam RM10500.00. Syukran sekali lagi pada semua dermawan yg menyumbangkan wang ringgit utk projek ni. Fasa 2 iaitu pembinaan trek saie (20 meter), 4 tiang hijau saie dan bukit sofa & Marwah insya Allah akan siap dalam tempoh cuti sekolah ni..kos dalam RM 3000.00...pastu nak masuk fasa ke 3 pulak...bina tempat melontar jamrah ula, wusto & aqabah...kos belum tau...tabung pun dah susut ni...mana nak cekau dana..belum cerita nak buat tangga..nak buat tag nama laman haji..ayat2..fuh..banyak lagi rupanya aksesori yg perlu difikir2kan...tapi akie yakin..insyaAllah projek ni akan dapat disiapkan...sesiapa yg berminat membeli saham akhirat..sila hubungi akie segera..boleh email..tinggal mesej..atau call 0197721744...Ya Allah...bukakanlah hati para dermawan untuk membeli saham akhirat ini...amin

Mari Belajar Berenang & Tunggang Kuda..





Salam..bebaru ni akie berpeluang melawat kedai haiwan kepada biras pak mertua di Kelantan.. dan mcm satu fenomena..di Klate & Terengganu.. penduduk di sini agak sinonim dengan kuda.. kita akan dapat lihat kuda dipelihara dan ditunggang bukan shj oleh org tua tapi oleh anak2 kecik yg sedang belajar di sekolah rendah..sekali fikir..akie rasa rendah diri sebab dah tua mcm ni masih x tau2 tunggang kuda.. sekaligus akie teringat pesanan Rasulullah saw yg menyarankan kita mengajar anak2 menunggang kuda, memanah dan berenang.. semua tu aktiviti yg disarankan oleh rasul kita.. bila lah agaknya akie dapat ajar anak2 akie utk buat aktiviti tu...insyaAllah..masanya akan tiba..tapi bila ek

Tour to Bukit Tinggi..







Salam.. Jauh berjalan..luas pandangan..banyak pengalaman. Cuti ada balance 2 tiga hari lagi..akie dan isteri merancang nak bawak anak2 g cuti2 Malaysia..Destinasi pilihan Cameron Highland tapi jauh sgt kalau dr Rompin..jadi tukar.. kami pergi Bukit Tinggi, Bentong.. Dekat dengan Genting Highland. Kawasannya tak lah sesejuk Cameron @ Genting..tapi oklah.. Mendamaikan dan penuh dengan tanda2 kebesaran Illahi.. cuaca suam2 kuku.. pemandangan cantik.. Alhamdulillah..