Pantai Rantau Abang di Terengganu.. terkenal dgn pantai pendaratan en penyu di Malaysia. Pantai ni terletak antara bandar dungun dengan terengganu. Kuala Abang pulak ialah pantai yg dekat dgn bandar dungun, orang tak mandi kat sini sebab pantai ni ombaknya besar2.. cuti baru ni, akie ada la singgah kat pantai ni.. masa tu ombaknya menggunung.. maklumlah musim tengkujuh.. apa2 pun.. sempat jugak snap gambo2 dan berposing sakan kat atas bukit tepi pantai tu
Insan Kerdil Di Bumi Allah... Pengembara yang dahagakan ilmu Allah yang tak terkira luasnya..
Ahlan Wa Sahlan....
.
Friday, December 31, 2010
Kuala Abang.. Gannu Kite
Pantai Rantau Abang di Terengganu.. terkenal dgn pantai pendaratan en penyu di Malaysia. Pantai ni terletak antara bandar dungun dengan terengganu. Kuala Abang pulak ialah pantai yg dekat dgn bandar dungun, orang tak mandi kat sini sebab pantai ni ombaknya besar2.. cuti baru ni, akie ada la singgah kat pantai ni.. masa tu ombaknya menggunung.. maklumlah musim tengkujuh.. apa2 pun.. sempat jugak snap gambo2 dan berposing sakan kat atas bukit tepi pantai tu
Wednesday, December 29, 2010
Gelas Beso + nasik kukus satu..
Dari Pahang ke Klate.. merentasi gannu kite.. penat memandu taklah terasa sebab anak2 dan isteri sentiasa bersama sepanjang perjalanan.. macam2 cerita keluar diselangi dgn gelak tawa.. walau bagaimanapun.. driver kena jugak dapat rehat sepenuhnya.. perut pun dah lapo.. jadi singgah la kami di Kemasik.. sebelum sampai kawasan petroleum.. petronas. Kat sini ada satu shopping complex.. Mesra Mall.. lama dah ada kat situ..tapi tak tergerak nak singgah.. entahlah.. hari ini rasa nak singgah.. masuk aja dalam.. hidung terbau makanan.. gerai banyak..nampak mcm sedap.. tapi mata dah terpandang gerai nasi kukus Paka.. apa lagi.. order 4 pinggan... nasik dikukus dlm bekas khas.. pastu ada kuah gulai dan timun. Ayam suku satu.. marbelesss.. air pulak order air gelas besor.. air ni terkenal kat Kuala Terengganu sebenarnya.. RM5 segelas..kongsi 4 orang.. nak minum sorang2 tak larat pulak.. apa2 pun, terasa nak singgah lagi nanti...
Tuesday, December 28, 2010
Made in Golok..
Jalan2 di Pengkalan Kubor... seram jugak namanya.. apa lagi pergi kompleks bebas cukai la.. cuti2 Malaysia. Ramai jugak manusia yg sedang membeli belah.. Akie ingat nak pergi ronda2 aja. Oleh kerana tempat ni salah satu dr pintu masuk dr Siam ke Malaya, maka ramailah org 2 siam kat sini. Motor pun pelik2.. cuaca panas.. tetiba ternampak pulak makanan yg agak pelik.. apa lagi.. jom try.. tu dia.. aiskrim buatan sendiri.. ada kacang.. kek..pulut..roti.. jagung.. sirap dan susu cair.. not bad.. sedap.. harga RM 1 aja satu gelas kecik... boleh dikembangkan.. yg buat pun org Islam kita... so kalau dtg sini.. jgn cuba try..
Friday, December 24, 2010
Memartabatkan jawi.. tulisan kita
Orang India ada bahasa Tamil & tulisan khatnya.. orang cina ada bahasa Cina & tulisan ala kaligrafinya.. orang Melayu.. ada bahasa ape ye..bahasa "Melayu" ke bahasa "Malaysia" (Melayu bangsa.. Malaysia negara). Eh.. lupa pulak.. orang melayu kan ada tulisan jawi.. ekau tau ke tulih jawi jang oi.. kalau tak tau jawi musti ekau buta al-Quran. Jawi adik beradik bahasa Arab dan amat kongruen (rapat) atau sinonim dengan Islam. Tulisan jawi ni suatu ketika dulu ada title "Lingua Franca" la.. mcm bahasa Melayu zaman Melaka dulu. Pada suatu ketika yg lain tulisan jawi hidup segan mati tak mahu apabila ia disisih & dilupakan.. siapa lupakan? kita jugak.. Program J-Qaf.. yg diperkenalkan sedikit sebanyak memperbaiki mutu & imej tulisan jawi.. alhamdulillah.. anak2 sekolah rendah kenal tulisan jawi.. sekaligus celik al-Quran. Akhbar jawi kita apa khabar ya.. utusan zaman.. apa usaha kita utk mengangkat martabat tulisan kita. Sekalung tahniah buat Tok Guru Nik Aziz di Kelantan ( bukan taasub klate). Tapi kalau diperhatikan di sana.. label & papan tanda yg dipasang mesti ada tulisan jawi.. nama org cina ke.. nama istilah bahasa inggeris ke.. semua ada tulisan jawi.. jadi, sementara ada kuasa.. sementara masih bertakhta.. sementara ada tenaga.. kalau kita sendiri tidak memartabatkan tulisan kita.. siapa lagi agaknya... tepuk dada..tanya selera
Hanya di kelantan...
KFC...Pizza Hut.. biase dengo kan.. tapi ada produk baru yg hampir2 sama dgn produk yg asal tu. Menda macam ni kat negara cina dah terkenal.. diaorang sesuka hati aje tukar nama jenama asal dan buat jenama sendiri. Apa pun satu cubaan yg baik utk mengubah stail dan gaya hidup terutamanya orang2 Islam sekarang..nilai2 lah sendiri..
Subscribe to:
Posts (Atom)