Ahlan Wa Sahlan....

Selamat Datang... Moga ruangan yang tersedia menjadi platform yang positif untuk kita berkongsi idea dan input yang insyaAllah mampu menjana minda dan pemikiran kita bersama.

Tuesday, March 6, 2012

Johan Musolla al-Hakim 2010





Alhamdulillah..syukur kehadrat illahi kerana akhirnya Surau Raudatul Jannah SMK Taman Daya 2..berjaya menggondol gelaran JOHAN bagi pertandingan MUsolla al-Hakim peringkat negeri Johor bagi kategori sekolah menengah. Penyampaian anugerah ini telah disempurnakan oleh yang berbahagia Timbalan Pengarah JPN Johor, Tn Hj Hassidin dan diterima oleh Pn Hj Jamiaah Kechut, Pengetua SMK Taman Daya 2. PIhak MAKDIS mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua penyumbang yg telah menceriakan Surau dan laman haji Raudatul Jannah. Hanya Allah yg akan membalas kebaikan semua..

Monday, October 17, 2011

Kali Pertama...

Buat kali pertama..pengalaman pertama...1st time...sama je la tu...pastinya perkara yg kita lakukan kali pertama akan mendatangkan debaran di dada..hati tertanya2...boleh ke tak boleh aku ni... ketika inilah kita memerlukan kekentalan KEYAKINAN dan kebergantungan yang tinggi kepada Allah rabbul jalil.. semoga segala urusan yang dilakukan dipermudahkanNYa...amin.

Sebenornya bukan apa, buat kali pertama Akie mendapat pengalaman bertindak selaku jurucakap majlis pertunangan al-Fadhil Ustaz Khairul Latiff..Qari Negeri Johor tahun 2011...bangga rasenya... Akie dan sahabat, al-Fadhil Cikgu Razali telah diamanahkan utk buat "kira2" dalam majlis tersebut...mewakili adinda Suhaila Bakit..Alhamdulillah...segalanya berjalan lancar... selamat majlis pertunangan.. Tunggu hari pernikahan la pulok...apa2 pun...selamat bertunang buat adinda2 sekalian... jaga diri, tingkatkan prestasi...jauhi ma`asi...

Saturday, April 2, 2011

MTQ Zon Tiram 2011












MTQ Sekolah2 KPM Zon Tiram telah diadakan di SMK Taman Daya 2 pada hari khamis 22/3/2011. Sebanyak 16 buah sekolah menengah telah mengambil bahagian. 3 Acara dipertandingkan iaitu tilawah, hafazan & syarahan bagi kategori lelaki dan perempuan. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar & ditutup rasmi oleh Ustaz Mahmood Kassim, Pen PPD Pendidikan Islam, PPD Pasir Gudang. Peserta yg menang akan mewakili zon ke peringkat daerah Pasir Gudang.

Majlis Tilawah al-Quran Sekolah










Majlis Tilawah al-Quran peringkat sekolah telah berjaya dijalankan pada tahun ini. Tahun lepas tak sempat. 3 acara dipertandingkan iaitu Tilawah al-Quran, Hafazan dan Syarahan. Ramai juga anak2 yang menyertai acara2 tersebut..ada bakat-bakat terpendam rupanya.. peserta yg menang telah terpilih untuk mewakili sekolah ke peringkat Zon Tiram..Tahniah