Ahlan Wa Sahlan....

Selamat Datang... Moga ruangan yang tersedia menjadi platform yang positif untuk kita berkongsi idea dan input yang insyaAllah mampu menjana minda dan pemikiran kita bersama.

Saturday, December 29, 2012

Tangan Kanan Dan Tangan Kiri..

Allah swt telah memberikan kita pancaindera yang cukup hebat dan pelbagai kegunaannya.. Akal pula akan menentukan sejauh mana kehebatan kita menggunakan pancaindera hebat yg Allah kurniakan.. Madah yg biasa kita dengar.. Allah memberikan kita 2 mata..agar kita boleh memerhatikan sesuatu dengan baik.. 2 telinga agar kita banyak mendengar sebelum bertindak.. satu lidah agar kita menjaga tutur kata.. Lidah..tanpa tulang..tapi masih mampu melulakan.. Di sini akie nak memperkatakan tentang "kembar" yg ada pada diri kita tetapi berlainan kelakuannya.. Mari kita lihat :Tangan kanan kembarnya tangan kiri, telinga kanan kembarnya telinga kiri, lubang hidung kanan kembarnya lubang hidung kiri. Dalam banyak2 kembar.. Tangan kanan dan kirilah yg banyak memberikan pengajaran untuk difikirkan oleh manusia. Tangan kanan : mempunyai pelbagai fungsi, kebanyakannya yg baik2 sahaja.. antaranya..ketika bersalaman, menyuap makanan, menerima hadiah atau pemberiaan dan sebagainya. Tangan kiri pula : biasanya mempunyai peranan yg terbalik dr tangan kanan seperti mencuci kotoran ketika buang air dan selalu dikemudiankan berbanding tangan kanan.
Namun, uniknya tangan kiri mahupun kanan tidak pernah menaruh perasaan dendam atau dengki antara satu sama lain..andainya tangan kanan merasa gatal atau tercedera..maka tangan kirilah "orang" pertama yg akan membantunya..begitulah sebaliknya. Malah, keduanya dilihat bayak bekerja secara bersama dlm melaksanakan sesuatu perkara..indah bukan. Lain halnya dengan telinga kanan dan telinga kiri..masing2 tidak "berkawan" antara satu sama lain..andai telinga kiri cuba utk bertemu yg kanan..nescaya telinga kanan akan cepat2 melarikan diri..bila agaknya mereka akan bertemu..tetap dlm dunia masing2.. Fikir2kanlah..

No comments: