Ahlan Wa Sahlan....

Selamat Datang... Moga ruangan yang tersedia menjadi platform yang positif untuk kita berkongsi idea dan input yang insyaAllah mampu menjana minda dan pemikiran kita bersama.

Friday, September 10, 2010

Ziarah Ramadhan..






Ziarah Ramadhan... program terkini yg julung2 kali diadakan pada tahun ni. Bukan apa.. tahun2 lepas program bantuan aidilfitri akie buat hari terakhir bulan ramadhan @ hari terakhir sekolah bulan ramadhan.. dalam satu bungkus bantuan dah tentu ada 5kg beras, 1 kg gula, 1kg gandum, 2kg minyak masak, kordial 2 liter, ketupat segera, susu dll.. rasa2nya mau jadik 8 - 9 kg satu2 bungkusan tu.. Anak2 yg dapat bantuan pulak badan kecik2 aje.. ada yg datang naik bas luar, jalan kaki, naik basikal.. bayangkan le macamane diaorang nak bawak balik bungkusan tu kan.. cian kat diaorang. Jadi tahun ni.. kita bagi awal sikit bantuan tu..pastu kita mintak kerjasama & bantuan cikgu cikgi yg ada keta beso2 & lawo2 tu utk anto anak2 tu ke rumah.. Gracias akie ucapkan atas kerjasama semua guru.. ada yg bawak anak2 yg dpt bantuan tu naik motor lagi.. semoga dgn keprihatinan cikgu cikgi ni.. mak ayah diaorang dapat merasai keikhlasan guru2 dlm mendidik anak2 mereka. Bravo.. alhamdulillah.. semoga tahun depan program ziarah ni akan dapat diteruskan..

Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.

2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.

3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.

4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.

5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.

6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya

8. Yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :

1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)

2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.

3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

Sumbangan Ramadhan...










Mafhum Hadis Rasullullah saw : 3 perkara yg tidak akan terputus wp seseorang itu telahpun meninggal dunia iaitu : ilmu yg memberi manfaat, sedekah jariah & doa anak yg soleh.

Maknanya 3 perkara ini kalau kita dpt laksanakan ketika hidup.. insyaAllah.. manfaatnya akan berterusan wp tika itu kita sudah berada di alam barzakh. Justeru.. pilihan ditangan kita. Tepuk dada.. tanya iman.

Pada Ramadhan kali ini, sekali lagi MAKDIS TD2 berusaha keras utk mencari dana dari para dermawan utk menjayakan prog sumbangan ramadhan utk anak2 yatim, piatu dan anak2 yg miskin di sekolah ini. Alhamdulillah.. ramai yg membeli saham akhirat yg dibuka.. sumbangan dtg mencurah2.. baik dr ibubapa mahupun warga pendidik. Seramai 76 orang anak2 yg telah terpilih utk menerima sumbangan yg disediakan. Diharap sedikit sumbangan ini akan dapat membantu anak2 ini & keluarga mereka utk menyambut lebaran kali ini

IFTAR TD2 2010






Majlis Berbuka Puasa TD2 kali ni telah dianjurkan sekaligus dgn majlis khatam al-Quran.. Lepas habis majlis khatam terus bersiap2 utk IFTAR pulak. Semua persiapan diatur di kantin sekolah.. menu simple je.. org Johor.. x lepas dr nasik beriani.. lauk ayam merah.. bubur lambuk, buah2, kurma, kuih mueh.. macam macam ada.. entah lah... akie x makan sangat.. dapat nasik sepinggan, makan buah sikit, sentuh kuih skit.. dah..alhamdulillah. Nanti nak jadik imam.. kalu soru lebih karang.. alamatnya.. balik awal la.. Cikgu cikgi yg hadir memeriahkan suasana ramai jugak cuma ada jugak yg x datang atas sebab2 yg x dpt dielakkan.. harap2 Ramadhan tahun depan program ni dapat dilaksanakan lagi dgn lebih baik.. insyaAllah

Majlis Khatam al-Quran 2010






Syawal dah nak menjengah..Ramadhan dah nak melabuhkan tirainya.. gembira nak raye..tapi sedih sebab ramadhan dah tiada. Sebelum cuti sekolah baru ni.. Akie & kawan2 dlm Majlis Dakwah Sekolah (MAKDIS) telah berjaya.. alhamdulillah.. menjayakan program Majlis Khatam al-Quran peringkat SMK TD2.. melibatkan semua warga muslim sekolah. Majlis khatam ni rentetan dari program tadarrus al-Quran yg dibuat dr awal2 ramadhan dulu.. tapi kitaorang repeat balik bacaan al-Quran dr juzuk 1 pada pagi 2 hari bulan September.. sampailah juzuk 30 pada tengaharinya. Pastu kami buat majlis khatam selepas solat asar berjemaah. Alhamdulillah.. sempurna sebuah al-Quran dlm bulan Ramadhan ni. Semoga Allah menerima segala amalan kita.

Wednesday, September 1, 2010

Apa yang kita rasa..

Akie nak share satu klip video yg mengisahkan seorang paderi melayu kot.. yg sedang memberi ceramah di sarawak.. maybe dlm gereja atau majlis tertentu. Apa yg membuat akie rasa terhina/marah/benci/sedih semua ada. Tapi hal ini sememangnya terjadi.. bukan shj di Sarawak @ Sabah ttpi dah banyak berlaku di semenanjung.
Sesungguhnya kaum Yahudi & Nasrani tidak akan redha dengan kita sehinggalah kita mengikut jalan mereka.. itulah amaran ALLAH pada kita dalam al-Quran. Persoalannya, kita umat Melayu ISLAM masih lagi leka dan terus dibuai mimpi indah yg tak tau bila penghujungnya..apa yg boleh akie kata.. berwaspada.. hati2.. amar makruf nahi mungkar.. nilailah.. Antara persoalan yg ditimbulkan..
1) Ayat surah al-Fatihah : "tunjukkanlah kami jalan yg benar". Hujjahnya mengatakan nabi masih tidaj tahu jln mana yg benar. Sebenarnya, ini adalah doa kita pada Allah agar sentiasa memberi hidayah & petunjuk utk berada di jalan yg benar
2) Nabi berkahwin ramai & dgn kanak2. Hal ini sememangnya menjadi modal bagi para orientalis utk mempersendakan Islam dan nabi Muhammad. Mereka perlu kaji sejarah rasul.. kena tau kenapa nabi mengahwini isteri2nya itu.
3) Melontar jamrah dgn lubang neraka.. nampaknya mereka jahil dengan sejarah nabi Ibrahim & anaknya nabi Ismail yg melontar syaitan yg cuba menyesatkan mereka. "lontar" adalah majaz atau simbolik kita membuang segala sifat mazmumah dlm diri serta tipu daya syaitan
4) Malaikat takut pada anjing.. subhanallah.. malaikat makhluk Allah dicipta dr nur @ cahaya.. logiknya takkanlah makhluk yg sentiasa sujud pd Allah itu takutkan anjing. Malaikat tidak masuk ke rumah yg ada anjing kerana anjing itu najis mughallazah sama spt babi..