Ahlan Wa Sahlan....

Selamat Datang... Moga ruangan yang tersedia menjadi platform yang positif untuk kita berkongsi idea dan input yang insyaAllah mampu menjana minda dan pemikiran kita bersama.

Friday, December 24, 2010

Memartabatkan jawi.. tulisan kita




Orang India ada bahasa Tamil & tulisan khatnya.. orang cina ada bahasa Cina & tulisan ala kaligrafinya.. orang Melayu.. ada bahasa ape ye..bahasa "Melayu" ke bahasa "Malaysia" (Melayu bangsa.. Malaysia negara). Eh.. lupa pulak.. orang melayu kan ada tulisan jawi.. ekau tau ke tulih jawi jang oi.. kalau tak tau jawi musti ekau buta al-Quran. Jawi adik beradik bahasa Arab dan amat kongruen (rapat) atau sinonim dengan Islam. Tulisan jawi ni suatu ketika dulu ada title "Lingua Franca" la.. mcm bahasa Melayu zaman Melaka dulu. Pada suatu ketika yg lain tulisan jawi hidup segan mati tak mahu apabila ia disisih & dilupakan.. siapa lupakan? kita jugak.. Program J-Qaf.. yg diperkenalkan sedikit sebanyak memperbaiki mutu & imej tulisan jawi.. alhamdulillah.. anak2 sekolah rendah kenal tulisan jawi.. sekaligus celik al-Quran. Akhbar jawi kita apa khabar ya.. utusan zaman.. apa usaha kita utk mengangkat martabat tulisan kita. Sekalung tahniah buat Tok Guru Nik Aziz di Kelantan ( bukan taasub klate). Tapi kalau diperhatikan di sana.. label & papan tanda yg dipasang mesti ada tulisan jawi.. nama org cina ke.. nama istilah bahasa inggeris ke.. semua ada tulisan jawi.. jadi, sementara ada kuasa.. sementara masih bertakhta.. sementara ada tenaga.. kalau kita sendiri tidak memartabatkan tulisan kita.. siapa lagi agaknya... tepuk dada..tanya selera

5 comments:

AzizMostafa said...

Tulisan jawi – Amat cantik! Semakin Terancam?!
Semarak Jawi. Membandingkan dengan Rumi:
1. Jawi lebih indah, lebih mudah, lebih menarik.
Rumi = 26 +A+B+D+E+G+H+Q+R = 17x2 = 34 bentuk berdiri sendiri.
Huruf Arab + 6 Jawi - titik-2 = Sahaja 17 bentuk yang manis + tari-menari.
Tidak seperti Rumi, Jawi suka bercantum.
Hanya ekor perubahan seperti yang ditunjukkan di sini:
http://www.arabictypography.com/ani1.html
2. BM adalah bahasa fonetik, seperti Arab.
Cara terbaik adalah ditulis (dan dibaca) dalam Jawi
-
Tetapi kebanyakan orang Melayu + Indons tidak mengetahui.
-
Melompat Lebih Tinggi + Semoga Berjaya
http://typophile.com/node/74436

Akie.. said...

wah menarik komen tuan Aziz.. tiada sesiapa boleh ubah nasib kita..kecuali kita sendiri yg mengubahnya

AzizMostafa said...

@ tiada sesiapa boleh ubah nasib kita..kecuali kita sendiri yg mengubahnya
-
Orang Melayu harus malu menggunakan Rumi di tempat Jawi.

Mohamad said...

Saya sokong supaya tulisan jiwi dimartabatkan... ramai anak-anak kita sekarang yang buta jawi... Jika tidak digerakkan dari sekarang, tidak mustahil suatu hari ia akan tinggal sejarah..

Hairun Azmi said...

Usaha yang sangat murni...

Tips apabila di gigit lintah