Ahlan Wa Sahlan....

Selamat Datang... Moga ruangan yang tersedia menjadi platform yang positif untuk kita berkongsi idea dan input yang insyaAllah mampu menjana minda dan pemikiran kita bersama.

Sunday, February 27, 2011

Bumi Allah swt itu suci








Bertempat di gelanggang bola tampar SMK Taman Daya 2, jam 7.30 pagi hari jumaat yang lalu telah berlangsung satu majlis solat hajat bagi semua warga muslim sekolah. Warga muslimat ditempatkan disurau dan yang muslimin (lelaki) menunaikan solat di gelanggang. Ada kelainan yang diperkenalkan bagi membuang tanggapan bahawa solat hanya boleh dilaksanakan di surau atau masjid sahaja. Bumi Allah itu suci, justeru kita boleh melaksanakan solat dimana-mana sahaja. Andainya kita berkelah ditepi pantai, maka solatlah diatas pepasir pantai yang bersih, andainya kita seorang usahawan pasar malam, maka solatlah ditepi van atau di atas tar jalan, andainya kita di atas padang..apa salahnya kita solat di atas rerumput yang menghijau...apa yg penting...mendirikan solat kerana solat itu tiang agama..

Solat pagi ni bermula dengan penerangan ringkas kaifiah (cara) solat hajat dan solat dhuha.. kemudian solat secara berjamaaah..kemudian Tn Hj Hamid Hashim, GPK 1 menyampaikan amanat.. minggu depan 1/3/2011 ada ujian 1... semoga tertanam dalam jiwa anak2 TD2 agar sentiasa bermunajat dan bergantung harap pada Allah swt dlm apa jua urusan mereka..

1 comment:

Tinta Emas said...

mudah2an dimakbulkan doa anak-anak SMKTD2...Aminnnnn