Ahlan Wa Sahlan....

Selamat Datang... Moga ruangan yang tersedia menjadi platform yang positif untuk kita berkongsi idea dan input yang insyaAllah mampu menjana minda dan pemikiran kita bersama.

Monday, May 31, 2010

Laman Haji Raudatul Jannah SMKTD2






Assalamualaikum...

Hari ini akie nak tulis pasal projek yang akie tengah usahakan.. belum siap2 lagi.. budget pulak makin "ciput".. nak abih dah duit tabung yang akie pegang. Tapi Alhamdulillah, dlm kegawatan ekonomi dan kesibukan kita mengejar harta dunia, masih ramai insan2 yang berhati mulia,
dermawan dan org yang berebut2 membeli saham akhirat untuk kebahagiaan yg kekal abadi di sana. Tocei..Gracias.. Vanakkam.. Syukran.. Terima Kasih daun keladi akie ucapkan.. akie doakan mereka tu mendapat ganjaran pahala dan diberkati Allah swt untuk selamanya..Amin.

Projek yang akie nak cerita ni ialah projek Laman Haji.. ala utk anak2 akie jugak.. especially anak2 tingkatan 4 & 5, pasal diaorg lah yg belajar bab haji ni. Konsep yang jauh kita dekatkan.. anak2 akie tu kalau kita cerita aje..payah nak paham..jadik akie rase kita kena suruh diaorang buat secara praktikal.. baru la diaorang dapat paham dengan lebih mendalam. Tapi ingat.. tak semua menda perlu pada praktikal untuk kita faham konsepnya. Ada menda yg hanya kita perlu tau teorinya aje.. tau aje dah cukup. Macam arak.. kita tau je dia haram.. dah cukup. Tak perlu lah tau apa rasenya.. Projek Laman Haji ini.. projek sekolah, tp akie le jadik pengurusnya..kelass gitu. Ada beberapa binaaan yg akan dibina macam kaabah, trek dia, makam Ibrahim, Hijir Ismail, Trek Saie..Bukit Safa..Bukit Marwah..Jamrah.. Senang cerita..semua yg ada kaitan dengan ibadah haji tu akie nak buat.. tapi budget tak berapa cukup ni.. takpe..InsyaAllah ada la tu nanti ek.. jadi sesiapa sahaja yang rasa berhajat utk memberi sumbangan derma untuk projek ini sila hubungi akie dengan kadar yang segera..telefon 0197721744 atau email pun boleh..

No comments: