Ahlan Wa Sahlan....

Selamat Datang... Moga ruangan yang tersedia menjadi platform yang positif untuk kita berkongsi idea dan input yang insyaAllah mampu menjana minda dan pemikiran kita bersama.

Tuesday, October 12, 2010

Berfikir di luar Kotak

Seorang guru bercerita dan ingin menduga para pelajarnya dalam satu kelas "Dijalan yang sunyi dan tiada kenderaan sebuah kereta tersadai kerana salah satu dari tayarnya menghadapi masalah. keempat2 skru tayar tersebut telah tercabut dan hilang dalam kegelapan malam. Soalannya, apa yg perlu dilakukan oleh pemandu tersebut".
"Ala.. cikgu, kacang je ni.. tahanlah mana2 kereta yang lalu, pas2 tumpang la..." jawab seorang pelajar selamba, seorang pelajar lain pulak memberi respon..
"Eh.. ada pulak gitu.. takkan keta tu dia nak tinggal gitu aje.. ha.. telefon polis cikgu"
"Ha.. cikgu... cikgu... emmm... panggil je ultraman..." satu kelas gelak. Sabo cikgu...sabo.. biasa la, dalam 30 org budak.. musti ada yg perangainya gitu... dlm masyarakat pun gitu jugak.
" Cikgu...cikgu.. kenapa kereta dia rosak cikgu... dia tak servis ke dulu sebelum guna.. bapak saya selalu servis keta sebelum jalan jauh2"... pulak dah... bagus jugak budak ni.. tapi soalan tu tak menyelesaikan masalah yg pemandu tu sedang hadapi... maybe.. lain kali.. dia akan pastikan kereta dia ok sebelum jalan jauh kot..
"ahhh penatla pikir cikgu... cikgu je la bagi jawapan".. satu lagi "specis" pelajar yg ada dlm kelas.. malas nak pikir.. nak cepat.. mcm skim cepat kaya..

"Gini... akhirnya cikgu mula buka cerita... pemandu tu perlu buka dan ambil 1 skru dr 3 tayar yg lain... dapat 3 kan skru.. lepas tu dia pasanglah pada tayar yg takde skru tu"...
"oooo gitu ye... cikgu"...
"ala...tu la jwpn yg saya nak bagi tadi cikgu...ha3"

Moralnya : Kita perlu berfikir di luar dari kebiasaan, jangan terikat dlm "kotak"... takut buat salah..akhirnya, tak buat apa2..

No comments: