Ahlan Wa Sahlan....

Selamat Datang... Moga ruangan yang tersedia menjadi platform yang positif untuk kita berkongsi idea dan input yang insyaAllah mampu menjana minda dan pemikiran kita bersama.

Tuesday, October 5, 2010

Ihsan Pada Binatang


Hadis Rasullullah saw.

Daripada Abu Ya`la Saddad Bin Aus r.a bahawa Rasullullah saw bersabda :
Sesungguhnya Allah swt mewajibkan berlaku ihsan atas semua perkara. Jika kamu membunuh, berlaku ihsanlah ketika membunuh. Dan jika kamu menyembelih, berlaku ihsanlah ketika menyembelih. kamu hendaklah menajamkan
mata pisau & menyenangkan haiwan sembelihan.

Yebba...Yebba...Andre...Andre
Best gak naik kuda...salah satu dr sunnah Rasul ni.. nanti kalau ada kesempatan belajo la tunggang kuda.. bole jaga alam sekitar.. najis dia pun bole jadi baja..

Muhammad Abrar bersama dengan burung Gembala Kerbau. Burung ni jatuh dari sarangnya di atas pokok nyior.. oleh kerana dia kecik lagi jadi dia tak pandai terbang. Kenalah bela dulu, bagi makan dan minum. Tunggu dia besar.. pastu baru dilepaskan. Anak Beruk tu pulak.. Pak Lah namanya..kena susukan & x pandai makan lagi masa ni.. cita2 dia nak jadi pemanjat nyior profesional.. bila besar nanti la.. Anak En Kambing yg tengah menyonyot botol susu tu pulak Abu namanya.. pantang dengar org panggil nama abu..mesti terkedik2 datang sambil mengembek.. tapi Abu dah jadik arwah..mak dia tanduk...huk3







No comments: