Ahlan Wa Sahlan....

Selamat Datang... Moga ruangan yang tersedia menjadi platform yang positif untuk kita berkongsi idea dan input yang insyaAllah mampu menjana minda dan pemikiran kita bersama.

Sunday, November 21, 2010

Korban..






Alhamdulillah..kita diberi kesempatan utk sama2 merayakan aidil adha tahun ini, tapi frust x dapat nak balik beraya kat kampung..cuti raya cuma sehari ja..camne la nak balik kampung..penat travel. Kemeriahan & makna hari raya korban semakin dilupakan.. walhal pengertian raya korban cukup mendalam..itupun kalau dihayati dengan hati dan iman.

Berita baiknya..oleh kerana ramai kengkawan, terutama dr pantai timur yg tak dapat balik beraya..jadi akie & kawan2 telah berjaya utk julung kalinya mengadakan majlis korban di sekolah. RM 50 je sorang.. dapat la dlm RM2900 collection. Cari lembu..dapat dgn harga RM2500, dr Felda Ulu Tebrau. Korban dibuat hari ke 2 @ hari tasyrik pertama, lembu sampai jam 9.. turun dr lori, ikat kat pokok. GPK 1, Tn Hj Hamid jadi tukang sembelih.. pastu pakat lapah ramai2..dgn kepakaran dan skill masing2 yg terpendam..ada yg pakar tulang..pakar bedah perut..pakar bersih perut.. pakar timbang pun ada..tukang kerat daging dan ramai jugak tukang nyibuk..he2.

Dah siap bab daging..serah pada tukang masak..chef zali & cef salina.. antara menunya.. kari kapla, tulang & daging lembu, sup power gear box, spoket berapi & ekor, sambal tomato special, kerabu mangga made in mokda serta ulam ulaman.. makan tengahari siang tu..tuhan je yg tau. Malam pulak ada majlis solat hajat utk anak2 yang bakal menduduki SPM.. badan letih..pinggang mcm nak patah..kaki dh x boleh angkat..esok ajelah..basuh periuk... apa2 pun..alhamdulillah..kedua2 majlis dpt dijalankan dgn lancar..terima kasih semua cikgu cikgi..tahun depan kita buat lagi..

2 comments:

Anonymous said...

salam akie..seronok makcik baca akie n kawan2 korban lembu disekolah..teringat masa bekerja dulu..w/p penat tapi seronok pakat2 kerja n makan2..

terokai seni said...

elok je pakat dapatt juga laksanakan korban, cuma tak dapat le bahagian yerk...