Ahlan Wa Sahlan....

Selamat Datang... Moga ruangan yang tersedia menjadi platform yang positif untuk kita berkongsi idea dan input yang insyaAllah mampu menjana minda dan pemikiran kita bersama.

Monday, October 18, 2010

Ringankan Beban...





"Ustaz...saya rasa tertekan sangat sekarang...eee stress betol lah"
"Cikgu...macamana ni..exem dah dekat ni..study belum lagi.. mak ayah saya letak harapan tinggi sangat pada saya.. maklumlah..saya ni anak sulong.. apa nak buat ni... pening dah ni.."
"Isteri saya tak fa
ham masalah saya la.. dia terlalu kongkong saya.. nak keluar ngeteh pun dia tak bagi.. pergi surau pulak.. kena perli.. bengang betol rasa..."
"Tak boleh bawak berbincang langsung... asyik naik angin je.. dia ingat, dia sorang je yang tau marah.. dia belum tau saya ni kalau marah macam mana... tengok lah nanti..."

Situasi2 di atas adalah asam garam dlm kehidupan.. namun ia semakin serius & ketara dewasa ini, mungkin kerana situasi & zaman yg semakin mencabar. Suami bekerja.. isteri pun bekerja.. anak terlalu fokus dgn pelajaran.. pagi pergi sekolah kebangsaan, petang sekolah agama, malam pergi tuisyen.. ak
hirnya.. bila berjumpa sekeluarga, muka dah moyok, mata nak merah sebab mengantuk, badan..tuhan saja yg tau betapa penatnya.. nak bercakap pun malas.. jadi, kalau ade KES.. maka penyelesaiannya sudah tentu mengecewakan... Terlalu banyak sebenarnya beban yg kita pikul.. fikirkan sejenak.. dari kita bangun pagi hingga terlelap di malam hari.. segalanya nampak macam tak ada kesudahan..

Selagi kita hidup.. kita kena tempohi semua ini. Cuma kita kena pandai mengimbangi & mengurangkan berat "BEBAN" yg kita tanggung.. biar sesuai & selesa dengan kita.. jangan TIRU cara org lain.. kerana mungkin cara mereka tidak sesuai untuk kita. Antara cara mengurangkan beban yg boleh kita praktikkan :
a) Baca al-Quran secara konsisten.. sedikit tetapi kerap
b) Amalkan Qiammullail.. hanya mereka yg mengamalkannya shj yg akan tahu kenikmatan & ketenangan yg akan diperolehi.
c)Bagi mereka yg lemah utk berbicara.. tulis masalah dan luahkan dalam bentuk tulisan.. cari diari, buku dll.. biarkan aura "jahat" mengalir keluar dr jiwa & perasaan anda
d) Cari hobi yg menggembirakan anda.. bersukan misalnya.. tiada siapa yg akan marah jika anda menyepak bola sekuat hati dipadang futsal.. smashlah bola tangkis di court.. anggaplah itu masalah yg anda buang dr diri anda
e) Pelihara binatang atau tanam pokok.. berbicaralah dengan mereka
f) Cari kaunselor...kawan..sahabat.. what ever.. yg sedia "mendengar" luahan rasa anda.. mereka tidak pun perlu menyelesaikan masalah anda... just listen.. itu sudah mencukupi utk mengurangkan beban yg anda tanggung
g) Berdoa.. berusaha.. bertawakkal...

Apa yg penting, kumpulkan aura +ve dalam diri dan alirkan aura -ve keluar dari jiwa & perasaan anda.. hanya anda yg berhak menentukannya... good luck

4 comments:

terokai seni said...

amboi gagoh belaka...

suzieapai said...

btul tu ustaz...semuanyer dpt di atasi sekiranyer al Quran jd pegangan..sentiasa muhasabah diri...

Anonymous said...

salam akie..makcik singgah berbalas kunjungan....begitulah kehidupan zaman moden ni..kesihan tenguk emak,ayah dan anak2 sibuk sepanjang hari..bila bertemu semuanya dah letih moyok,nak bercerita pun fikiran dah lesu..betul petua2 yg akie beri tu..bila kita baca quran fikiran tenang...

Anonymous said...

salam akie..sekali lagi singgah..jangan marah..makcik dah baca banyak juga n3 akie..seronok membacanya...terima kasih kerana mengunjungi rumah makcik..dapat kita berkenalan dan makcik boleh belajar ilmu2 dari akie.